30/08/2026
31 Ogos 2026 | 69 Tahun Merdeka
69 tahun lalu, kita tidak hanya mencapai kemerdekaan.
Kita memulakan perjalanan membina sebuah bangsa dan menentukan sendiri masa depan tanah air ini.
Kita mewarisi sebuah tanah yang dihuni manusia daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang, dengan sejarah, keresahan dan harapan masing-masing. Namun akhirnya mereka memilih untuk berkongsi satu masa depan.
Itulah antara sisi kemerdekaan yang kadang-kadang kita terlupa.
Kemerdekaan bukan hanya tentang berakhirnya penjajahan. Ia juga tentang keberanian untuk percaya bahawa sebuah negara boleh dibina bersama, walaupun kita tidak semuanya sama.
Hari ini cabaran kita sudah berbeza daripada generasi 1957. Mereka berjuang mendapatkan sebuah negara. Tanggungjawab kita p**a adalah memastikan negara yang diwariskan ini terus kuat, adil dan mempunyai tempat untuk semua anak Malaysia.
Merdeka bukan hanya tentang apa yang kita warisi. Merdeka ialah apa yang akan kita wariskan.
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.
βπ£πΆπ’π΅ π΄π¦π©π’π£πͺπ΄ π£π’πͺπ¬β