Jalinan Kasih Insani

Call Directions Website

Jalinan Kasih Insani Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jalinan Kasih Insani, Nonprofit Organization, 15B, Block 2, Worldwide Business Park, Shah Alam.

Program Infaq Set Lengkap Pengurusan Jenazah dan Al Quran

Jalinan Kasih Insani merupakan satu program di bawah Telaga Sinar (TS) untuk membantu setiap golongan memerlukan yang memfokuskan kepada aspek pembangunan dakwah dan pendidikan.

“Infaq yang ikhlas, menjadi amal yang terus mengalir.”Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sepanjang bulan Ogos 2026, s...
09/09/2026

“Infaq yang ikhlas, menjadi amal yang terus mengalir.”
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sepanjang bulan Ogos 2026, sebanyak 695 set pengurusan jenazah telah disampaikan kepada beberapa masjid, institusi agama dan yayasan bagi membantu menyediakan keperluan pengurusan jenazah untuk masyarakat.
Setiap sumbangan yang disampaikan bukan sekadar sebuah bantuan, tetapi merupakan tanda kasih dan keprihatinan terhadap umat, khususnya dalam urusan terakhir seorang insan sebelum kembali menghadap Allah SWT.
Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan, setiap set yang disumbangkan dan setiap usaha yang dilakukan menjadi amal jariah yang pahalanya terus mengalir buat para penyumbang. 🤲🏻
Terima kasih atas keikhlasan dan kepercayaan anda bersama Telaga Sinar.
Semoga Allah SWT menerima setiap amal kebaikan dan mengurniakan keberkatan kepada semua yang terlibat. ❤️

07/09/2026

🤍 ALHAMDULILLAH, MISI 600 SET PENGURUSAN JENAZAH KE IPOH BERJAYA DILAKSANAKAN 🤍
Dengan penuh rasa syukur, kami ingin berkongsi bahawa 600 Set Pengurusan Jenazah telah berjaya dihantar kepada Jabatan Agama Islam Daerah Ipoh untuk disalurkan kepada masjid-masjid yang terpilih.
Lebih bermakna, sebahagian daripada set ini juga akan diagihkan kepada masjid-masjid di kawasan yang jauh dan pedalaman, bagi membantu menyediakan keperluan untuk menguruskan jenazah golongan asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan.
Setiap set yang disumbangkan akan menjadi satu persediaan penting apabila berlaku kematian dalam kalangan keluarga yang tidak mampu menyediakan kelengkapan pengurusan jenazah.
Terima kasih kepada semua insan-insan baik yang telah bersama-sama menjayakan misi 600 Set Pengurusan Jenazah ini. 🤍
Setiap infak anda bukan sekadar sebuah sumbangan, tetapi menjadi asbab untuk membantu memudahkan urusan terakhir saudara kita yang memerlukan.
🤲 Semoga setiap sen yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, dan Allah SWT membalas segala kebaikan para penyumbang dengan rezeki yang luas serta keberkatan hidup.
Daripada anda, untuk memudahkan urusan terakhir mereka yang memerlukan.🤍

28/08/2026

📖 SATU NASKHAH, SEJUTA PAHALA 🤍
Alhamdulillah, satu lagi amanah telah disempurnakan. 🤲🏻
Video ini merakamkan perjalanan penghantaran Infaq Al-Quran untuk disampaikan kepada pelajar Maahad Tahfiz Fathul Ulum, Hulu Langat sebanyak 70 naskhah. Semoga setiap naskhah yang dibaca, setiap ayat yang dipelajari dan setiap hati yang disentuh oleh kalam Allah menjadi saham akhirat yang terus mengalir pahalanya buat para penyumbang.
Mungkin bagi kita, ia hanya sebuah naskhah Al-Quran.
Namun bagi penerimanya, ia mungkin menjadi teman, petunjuk dan cahaya dalam kehidupan. ✨
Terima kasih kepada semua yang terus bersama dalam usaha menyebarkan kebaikan ini.
Jom teruskan berinfaq, kerana kebaikan yang kita titipkan hari ini, insya-Allah menjadi bekalan kita di akhirat nanti. 🌙

🌿 PENGHANTARAN INFAQ SEPANJANG BULAN JULAI 2026 🌿✨MENYEMAI AMAL, MENUAI PAHALA✨Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sep...
21/08/2026

🌿 PENGHANTARAN INFAQ SEPANJANG BULAN JULAI 2026 🌿
✨MENYEMAI AMAL, MENUAI PAHALA✨
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sepanjang bulan Julai 2026, Telaga Sinar bersama para penyumbang telah berkesempatan menyampaikan:
📖 195 Naskhah Al-Quran
🤍 159 Set Pengurusan Jenazah
Sumbangan ini telah disalurkan kepada beberapa masjid, pusat pengajian dan institusi tahfiz, antaranya di Hulu Langat, Shah Alam dan Kuala Kubu Bharu.
Setiap naskhah Al-Quran yang dibaca, setiap ilmu yang dipelajari dan setiap urusan jenazah yang dipermudahkan, insya-Allah menjadi sebahagian daripada amal jariah yang terus mengalir pahalanya.
🤲 Jazakumullahu khairan khaira kepada seluruh penyumbang yang sentiasa percaya dan bersama-sama menyokong usaha ini.
Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan, diterima sebagai amal soleh dan menjadi asbab keberkatan buat kita semua.
“Apa yang kita beri kerana Allah, tidak pernah sia-sia.” 🤍

“Alhamdulillah, Satu Lagi Amal Jariah Tersampai!” Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini telah berlangsung penye...
21/08/2026

“Alhamdulillah, Satu Lagi Amal Jariah Tersampai!”
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, hari ini telah berlangsung penyerahan Kit Pengurusan Jenazah kepada pihak Masjid Al-Falah, Taman Sri Muda sebanyak 25 set .
.
Sumbangan ini merupakan hasil infak daripada para penginfaq budiman melalui syarikat Telaga Sinar. Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab pahala berpanjangan, serta memudahkan urusan fardhu kifayah di rumah Allah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penginfaq dan pihak masjid atas sokongan serta kerjasama yang diberikan. Moga usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat kita semua💚

21/08/2026

🤍Ada tangan yang memberi, ada hati yang menerima dan ada pahala yang terus mengalir🤍
Alhamdulillah, amanah daripada para penginfaq telah disampaikan melalui Program Jalinan Kasih Telaga Sinar RASMI kepada anak-anak Maahad Tahfiz Integrasi Ilmi, Hulu Langat sebanyak 20 naskah Al-Quran.
Semoga setiap naskah ini menjadi teman dalam membaca, sumber ilmu dalam belajar dan cahaya dalam kehidupan.
Buat para penginfaq, mungkin kita tidak melihat setiap kebaikan yang lahir daripadanya, tetapi semoga Allah terus mengalirkan pahalanya buat kalian ❤️
Terima kasih kerana memilih untuk berkongsi cahaya Al-Quran.
Jalinan kasih, menghubungkan hati melalui Kalam Allah SWT.

🌿 Berbuat baik tidak menunggu masa, kerana setiap kebaikan yang kecil mampu memberi makna besar buat insan lain. 🤍Alhamd...
29/07/2026

🌿 Berbuat baik tidak menunggu masa, kerana setiap kebaikan yang kecil mampu memberi makna besar buat insan lain. 🤍
Alhamdulillah, 25 set Kit Lengkap Pakaian Terakhir telah berjaya diserahkan kepada wakil Masjid Al-Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam.
Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan dalam urusan pengurusan jenazah dan menjadi amal jariah yang berpanjangan buat semua penyumbang. 🤲

Bismillah, MasyaAllah TabarakallahKEMATIAN adalah SATU KEPASTIAN. Tetapi persediaan untuk menghadapinya sering kali dilu...
28/07/2026

Bismillah, MasyaAllah Tabarakallah
KEMATIAN adalah SATU KEPASTIAN. Tetapi persediaan untuk menghadapinya sering kali dilupakan.
Atas kesedaran ini, saya mengambil inisiatif untuk menyediakan Kit Lengkap Pakaian Terakhir ini bukan sekadar kelengkapan, tetapi sebagai satu usaha memastikan setiap rumah, keluarga dan komuniti mempunya persediaan asas untuk menguruskan jenazah dengan sempurna.
Alhamdulillah, atas prihatin org ramai Masjid Nahdah Al-Islam, Sek 18 telah menerima 20 set Kit Lengkap Pakaian Terakhir melalui Program Jalinan Kasih Telaga Sinar RASMI yang menguruskan antara jenazah asnaf, tiada pewaris dan kariah sekitar sana.
Saya percaya Fardhu Kifayah ini tanggungjawab kita bersama. Semoga usaha kecil ini dapat membantu lebih ramai untuk bersedia menghadapi saat yang pasti tiba.

Alhamdulillah, kita hanya pemudah cara, menyampaikan dan menjalankan tanggungjawab bersama.Dipanjangkan penghargaan buat...
28/07/2026

Alhamdulillah, kita hanya pemudah cara, menyampaikan dan menjalankan tanggungjawab bersama.
Dipanjangkan penghargaan buat semua, kalian yang tidak putus terus-menerus menyokong segala usaha dan kerjasama kita semua.
InsyaAllah, pasti ada Allah ganjarkan pahala dan kebaikan buat kita semua di dunia dan juga di akhirat. Amiin...
Pastinya penat lelah, jerih-perih kita selama ini, terasa ringan dan bebas bila segala amanah yang dipegang diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
Diharapkan tuan puan sentiasa menyokong perjuangan Telaga Sinar RASMI untuk membantu mengurangkan kos pengurusan jenazah bagi keluarga si mati.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program Jalinan Kasih Telaga Sinar.
Dibawah adalah senarai-senarai masjid yang telah menerima kit pengurusan jenazah pada bulan Julai 2026.

Address

15B, Block 2, Worldwide Business Park
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jalinan Kasih Insani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share