Yayasan Johawaki

Yayasan Johawaki Yayasan Johawaki merupakan sebuah badan kebajikan yang melaksanakan aktiviti kebajikan khususnya dalam membantu asnaf fakir miskin dan memerlukan.

12/08/2026

Yayasan Johawaki dengan kolaborasi bersama Yayasan Universiti Multimedia (YUM) ingin menawarkan peluang melanjutkan pengajian di Universiti Multimedia bagi sesi Oktober 2026.

YUM telah berbesar hati untuk menawarkan biasiswa penuh istimewa untuk Alumni Yayasan Johawaki yang mencari peluang menyambung pengajian (tertakluk kepada terma dan syarat). Kami menyeru kepada semua yang berminat, untuk mengisi borang yang disediakan untuk membolehkan kami menjemput anda ke sesi taklimat secara dalam talian bersama YUM.

Tujuan taklimat ini adalah untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci mengenai proses kemasukan ke universiti serta peranan dan bantuan yang disediakan oleh Yayasan Universiti Multimedia (YUM).

Jangan sia-siakan peluang yang mungkin hanya datang sekali. Gapailah ia untuk menjadikan segala impian menjadi kenyataan.

Butiran taklimat :
Isnin, 17 Ogos 2026
10.00 pagi

Berminat klik pautan di bawah
https://forms.cloud.microsoft/r/fnPRTJvu30?origin=lprLink

Isi borang ini selewat-lewatnya 13 Ogos 2026

Yayasan Johawaki telah menziarahi 37 keluarga Anak Angkat menerusi Program Kembara Kasih 2026. Program ini bertujuan unt...
14/07/2026

Yayasan Johawaki telah menziarahi 37 keluarga Anak Angkat menerusi Program Kembara Kasih 2026. Program ini bertujuan untuk menyantuni keluarga anak angkat yang menghidap penyakit kronik serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Antara penyakit yang dihidapi termasuk penyakit jantung, gangguan saraf, kanser, strok, kegagalan buah pinggang dan masalah penglihatan. Dalam lawatan ini, setiap keluarga telah menerima sumbangan tunai sebanyak RM500 serta bantuan barangan keperluan asas bernilai RM150.

Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat membantu meringankan beban keluarga yang terlibat serta memberi sedikit keceriaan dan sokongan dalam menghadapi cabaran kehidupan.

PROGRAM KEMBARA MUALAF SIRI KE-12Alhamdulillah, Mualaf Centre Yayasan Johawaki dengan kerjasama PERKIM Bandar Tasik Pute...
13/07/2026

PROGRAM KEMBARA MUALAF SIRI KE-12

Alhamdulillah, Mualaf Centre Yayasan Johawaki dengan kerjasama PERKIM Bandar Tasik Puteri, Rawang telah berjaya menganjurkan Program Kembara Mualaf Siri Ke-12 bertempat di Dewan Masjid Jamek Batu Arang, Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Fokus utama Mualaf Centre Yayasan Johawaki dalam siri kali ini adalah memastikan para peserta dapat menguasai bacaan Surah al-Fatihah dan bacaan Tahiyyat dengan lebih baik sebagai asas penting dalam pelaksanaan solat.

Semoga segala usaha yang dilakukan menjadi asbab hidayah yang berterusan, memantapkan kefahaman agama serta memberi manfaat kepada setiap peserta.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga Allah SWT menerima setiap amal dan memberkati usaha dakwah ini.

Alhamdulillah!Pada 7 Julai 2026, Yayasan Johawaki telah menerima Anugerah Ejen Terbaik Keseluruhan Tahun 2025 daripada L...
09/07/2026

Alhamdulillah!

Pada 7 Julai 2026, Yayasan Johawaki telah menerima Anugerah Ejen Terbaik Keseluruhan Tahun 2025 daripada Lembaga Zakat Selangor dalam majlis yang diadakan di Wisma PKPS.

Yayasan Johawaki merupakan ejen berdaftar LZS yang diberi tauliah untuk melaksanakan kutipan zakat harta dan zakat fitrah di Selangor.

Pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk kami terus memberikan perkhidmatan terbaik dalam memudahkan masyarakat menunaikan kewajipan zakat.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua pembayar zakat.

Takziah Buat Keluarga Anak Angkat Yayasan JohawakiDengan penuh rasa dukacita, Yayasan Johawaki telah menerima berita pem...
08/07/2026

Takziah Buat Keluarga Anak Angkat Yayasan Johawaki

Dengan penuh rasa dukacita, Yayasan Johawaki telah menerima berita pemergian ibu dan bapa kepada dua orang Anak Angkat Yayasan Johawaki. Seorang telah kehilangan ibu tercinta akibat penyakit kanser, manakala seorang lagi kehilangan bapa akibat kemalangan.

Bagi menzahirkan rasa simpati dan sokongan, kakitangan Yayasan Johawaki telah menziarahi kedua-dua keluarga serta menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM500 kepada setiap keluarga.

Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung, serta menjadi tanda bahawa mereka sentiasa berada dalam ingatan dan doa kami.

Seluruh warga Yayasan Johawaki merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat. Semoga Allah SWT mengurniakan keampunan dan rahmat kepada arwah, serta memberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.

Kami kini beroperasi di lokasi baharu. Mohon rujuk poster untuk maklumat lanjut mengenai alamat dan tarikh kuat kuasa.Te...
30/06/2026

Kami kini beroperasi di lokasi baharu. Mohon rujuk poster untuk maklumat lanjut mengenai alamat dan tarikh kuat kuasa.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

Pada 1 hingga 4 Jun 2026, Yayasan Johawaki telah menganjurkan Program Ekspedisi Studi dan Orientasi Nasihat Akademik (PE...
15/06/2026

Pada 1 hingga 4 Jun 2026, Yayasan Johawaki telah menganjurkan Program Ekspedisi Studi dan Orientasi Nasihat Akademik (PESONA) di Sri Pena, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program ini bertujuan membantu peserta memahami personaliti, minat dan potensi diri sebagai panduan dalam memilih aliran pendidikan yang sesuai apabila melangkah ke Tingkatan 4. Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai aktiviti pembangunan diri, eksplorasi kerjaya, sesi motivasi serta bimbingan akademik bagi membantu mereka merancang hala tuju pendidikan dengan lebih yakin.

Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi panduan berguna dalam merancang masa depan yang cemerlang.

Address

No 60-2 Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60355188310

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Johawaki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Johawaki:

Shortcuts

Share