20/03/2026
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
โุจูุณูู
ู ุงูููููู ุงูุฑููุญูู
ููู ุงูุฑููุญููู
โุงูุณูุงู
ุนูููู
ูุฑุญู
ุฉ ุงููู ูุจุฑูุงุชู
Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.
Aidilfitri adalah lambang kemenangan selepas kita menunaikan ibadah sepanjang Ramadan. Malah, ia juga merupakan detik yang amat bermakna untuk kita memperkukuh silaturahim, menyemai nilai kasih sayang, serta mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
Dalam kita meraikan Syawal yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati nilai kesederhanaan, keinsafan dan kesyukuran. Semoga kemeriahan Aidilfitri ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan yang berpanjangan kepada kita semua.
Kepada yang pulang ke kampung halaman, pandulah dengan berhemah dan utamakan keselamatan. Buat yang berjauhan daripada keluarga, semoga ikatan kasih tetap utuh walau dipisahkan jarak.
MINAL AIDIL WALFAIZIN MAAF ZAHIR DAN BATIN ๐
Ikhlas daripada,
Warga Komplek Kebajikan Jumaโani Tuanku Haji Bujang Sibu
โKebajikan Anak Anak Yatim Tanggungjawab Kita Bersamaโ