KRT Apollo/Deshon 2024-2025

KRT Apollo/Deshon 2024-2025 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KRT Apollo/Deshon 2024-2025, Housing and homeless shelter, Sibu.

Program Iftar/Sungkei anjuran KRT Apollo/Deshon dengan kerjasama Masjid Darul Firdaus Jalan Apollo telah pun diadakan di...
16/03/2025

Program Iftar/Sungkei anjuran KRT Apollo/Deshon dengan kerjasama Masjid Darul Firdaus Jalan Apollo telah pun diadakan di Dewan Masjid Darul Firdaus pada petang sabtu 15.03.2025. 60 Orang anak anak Yatim dan 5 Orang kakitangan dari KKJTTHB turut hadir berbuka puasa bersama sama jemaah MDF. Terima kasih kepada pihak Pengurusan Peryatim yang membenarkan anak anak datang ke MDF.

05/11/2024

Perkataan حق (Hak) merupakan antara perkataan terpendek dalam Bahasa Arab. Ia RINGAN untuk disebut namun, nak melaksanakannya sangatlah BERAT.


Persiapan Sambutan Hari Malaysia di Taman Perumahan Apollo KRT Apollo/Deshon 2024-2025, Turut hadir bersama pegawai Peja...
25/08/2024

Persiapan Sambutan Hari Malaysia di Taman Perumahan Apollo KRT Apollo/Deshon 2024-2025, Turut hadir bersama pegawai Pejabat Perpaduan Sibu sebagai penyerahan simbolik bendera Malaysia kepada Pengerusi KRT Apollo Deshon Seduan Sibu Tuan Haji Hamzah.

Terima kasih kepada semua ahli KRT Apollo Deshon Seduan yang turut hadir bagi memeriahkan gotong royong sambutan hari Malaysia.

Maaf baru sempat nak update, mesyuarat ke 3 KRT Apollo Deshon Seduan Sibu, untuk merangka aktiviti sambutan hari Malaysi...
22/08/2024

Maaf baru sempat nak update, mesyuarat ke 3 KRT Apollo Deshon Seduan Sibu, untuk merangka aktiviti sambutan hari Malaysia dan lawatan sambil belajar ke Sabah. Doakan semoga dipermudah segala urusan kami.

Perpaduan Sibu

Suasana Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Masjid Darul Firdaus Dan KRT Apollo/Deshon 2024-2025 dengan kehadiran tetamu 400 o...
06/05/2024

Suasana Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Masjid Darul Firdaus Dan KRT Apollo/Deshon 2024-2025 dengan kehadiran tetamu 400 orang.

Turut hadir mewakili YB Datuk Michael Tiang Ming Tee Adun N. 54 Pelawan ke majlis rumah terbuka Masjid Darul Firdaus ialah SUS Tuan Andrew Lau dan Turut hadir Bersama pegawai pejabat Perpaduan Sibu Puan Siti.

Kami memohon maaf jika ada kekurang di sepanjang majlis belangsung... yang kurang itu datangnya dari kami... Yang baik datangnya dari Allah Swt.. Semoga tahun depan kita jumpa lagi, terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan sambutan rumah terbuka Masjid Darul Firdaus dan KRT Apollo Deshon Sibu..

Kami mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin daripada kami AJK Masjid Darul Firdaus Dan AJK KRT Apollo Deshon...

Persiapan Majlis Sambutan Aidilfitri AJK Masjid Darul Firdaus dan AJK KRT Apollo/Deshon 2024-2025 semoga di permudahkan ...
02/05/2024

Persiapan Majlis Sambutan Aidilfitri AJK Masjid Darul Firdaus dan AJK KRT Apollo/Deshon 2024-2025 semoga di permudahkan segala urusan amin...

Kepada warga Muslim sekitar Masjid Darul Firdaus dan kawasan ² sama waktu dengan nya jemput ² lah bertandang ke Majlis sambutan Aidilfitri kami nanti untuk mengeratkan silaturahim sesama kita...

Salam Aidilfitri

Matahari terbit ceria
Tambah seri hilir dan hulu
Aidilfitri hari bahagia
Bukan hari bersedih pilu

Fallowers

LAPORAN KRT APOLLO/DESHON, SIBU.NAMA PROGRAM :  Pertandingan Lampu Raya PALING GEMPAK Anjuran KRT Apollo/DeshonTarikh Pe...
14/04/2024

LAPORAN KRT APOLLO/DESHON, SIBU.

NAMA PROGRAM : Pertandingan Lampu Raya PALING GEMPAK Anjuran KRT Apollo/Deshon

Tarikh Pertandingan : 9 April 2024 Hingga 11 April 2024
Tempat : Rumah Peserta Komuniti Apollo/ Deshon

Penyertaan daripada Komuniti Apollo/ Deshon, Ahli kariah Masjid Darul Firdaus

Agensi / NGO / Persatuan yang terlibat: Kariah Masjid Darul Firdaus.

Pengisian Program:
1. Persiapan Pertandingan Lampu Raya di rumah peserta.
2. Juri memeriksa rumah peserta.
3. Penyampaian Hadiah & Saguhati

Johan : Encik Mohd Hazwan Bin Latif
Naib Johan : Puan Dayang Siti Kaminah
Ketiga : Ustaz Yusuf

Tahniah kepada semua peserta pertandingan lampu raya Paling GEMPAK KRT Apollo / Deshon tahun depan kita buat lebih meriah.



Program memasak bubur pedas KRT Apollo/Deshon 2024-2025Alhamdulillah program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh ...
01/04/2024

Program memasak bubur pedas KRT Apollo/Deshon 2024-2025

Alhamdulillah program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh ahli2 KRT Apollo/Deshon. Smg aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli KRT dan masyarakat setempat. Fallowers

Iftar Perdana & Sambutan Nuzul Al-quran dan Majlis Berbuka Puasa Perdana Masjid Darul Firdaus Dan KRT Apollo/Deshon 2024...
26/03/2024

Iftar Perdana & Sambutan Nuzul Al-quran dan Majlis Berbuka Puasa Perdana Masjid Darul Firdaus Dan KRT Apollo/Deshon 2024-2025

Assalammualaikum... Alhamdulillah Masjid Darul Firdaus dan KRT Apollo Deshon telah mengadakan Iftar Perdana sempena sambutan Nuzul Al-Quran Dan Majlis Berbuka Puasa Perdana.

Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Michael Tiang Ming Tee Adun N.54 Pelawan merangkap Timbalan Menteri Perumahan Dan Kesihatan Awam, turut hadir bersama Pegawai Perpaduan Sibu iaitu Puan siti, Pengerusi Masjid Darul Firdaus Encik Rosli, Pengerusi KRT Apollo Deshon Tuan Haji Hamzah Dan SUS kepada YB Datuk Michael Tiang iaitu Tuan Andrew Lau.

Sambutan iftar perdana Masjid Darul Firdaus dan KRT Apollo Deshon bertambah seri dengan kehadiran penduduk Islam sekitar Masjid, Anak-anak Yatim dan Pelajar tahfiz jalan kuda sibu dengan 300 lebih kehadiran. Dalam pada itu YB Datuk Michael Tiang turut menyerahkan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz memandangkan hari Raya Aidilfittri bakal tiba tidak lama lagi.

Semoga majlis seumpama ini akan mengeratkan silaturahim sesama kita dan akan terus kekalkan Perpaduan dengan masyarakat sekeliling.

Fallowers

Address

Sibu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Apollo/Deshon 2024-2025 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share