Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rantau Panjang

Call Directions Website

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rantau Panjang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rantau Panjang, Community Center, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, Dewan JKKK Rumah Franky, Rantau Panjang, Sibu.

NADI bermatlamat meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti setempat dan memberi pendedahan kepada kemahiran digital agar semua penduduk, tanpa mengira kedudukan sosial mahupun geografi berupaya menyertai serta mengambil peluang dalam ekonomi digital.

PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL (TEMA SIBER BULI)TEMPOH SEPANJANG 01 SEPT 2026 - 30 SEPTEMBER 2026NADI AWARENESS KEMPEN...
03/10/2026

PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL (TEMA SIBER BULI)

TEMPOH SEPANJANG 01 SEPT 2026 - 30 SEPTEMBER 2026

NADI AWARENESS KEMPEN INTERNET SELAMAT

MESYUARAT PANEL PENASIHAT NADI PARLIMEN SIBU P212 BIL 2/202630 SEPTEMBER 2026 AGENDA:- CADANGAN PROGRAM - MAKLUM BALAS P...
03/10/2026

MESYUARAT PANEL PENASIHAT NADI PARLIMEN SIBU P212 BIL 2/2026

30 SEPTEMBER 2026

AGENDA:
- CADANGAN PROGRAM
- MAKLUM BALAS PENGLIBATAN NADI
- PERKARA BERBANGKIT

Open Tuisyen Rakyat Bulan Oktober(Tingkatan 1 sehingga 5)Hantar anak untuk mengikuti tuisyen di NADI. Kelas hanya 1 jam ...
03/10/2026

Open Tuisyen Rakyat Bulan Oktober
(Tingkatan 1 sehingga 5)

Hantar anak untuk mengikuti tuisyen di NADI. Kelas hanya 1 jam sahaja.

Kelas adalah percuma..

Sila datang ke NADI berdekatan anda.

Terokai. Ketahui. Manfaat. Scan Qr Code untuk info lebih banyak lagi NADI ON WHEELS..
25/09/2026

Terokai. Ketahui. Manfaat. Scan Qr Code untuk info lebih banyak lagi NADI ON WHEELS..

NADI ON WHEELS SEKARANG BERTAPAK DI DEWAN TERBUKA DEPAN SK RANTAU PANJANG.Terima kasih komuniti yang telah singgah dan s...
25/09/2026

NADI ON WHEELS SEKARANG BERTAPAK DI DEWAN TERBUKA DEPAN SK RANTAU PANJANG.

Terima kasih komuniti yang telah singgah dan semoga NADI memberi manfaat kepada semua.

📢 HEBAHAN PROGRAM NADI ON WHEELS KINI KE TEMPAT ANDA! 🚐💨Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk / warg...
24/09/2026

📢 HEBAHAN PROGRAM NADI ON WHEELS KINI KE TEMPAT ANDA! 🚐💨
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua penduduk / warga komuniti sekalian.
Pasukan NADI on Wheels Sarawak (Team B 07) akan berkunjung ke kawasan kita tidak lama lagi! Pelbagai aktiviti menarik dan perkongsian bermanfaat menanti anda semua.

Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 25.09.26
⏰ Masa: 8am hingga selesai
📍 Lokasi / Tapak: Dewan Terbuka Rantau Panjang (Depan Sekolah)

🎁 Antara Pengisian Menarik:
* Pendaftaran Ahli NADI PERCUMA — Tiada sebarang bayaran dikenakan.
* Cenderahati (Goodies) Khas — Disediakan untuk pendaftar awal/baharu!
* Aktiviti Santai & Mini Games — Acara ringkas dan seronok untuk semua peringkat umur.
* Pengenalan Manfaat NADI — Ketahui kemudahan digital, keusahawanan, dan latihan percuma yang disediakan untuk komuniti setempat.

Semua penduduk kampung / rumah panjang, daripada kanak2, belia, ibu bapa hingga warga emas semua dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan program ini.

Jumpa anda di sana! Jangan lepaskan peluang untuk bawa pulang hadiah dan manfaat bersama. 🤝✨

22/09/2026

AWAS! MAKLUMAT PALSU

Kementerian Kewangan (M*F) menafikan maklumat yang tular mendakwa bahawa Bayaran Penghargaan SARA 2026 sebanyak RM100 akan bermula pada 28 September 2026.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai atau menyebarkan maklumat tersebut dan sentiasa merujuk saluran rasmi M*F bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

Untuk makluman, SARA Untuk Semua 2026 sebanyak RM100 telah disalurkan secara sekali beri kepada lebih 22 juta rakyat Malaysia dewasa melalui MyKad mulai 9 Februari 2026.

Jangan mudah terpedaya. Semak sebelum sebar.




Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Jabatan Penerangan Malaysia
Erwin Khairul Ahmad

Throw Back 2020.
22/09/2026

Throw Back 2020.

throw back 2020. lawatan rasmi oleh YBM Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
22/09/2026

throw back 2020. lawatan rasmi oleh YBM Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

20/09/2026

KITA LAKAR REKOD BERSAMA!

NADI kini secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) bagi rekod “Largest Simultaneous Participation in a Multi-Fitness Session” menerusi Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

Apa yang bermula dengan sasaran 50,000 peserta akhirnya mencatat:
🏆 60,379 PESERTA
📍 1,099 NADI
🇲🇾 Seluruh negara, bergerak serentak

Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 telah menyatukan komuniti di seluruh negara dalam satu gerakan yang menggalakkan gaya hidup sihat, di samping menyemarakkan semangat perpaduan.

Pengiktirafan ini menjadi satu lagi pencapaian membanggakan buat MCMC dan NADI, serta membuktikan apa yang mampu kita capai apabila seluruh rangkaian dan komuniti bergerak menuju matlamat yang sama.

Terima kasih kepada semua warga MCMC, NADI, komuniti dan setiap pihak yang menjayakannya. Kejayaan ini milik kita bersama!

60,379 peserta. 1,099 NADI. Satu gerakan nasional. Satu rekod Malaysia. 🇲🇾

Address

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang, Dewan JKKK Rumah Franky, Rantau Panjang
Sibu
96000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00

Telephone

+60145835848

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Rantau Panjang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share