Kelab Sape Dayak Sibu - KSDS

Kelab Sape Dayak Sibu - KSDS Sebuah persatuan yang ditubuhkan di Wilayah Tengah Sarawak yang telah pun berdaftar dgn ROS. Dengan tujuan memartabatkan alatan musik sape kpd masyarakat.

14/01/2026

Pembukaan Tahun 2026

Program Tahun Melawat Malaysia 2026
1 Januari 2026
8.00 pagi
Airport Sibu

SIBU: Seramai 27 pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Pu...
08/08/2025

SIBU: Seramai 27 pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan ke Pusat Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) di Jalan Kampung Datu di sini, pada Khamis.

Para pelajar jurusan Seni Gunaan dan Seni Reka itu diiringi oleh dua pensyarahnya Penolong Profesor Dr Sharifah Tahirah Syed Kamarulzaman dan Teknologis Profesional Seni Reka Dalaman Ismail Jasmani.

Menurut Sharifah, lawatan itu adalah siri jelajah Kupuo' Baleh Menyulam Cerita Bumi Kenyalang yang bertujuan untuk kajian dan penyelidikan bagi kegunaan pembelajaran pelajar universiti itu dalam subjek mereka.

"Kami berada di Sibu selama dua hari untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan kajian tentang sape melalui KSDS.
"Sape adalah salah satu topik dalam pembelajaran kami yang melibatkan seni dan reka bentuk.

"Oleh itu, kami berasa amat berbesar hati dengan kerjasama yang diberikan oleh KSDS bagi menjayakan tujuan siri jelajah kami ke Sibu kali ini," katanya yang mengetuai rombongan itu semasa menyampaikan ucapan dalam lawatan itu.

Beliau berkata, selain mengadakan lawatan ke Pusat KSDS, rombongannya turut melawat kampus Universiti Teknologi Sarawak (UTS), sebuah rumah panjang di Bawang Assan dan beberapa lokasi lain di sini.

Selepas lawatan ke Sibu katanya, siri jelajah mereka akan diteruskan ke Miri sebelum berangkat balik ke ibu negara pada Ahad ini.

Sementara itu, Pengerusi KSDS Anthony Abong mengalu-alukan rombongan dari UIAM dan menyifatkan rombongan itu adalah yang pertama melawat pusat mereka.

Jelasnya, KSDS sentiasa bersedia untuk memberikan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin mengetahui tentang sape bukan sahaja cara memetik sape bahkan mengenai sejarahnya.

"Selain daripada belajar sape, pusat kami ini turut menyimpan pelbagai bentuk asal usul sape sama ada yang bertulis, bergambar dan sape sebenar yang sesuai untuk tujuan kajian dan penyelidikan," tambahnya.

Semasa lawatan itu, para rombongan turut diberikan ceramah mengenai asal usul sejarah sape, melihat demonstrasi membuat sape, pameran sape, merasai pengalaman memetik sape serta turut bermain alat muzik tradisional Iban 'betaboh'.- Utusan Borneo

Address

Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sape Dayak Sibu - KSDS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share