07/11/2025
Sebanyak 10 orang wakil daripada SABERKAS cawangan Pelawan telah turut hadir dalam Majlis Perasmian Community Social Support Centre (CSSC) Sibu yang diadakan pada 7 November 2025 (Jumaat) bertempat di Rumah Rehat Sri Rajang Sibu. Kehadiran wakil-wakil SABERKAS cawangan Pelawan dalam majlis ini mencerminkan sokongan berterusan pertubuhan terhadap usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dalam memperkukuh jaringan sokongan sosial serta memperkasakan komuniti setempat melalui inisiatif advokasi, kesedaran dan pembangunan sosial.