18/04/2026
16 APRIL 2026
MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SURAU DARUL ISLAM SIBU 1447H/2026M
Alhamdulillah kerana pihak JKP Surau Darul Islam Sibu telah mengadakan majlis Ramah Tamah Aidilfitri Surau Darul Islam Sibu 1447H/2026M di Surau Darul Islam Sibu. Majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini telah diserikan dengan kehadiran Penaung Surau Darul Islam Sibu iaitu Tuan Syed Hamzah Bin Dato Sri Haji Wan Hamid Edruce, Ayahanda Penghulu Kawasan Bandong Dan Abang Barieng, Tuan Abdul Razak Bin Amin, KK Kawasan Bandong Dan Abang Barieng, Puan Hajah Salemah Binti Chali, Pengarah Kolej Komuniti Sarikei, Cik Norasmah Binti Jaafar, Timbalan Pengerusi LRT Nangka Bandong Dan Abang Barieng (NBAB) Sibu, Tuan Ahmad Bin Omar, Timbalan Pengerusi PERKIM Cawangan Sibu, Puan Siti Aminah Chek, Dan Setiausaha JKKK Bandong Dan Abang Barieng, Tuan Mohammad Ali Bin Moss.
Aturcara majlis telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi JKP Surau Darul Islam Sibu merangkap Pengerusi Pengelola Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Surau Darul Islam Sibu, Tuan Haji Marzuki Haji Radin Mahmud. Simbolik majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini adalah tembakan mercun ke udara Dan seusai itu diteruskan dengan merakam foto sebagai tanda kenangan Dan ingatan bersama antara tetamu Dan jemputan pada majlis ini.
Jamuan Aidilfitri telah disediakan oleh pihak surau melalui katering bersama Puan Hajah Suriati Dan sebahagian juadah turut disumbang oleh para kariah Surau melalui medium potluck.
Bagi Cabutan bertuah p**a, pihak JKP Surau Darul Islam Sibu telah meneriam sebanyak 82 unit hadiah dalam pelbagai jenis termasuklah hamper makanan, hamper Barangan Plastik, Barangan Dapur, Beg, Perkakasan Elektrik Dan Voucher Minyak Petrol yang telah disumbangkan oleh pihak Syarikat Unipetro Sen Bhd.
Pihak JKP Surau Darul Islam Sibu dengan rendah hati mengucapkan penghargaan Dan terima kasih kepada para penyumbang samada juadah mahupun hadiah bagi Cabutan bertuah. Semoga Allah SWT Alan memberikan ganjaran yang lebih baik kepada para penyumbang.
Sekian, Jazakallah Khyra
#2026