KRT Nangka, Bandong & Abang Barieng - NBAB Sibu

KRT Nangka, Bandong & Abang Barieng - NBAB Sibu Memaparkan segala aktiviti KRT Nangka, Bandong & Abang Barieng (NBAB) Sibu

56/202630 MEI 2026PROGRAM KITAR SEMULA JKK PENDIDIKAN PERKIM CAWANGAN SIBUBANDONG : Pihak PERKIM Cawangan Sibu melalui J...
30/05/2026

56/2026

30 MEI 2026

PROGRAM KITAR SEMULA JKK PENDIDIKAN PERKIM CAWANGAN SIBU

BANDONG : Pihak PERKIM Cawangan Sibu melalui Jawatankuasa Kecil Pendidikan PERKIM Cawangan Sibu telah menjemput pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu untuk bersama dalam satu program kitar semula anjuran mereka. Program ini telah diadakan di Bangunan PERKIM Cawangan Sibu yang terletak di Jalan Bandong, Sibu. Penyertaan bagi program ini telah disertai oleh ahli KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu melalui Jiran Wanita KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu.

Bagi pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu ingin mengucapkan penghargaan Dan terima kasih atas jemputan Dari pihak PERKIM Cawangan Sibu dalam program ini. Banyak ilmu yang bermanafaat diperoleh oleh pihak peserta melalui program ini. Semoga kerjasama seperti ini akan berlanjutan Dan berkekalan pada masa akan datang.

Sekian










#2026

55/202624 MEI 2026MESYUARAT KHAS KRT NANGKA BANDONG DAN ABANG BARIENG (NBAB) SIBUBANDONG : Satu mesyuarat khas KRT Nangk...
24/05/2026

55/2026

24 MEI 2026

MESYUARAT KHAS KRT NANGKA BANDONG DAN ABANG BARIENG (NBAB) SIBU

BANDONG : Satu mesyuarat khas KRT Nangka, Bandong & Abang Barieng - NBAB Sibu telah diadakan pada Hari ini di kediaman Pengerusi Kiran Wanita KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu berkenaan program yang akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2026 nanti. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Drahman Bin Haji Julaihi selaku Pengerusi KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu Dan telah dihadiri oleh seramai 28 orang yang akan bersama dalam program itu nanti. Ahli-ahli mesyuarat ini terdiri Dari pelbagai persatuan Dan NGO di dalam kawasan KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu.

Sekian







#2026

54/202618 MEI 2026MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK BANDARAN SIBU NO. 3 2026BANDONG : Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Bari...
18/05/2026

54/2026

18 MEI 2026

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SK BANDARAN SIBU NO. 3 2026

BANDONG : Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu melalui Pengerusi, Tuan Haji Drahman Julaihi telah menerima jemputan Dan hadir bersama dalam Majlis Sambutan Hari Guru 2026 SK Bandaran Sibu No. 3 pada hari ini. Majlis ini telah Bermula pada 07.15 pagi. Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu Kerap menerima jemputan Dari pihak sekolah dalam program-program yang dianjurkan mereka..

Bagi pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu mengucapkan jutaan terima Kasih atas jemputan.

Sekian







#2026

53/202616 MEI 2026FUN WALK 10,000 LANGKAH SEMPENA ARMS PERINGKAT BAHAGIAN SIBUSIBU : Pihak Pejabat Kesihatan Bahagian (P...
18/05/2026

53/2026

16 MEI 2026

FUN WALK 10,000 LANGKAH SEMPENA ARMS PERINGKAT BAHAGIAN SIBU

SIBU : Pihak Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu telah mengadakan satu program FUN WALK 10,000 LANGKAH yang bertemakan era 80an di Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu. Program ini telah mendapat sambutan seramai 1,500 orang yang terdiri Dari pelbagai lapisan masyarakat. Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu turut bersama dalam program ini.

Laluan 10,000 langkah ini telah Bermula Dari Dataran Tun Tuanku Bujang, Sibu Dan melalui checkpoint pertama di hadapan Paramount Hotel seterusnya melalui Jalan Masjid, sebelum checkpoint kedua di hadapan Taman Selena Harmoni, Sibu. Seterusnya para peserta meneruskan perjalanan mereka di Jalan Tun Abang Haji Openg sebelum kembali ke Dataran Tun Tuanku Bujang Sibu.

Terdapat 3 pertandingan telah dipertandingkan dalam program ini iaitu Pertandingan Sepanduk Paling Kreatif (Kumpulan), Pertandingan Penyertaan Terbanyak (Kumpulan), Pertandingan Kostum Terbaik (Individu) .

Sekian










52/202614 MEI 2026PROGRAM ADVOKASI KESEJAHTERAAN UNTUK WANITA @ KEGANASAN RUMAH TANGGA - AKU WANITA @ KRTUTS SIBU : Piha...
18/05/2026

52/2026

14 MEI 2026

PROGRAM ADVOKASI KESEJAHTERAAN UNTUK WANITA @ KEGANASAN RUMAH TANGGA - AKU WANITA @ KRT

UTS SIBU : Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) bersama dengan KRT-KRT di Sibu telah menyertai program Advokasi Kesejahteraan Untuk Wanita @ Keganasan Rumah Tangga - AKU @ KRT di Dewan Canselor Tun Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Sibu pada 14 MEI 2026 yang lepas. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita Dan telah disempurnakan oleh Puan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, YBrs. Puan Hanani Binti Sapit.

Turut hadir ke program ini adalah Puan Lissa bagi mewakili Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Sibu.

Sekian









#2026

51/202609 MEI 2026PROGRAM BRISKWALK 2.0 "LANGKAH SIHAT, KOMUNITI BEBAS DADAH"PERMAI : Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang...
18/05/2026

51/2026

09 MEI 2026

PROGRAM BRISKWALK 2.0 "LANGKAH SIHAT, KOMUNITI BEBAS DADAH"

PERMAI : Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu telah menyertai Program Briskwalk 2.0 "Langkah Sihat, Komuniti Bebas Dadah" yang dianjurkan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sibu di Tasik Permai Sibu pada 09 MEI 2026, Bermula pada jam 6.30 pagi.

Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Puan Azimah selaku Pegawai AADK Sibu. Seramai kira-kira 1,000 orang telah hadir ke program tersebut. Program ini telah dimulakan dengan Senamrobik Dan selepas itu, flag off sebagai simbolik perasmian Dan perlepasan peserta briskwalk. Para peserta berjalan mengelilingi kawasan tasik yang sepanjang kira-kira 2KM. Setelah itu, para peserta diberikan QR code Dan tiket cabutan bertuah.

Program seperti ini harus lebih Kerap diadakan bagi membudayakan Dan mererapkan Cara hidup Sihat di kalangan komuniti.

Sekian









#2026

50/202603 MEI 2026PROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU DARUL ISLAM SIBU BANDONG : Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBA...
18/05/2026

50/2026

03 MEI 2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG SURAU DARUL ISLAM SIBU

BANDONG : Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu telah bersama komuniti setempat menyertai Program Gotong-Royong Surau Darul Islam Sibu. Antara matlamat program ini adalah untuk memastikan keadaan Surau berada dalam Bersih Dan Sejahtera, bukan sahaja keadaan dalam ruang solat sahaja tetapi turut memastikan persekitaran Surau dalam keadaan yang baik bagi memudahkan Dan keselesaan tetamu Allah yang beribadah di sini.

Program ini telah Bermula seawal 8.00 pagi dan para sukarelawan telah dibahagikan dalam beberapa kumpulan mengikut kawasan dan tugasan masing-masing.

Sekian









#2026

49/202624 APRIL 2026MAJLIS WIDA' HAJI 1447HBANDONG : Satu Majlis Wida' Haji 1447H telah diadakan di Surau Darul Islam Si...
18/05/2026

49/2026

24 APRIL 2026

MAJLIS WIDA' HAJI 1447H

BANDONG : Satu Majlis Wida' Haji 1447H telah diadakan di Surau Darul Islam Sibu pada 24 April 2026 seusai solat fardhu Isyak. Program ini merupakan program tahunan pihak Jawatankuasa Pengerusan Surau Darul Islam Sibu until meraikan para bakal Haji Dan Hajah yang akan menunaikan rukun Islam ke Lima iaitu fardhu Haji. Untuk tahun ini, Tuan Penghulu Bandong Dan Abang Barieng Dan Isteri telah mendapat panggilan haji. Merely akan bergerak Dari Sibu pada 30 April 2026 menuju ke Madinah.

Pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu telah bersama dalam majlis ini Dan mendoakan agar bakal Haji Dan Hajah ini mendapat Haji yang mabrur Dan dipermudahkan segala urban mereka.

Sekian








'haji

#2026

20/04/2026
48/202619 APRIL 2026MESYUARAT JAWATANKUASA KRT NANGKA BANDONG DAN ABANG BARIENG (NBAB) SIBU BIL. 02/2026SIBU : Satu Mesy...
19/04/2026

48/2026

19 APRIL 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA KRT NANGKA BANDONG DAN ABANG BARIENG (NBAB) SIBU BIL. 02/2026

SIBU : Satu Mesyuarat Jawatankuasa KRT Nangka, Bandong & Abang Barieng - NBAB Sibu trlah diadakan di kediaman Pengerusi KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu yang bermula pada jam 2.00 petang. Pelbagai agenda Dan cadangan telah diusulkan Dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Sebanyak lebih Dari 30 program Dan aktiviti telah dilaksanakan Dari bulan Februari hingga April 2026 yang melibatkan ahli-ahli KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu baik Dari program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), program keagamaan, program kesihatan, program kesejahteraan Dan lain-lain. Pihak Jawatankuasa KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu merakamkan penghargaan Dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada menyertai, menganjur Dan membantu dalam perlaksanaan sesuatu program. InshaAllah untuk masa akan datang pihak KRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu akan merancang Dan melaksanakan pelbagai program demi kesejahteraan Dan keselamatan masyarakat.

Sekian






#2026

Address

Sibu
96000

Telephone

+601123801485

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Nangka, Bandong & Abang Barieng - NBAB Sibu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share