KRT Skim Penempatan Semula Jalan Sentosa Salim

KRT Skim Penempatan Semula Jalan Sentosa Salim Penggerak Utama Komuniti

Mesyuarat Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Sibu Bil. 1/2026
22/01/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Bahagian Sibu Bil. 1/2026

25/11/2023 2330-0300Program Rondaan Sukarela SRS RT4ALL (KRT SELAMAT)SRS SKIM PENEMPATAN SEMULA JALAN SENTOSA SALIM, SIB...
25/11/2023

25/11/2023 2330-0300
Program Rondaan Sukarela SRS
RT4ALL (KRT SELAMAT)
SRS SKIM PENEMPATAN SEMULA JALAN SENTOSA SALIM, SIBU
Kekuatan anggota : 11 orang ahli SRS
(1)Rondaan konvoi bermotorsikal seperti rutin kami telah kami lakukan. Kami singgah sebentar memantau keadaan di rumah pakcik Zubir yang sibuk dengan kerja kahwin dan majlis mereka akan berlangsung pada paginya.
(2) Kira-kira pukul 1:50 pagi kami menerima aduan berlakunya kes keganasan rumahtangga oleh pekerja buruh binaan banggunan berbangsa Iban.Balai Polis Lanang menghantar 2 anggota Polis bertindak atas panggilan telefon dari kami anggota SRS SPSJSS.Kami menuju banggunan binaan tempat mereka diami untuk mengetahui lebih lanjut akan kejadian tersebut. Dengan bantuan dan nasihat pihak Polis dan sedikit kaunseling,masing-masing pasangan suami-isteri bertengkar hingga terlanjur melakukan kekasaran fizikal itu berdamai. Tiada laporan Polis secara rasmi dibuat,sekadar mengambil butiran kejadian untuk laporan serta rujukan di masa hadapan. Kes selesai dan kami bubar kira-kira pukul 2:45 pagi.
Keadaan adalah selamat serta terkawal sepanjang masa bertugas.

14/10/2023 2300-0300Program Rondaan Sukarela SRSRT4ALL(KRT SELAMAT)SRS SPSJSS USAHAJAYA BARURondaan Sukarela malam ini b...
14/10/2023

14/10/2023 2300-0300

Program Rondaan Sukarela SRS
RT4ALL(KRT SELAMAT)

SRS SPSJSS USAHAJAYA BARU

Rondaan Sukarela malam ini berkekuatan
12 orang anggota SRS konvoi bermotorsikal
memantau serta mengawasi keadaan
kampung.

Omnipresence kami menjalankan tugas
rondaan sukarela ini diharap mengelakkan
kejadian jenayah seperti pecah rumah
dan anasir-anasir buruk daripada berleluasa.

Sepanjang masa rondaan,keadaan
adalah baik serta terkawal.

07/10/2023 2200-0130Program Rondaan Sukarela SRS RT4ALL (KRT SELAMAT)SRS SPSJSS KG USAHAJAYA BARURondaan sukarela malam ...
07/10/2023

07/10/2023 2200-0130

Program Rondaan Sukarela SRS
RT4ALL (KRT SELAMAT)
SRS SPSJSS KG USAHAJAYA BARU

Rondaan sukarela malam ini SRS
SPSJSS telah mengadakan Rondaan
Bersepadu bersama pihak AADK SIBU serta PDRM (Balai Polis Lanang).
Sekatan jalan raya di persimpangan susur masuk jalan Kpg Usahajaya Baru telah dilakukan. Pemeriksaan terhadap pemandu dan penumpang kereta serta pembonceng motorsikal yang diketuai oleh pihak AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan)dan pihak PDRM (Balai Polis Lanang) diarahkan menjalani pemeriksaan air kencing.
Sekiranya pemeriksaan tersebut didapati
positif, tindakan lanjut akan diambil.

Melaporkan keadaan dalam keadaan baik
dan terkawal sepanjang masa operasi tersebut.
Operasi Bersepadu ditamatkan pada pukul
1:30 pagi.

Kehadiran:

1)Anggota SRS SPSJSS - 17 orang anggota
2) AADK Sibu - 5 orang pegawai
3) Balai Polis Lanang - 2 orang pegawai
4)JPNIN - 2 orang pegawai

30/09/2023 2330-0300PROGRAM RONDAAN SUKARELA SRSRT4ALL(KRT SELAMAT)SRS SPSJSS USAHAJAYA BARURondaan sukarela SRS malam i...
30/09/2023

30/09/2023 2330-0300

PROGRAM RONDAAN SUKARELA SRS
RT4ALL(KRT SELAMAT)
SRS SPSJSS USAHAJAYA BARU

Rondaan sukarela SRS malam ini
berkekuatan 10 orang anggota SRS
konvoi bermotorsikal mengawasi serta
memantau keadaan kampung kami agar
dalam keadaan selamat dan terkawal

Semasa berada di checkpoint 1,
kami menjumpai bekas paket lutsinar
serta batang straw yang dipercayai sisa
penyalahgunaan dadah jenis syabu.
Menjadi kerisauan kami aktiviti tidak sihat ini
daripada berleluasa dalam kampung kami.

Sewaktu berada di checkpoint ini juga
kami mendapati kebocoran paip berdekatan
"fire hydrant". Laporan segera kepada pihak
SWB telah dilakukan oleh salah seorang
anggota SRS agar penyelenggaraan baikpulih
oleh pihak yang berkenaan dapat dilakukan.

Bersama-sama kami melakukan rondaan
malam ini, seorang rakan KRT SRS Jeriah juga turut serta.
Disamping itu, seorang wakil belia Jiran Muda
KRT kami juga turut merasa bersama
pengalaman meronda.
Moga penglibatan mereka bersama kami akan
lebih memeriahkan serta menambah anggota
rondaan pada masa hadapan.
Tugas menjaga keharmonian dan keselamatan
kawasan setempat sebenarnya adalah
tanggungjawab yang harus dipikul bersama.

Semoga omnipresence kami melakukan
rondaan, gejala tidak sihat serta jenayah
kecurian dapat dikekang serta dielakkan.

Salam Maulud Nabi 1445 Hijrah,2023 A.DSARAWAK MAKMUR UMMAH SEJAHTERA
27/09/2023

Salam Maulud Nabi 1445 Hijrah,2023 A.D
SARAWAK MAKMUR UMMAH SEJAHTERA

23/09/2023 2330-0300Program Rondaan Sukarela SRS SPSJSSUsahajaya Baru (KRT SELAMAT)Rondaan keselamatan malam inikonvoi b...
23/09/2023

23/09/2023 2330-0300
Program Rondaan Sukarela SRS SPSJSS
Usahajaya Baru (KRT SELAMAT)

Rondaan keselamatan malam ini
konvoi bermotorsikal dengan kekuatan
11 orang anggota Sukarela SRS memantau
serta mengawasi keadaan sekitar kampung
kami agar dalam keadaan selamat.

Sepanjang masa rondaan tiada kes
dilaporkan berlaku.Moga Omnipresence
kami mengekalkan keadaan selamat serta
terkawal.

23/09/2023

23/09/2023 2330-0300
Program Rondaan Sukarela
SRS SPSJSS Usahajaya Baru

Lawatan serta tinjauan keselamatan
dikawasan pembinaan parit DID
Usahajaya Baru.

Melaporkan keadaan selamat dan terkawal

Address

Kampung Usahajaya Baru Jalan Sentosa Salim
Sibu
96000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Skim Penempatan Semula Jalan Sentosa Salim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share