31/08/2025
Seputar program Santai Rohani HIKMAH Cawangan Sibu 2025
Pada 30 hingga 31 Ogos 2025, rombongan Kelab Remaja HIKMAH (KRH) Sibu bersama Wanita HIKMAH Sibu telah berkunjung ke HIKMAH Cawangan Sarikei di mana ia merupakan bahagian dari program Santai Rohani HIKMAH Cawangan Sibu 2025 Lawatan ini bertujuan mengeratkan ukhuwah antara cawangan serta menjadi ruang untuk bertukar pengalaman dalam usaha dakwah dan pembinaan remaja dan wanita Islam.
Selesai kunjungan, rombongan meneruskan perjalanan ke Camping Site Puyan Guun, Selalang bagi pelaksanaan aktiviti berbentuk perkhemahan dan kerohanian. Lokasi ini menjadi pilihan mengambil kira keadaannya yang sangat indah dengan pemandangan hutan alam semula jadi.
Sepanjang dua hari program, pelbagai pengisian telah dilaksanakan seperti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Pemantapan Ahli Jawatankuasa , Forum Remaja, Campfire, Fajr Talk Dan lain sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, bahkan memberi ruang kepada para peserta untuk mendalami nilai kerjasama, kepimpinan, ukhuwah, serta penghayatan rohani yang lebih mendalam.
Alhamdulillah, program Santai Rohani ini telah berlangsung dengan penuh jayanya. Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi bekalan berguna buat para peserta, di samping terus menyemarakkan semangat dakwah, ukhuwah, dan kebersamaan dalam kalangan Kelab Remaja HIKMAH dan Wanita HIKMAH Sibu.
๐ฏNama Program : Kursus Kefahaman Islam, "Santai Rohani 2025".
๐ Anjuran : HIKMAH Cawangan Sibu
๐ Tarikh: 30-31 Ogos 2025 ( Sabtu-Ahad)
๐ Lokasi: HIKMAH Cawangan Sarikei danPuyan Guun Selalang
๐Catatan : Alhamdulillah telah berlangsung program Santai Rohani 2025 yang telah dilakukan dengan kerjasama Kelab Remaja HIKMAH Sibu dan Wanita HIKMAH Sibu. Program ini merangkumi Kunjungan Ziarah ke HIKMAH Cawangan Sarikei, permainan interaktif, perkongsian dari pelajari UIN Banjarmasin tajaan HIKMAH Sarawak, riadah dan sebagainya. Hadir bersama adalah Ustaz Nasrul Shahrin, Ustaz Al-Walid Junaidi, dan Saudara Jefri.
๐ Jazaakumullahu Khayr ๐
Segala pertanyaan serta urusan sumbangan Tuan/Puan boleh berurusan dengan Puan Ros 0165767143 atau Puan Nurul 0148973220
Tuan / Puan boleh tekan pautan (link) di bawah ini untuk menderma http://www.hikmah.org.my/tabung-prihatin-ummah
_________________________________
Sama-sama kita menyumbang bagi membantu kebajikan saudara kita yang memerlukan melalui akaun-akaun HIKMAH
๐Bank Islam: 11013010008020
๐Bank Rakyat: 111274030091
๐Maybank: 561118060482
๐Public Islamic bank: 39947491
Bagi menyumbang ke HIKMAH CAWANGAN SIBU, Tuan/Puan boleh menyalurkan sumbangan ke akaun HIKMAH Cawangan Sibu
๐ CIMB Bank: 8005194582
Sila whatsapp Resit Transaksi anda ke pihak kami _(No.Whatsapp/SMS dibawah)_ bagi tujuan rekod
Segala pertanyaan serta urusan sumbangan ke HIKMAH Cawangan Sibu, Tuan/Puan boleh berurusan dengan Jefri 0168086523 atau Ustaz Al-Walid Junaidi 0162308415