06/10/2026
ALHAMDULILLAH, SELESAI SUDAH!
Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan Pencak Silat Jemputan Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Sarawak Edisi 1 2026 yang telah berlangsung pada 2β4 Oktober 2026 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman.
Kejohanan ini dianjurkan bersama oleh PPSMMS Wilayah Sri Aman dan Kelab Silat Olahraga Mayang Mengurai (KSOMM).
Tahniah dan syabas kepada semua pesilat Mayang Mengurai dari seluruh wilayah Sarawak yang telah memberikan saingan terbaik serta mengharumkan nama PPSMMS SARAWAK β€οΈπͺ
π PENCAPAIAN KATEGORI SENI
π₯ Solo Kosong Pra Dini Putri β Nur Afiqah Raiysha (PPSMMS Sibu)
π₯ Solo Kosong Dini Putra β Muhammad Afiq Rayyan (PPSMMS Sibu)
π₯ Solo Kosong Dini Putri β Josylpenny Garcia (PPSMMS Kapit)
π₯ Solo Kreatif Pra Remaja Putri β Dyg Nur Rania Syafira (PPSMMS Sibu)
π₯ Solo Kreatif Remaja Putri β Dyg Nur Rihana Qistina (PPSMMS Sibu)
π₯ Ganda Remaja Putri β Dyg Nur Rihana Qistina & Nur Dania (PPSMMS Sibu)
π₯ Tunggal Pra Remaja Putra β Norqhairilshawal (PPSMMS Sri Aman)
π₯ Tunggal Pra Remaja Putri β Keysha Izz Syafiqah (PPSMMS Bintulu)
π₯ Tunggal Remaja Putra β Muhammad Luqman Hafiez (PPSMMS Sibu)
π₯ Tunggal Remaja Putri β Nur Dania (PPSMMS Sibu)
π₯ Regu Pra Remaja Putra β Muhammad Kamil Asyraaf, Norqhairilshawal & Muhammad Afiq (PPSMMS Sri Aman)
π₯ Regu Pra Remaja Putri β Nur Ain, Nur Hamiza & Zuhairah Syazwani (PPSMMS Sri Aman)
π₯ Regu Remaja Putri β Nur Qhairunieza, Nurul Dhiya & Azrinnaqisha (PPSMMS Bintulu)
π₯ PENCAPAIAN SILAT TANDING β TEAM EVENT
π₯ Pra Dini 5x5 Mix Putra & Putri
π₯ Dini E, G, BB 3x3 Mix Putra & Putri
π₯ Pra Remaja A, B, C 3x3 Putra
π₯ Pra Remaja D, E, F 3x3 Putra
π₯ Pra Remaja D, G, BB Putri
π₯ Dewasa 5x5 Mix Putra & Putri
π
**JUMLAH KESELURUHAN PINGAT**
π₯ EMAS: 12
π₯ PERAK: 2
π₯ GANGSA: 4
β€οΈπ₯SATU NAMA, SATU PERGURUAN, SATU PERSAUDARAAN.
Yang paling membanggakan, anak-anak Mayang Mengurai dari pelbagai wilayah Sarawak telah bergabung dalam satu pasukan untuk membawa nama PPSMMS SARAWAK.
Walaupun datang dari wilayah yang berbeza, semangat yang dibawa tetap sama. Kita bersatu, saling menyokong dan berjuang bersama demi mengangkat nama perguruan.
Setiap langkah, setiap peluh dan setiap perjuangan di gelanggang menjadi bukti bahawa persaudaraan bukan sekadar pada nama, tetapi diterjemahkan melalui kesatuan dan semangat bersama.
Tahniah kepada semua pesilat, jurulatih, pengurus pasukan, ibu bapa serta seluruh keluarga besar PPSMMS yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang kejohanan.
Menang bukan sekadar mengejar pingat, tetapi membawa nama, maruah dan martabat perguruan.
π€ SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Pihak Pertubuhan Persaudaraan Silat Mayang Mengurai Sarawak (PPSMMS) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua perguruan jemputan yang telah sudi menerima jemputan serta turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Pencak Silat Jemputan PPSMMS Edisi 1 2026.
Antara perguruan yang telah memeriahkan kejohanan kali ini ialah:
π₯ KSO Warisan Spring 15
π₯ Silat Seni Asli Zamrud
π₯ Gerak Hikmah Kuching
π₯ Jurus 21 Sebuyau
π₯ Hailam Rimbas Debak
π₯ Kuntau Betawi Darul Hana Kuching
Kehadiran dan penyertaan semua perguruan jemputan amat kami hargai. Terima kasih atas semangat kesukanan, kerjasama serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan kejohanan ini.
Semoga penyertaan ini bukan sekadar menjadi medan untuk menguji kemampuan dan mencungkil bakat pesilat, malah menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat persaudaraan serta memperkukuh hubungan antara perguruan silat.
Berbeza perguruan, berbeza gelanggang, tetapi tetap bersatu dalam memartabatkan seni warisan bangsa. Semoga hubungan baik ini terus berkekalan dan kita berpeluang bertemu lagi dalam kejohanan yang akan datang.
Sekali lagi, terima kasih kepada semua perguruan jemputan yang telah bersama-sama memeriahkan kejohanan kali ini. Jasa, sokongan dan semangat yang ditunjukkan amat bermakna buat kami.
π₯ MARUAH DIJAGA, MARTABAT DIJULANG.π₯