MediCOM

Call Directions Website Contact the organization

MediCOM Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) adalah sebuah NGO berdaftar

MediCOM adalah sebuah pertubuhan yang dicetuskan oleh sekumpulan aktivis kebajikan pada 4 Februari 2017. Cetusan ini berlaku apabila ada keperluan mendesak untuk menubuhkan satu badan kebajikan yang memfokuskan kesihatan dan juga amal. Hasil daripada penubuhan Jawatankuasa penaja pada hari tersebut, Pertubuhan Amal Kebajikan dan Perubatan Malaysia (MediCOM) telah berjaya didaftarkan pada 13hb Mei 2017 di Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Selangor.

KENYATAAN MEDIAMediCOM MalaysiaTAKZIAH ATAS TRAGEDI NAHAS HELIKOPTER PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA (PDU)إِنَّا لِلَّهِ وَإِن...
09/09/2026

KENYATAAN MEDIA

MediCOM Malaysia

TAKZIAH ATAS TRAGEDI NAHAS HELIKOPTER PERKHIDMATAN DOKTOR UDARA (PDU)

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

MediCOM Malaysia merakamkan rasa dukacita dan mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter ketika menjalankan tugas bersama pasukan Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) di Long Lellang, Sarawak.

Lima mangsa yang terlibat dalam tragedi ini ialah:

Kapten Zainol Afiq Bee Sham – Juruterbang, 30 tahun
Dr. Ainul Baraah Kamaruddin – Pegawai Perubatan KKM, 33 tahun
Alexson Adit anak Henry – Penolong Pegawai Perubatan, 31 tahun
Debra anak Moset – Jururawat, 40 tahun
Jessie Paya Jok – Jururawat, 44 tahun

Tragedi ini mengingatkan kita tentang besarnya pengorbanan para petugas kesihatan, khususnya mereka yang sanggup merentas kawasan pedalaman dan berhadapan dengan pelbagai risiko demi memastikan masyarakat mendapat akses kepada rawatan serta perkhidmatan kesihatan yang sewajarnya.

MediCOM Malaysia berharap agar siasatan terhadap tragedi ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh, telus dan terperinci, termasuk penelitian terhadap aspek keselamatan operasi serta kebajikan petugas kesihatan yang menjalankan tugasan berisiko.

Mereka menjaga nyawa rakyat.
Keselamatan mereka juga wajib kita jaga.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa mereka, menerima segala amal kebajikan mereka serta menempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga mangsa dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan yang amat besar ini.

Al-Fatihah.

DR. MOHD SHAFIQ BIN WAHAB
Presiden
MediCOM Malaysia

Kebajikan Tanpa Batasan

Salam takziah buat keluarga AF almarhum Ustaz Halim Din
06/09/2026

Salam takziah buat keluarga AF almarhum Ustaz Halim Din

PEKA B40: Kesihatan Untuk Semua Alhamdulillah, Program Pemeriksaan Kesihatan PEKA B40 yang berlangsung di Surau An-Nur, ...
26/07/2026

PEKA B40: Kesihatan Untuk Semua

Alhamdulillah, Program Pemeriksaan Kesihatan PEKA B40 yang berlangsung di Surau An-Nur, Apartment Taman Setia Rawang hari ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 50 orang penduduk.

Program ini bukan sekadar menawarkan pemeriksaan kesihatan, malah menjadi ruang untuk masyarakat mendapatkan nasihat dan bertanya pelbagai persoalan berkaitan tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol serta penjagaan kesihatan secara menyeluruh. Kesedaran dan saringan awal adalah langkah terbaik untuk mencegah komplikasi penyakit.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini:

- MediCOM Malaysia
- Klinik Al Fatih Kundang
- Selayang Care
- AJK Surau An-Nur, Apartment Taman Setia Rawang
- Seluruh penduduk yang hadir dan memberikan sokongan.

Semoga usaha ini menjadi manfaat kepada masyarakat dan terus menyemarakkan budaya menjaga kesihatan dalam komuniti.

Kesihatan dijaga, masyarakat sejahtera.

Adakah anda:1. Warganegara Malaysia 2. Penerima BSH3. Berumur 40 tahun dan ke atasAnda layak untuk mendapatkan saringan ...
15/06/2026

Adakah anda:
1. Warganegara Malaysia
2. Penerima BSH
3. Berumur 40 tahun dan ke atas

Anda layak untuk mendapatkan saringan kesihatan percuma PeKa B40 yang merangkumi pemeriksaan kesihatan fizikal dan ujian darah.

Sempena Sambutan Maal Hijrah, Masjid Al-I'tisam bersama MediCOM Malaysia menganjurkan program saringan kesihatan percuma untuk semua kariah bagi pemeriksaan biasa dan Saringan PeKa B40 bagi yang layak. Berikut adalah butiran program ini:

Tarikh: 17 Jun 2026 (Rabu)
Masa: 9.00am - 1.00pm
Tempat: Masjid Al-I'tisam, TTDI Jaya

Kita jumpa di sana!

Misi Kebajikan Kesihatan MediCOM Malaysia di Pulau Mabul, SabahAlhamdulillah, seramai 250 penerima daripada golongan asn...
14/06/2026

Misi Kebajikan Kesihatan MediCOM Malaysia di Pulau Mabul, Sabah

Alhamdulillah, seramai 250 penerima daripada golongan asnaf di Pulau Mabul telah menerima sumbangan bakul makanan hasil keprihatinan para penyumbang dan sukarelawan yang sentiasa menyokong misi kebajikan MediCOM Malaysia.

Mungkin bagi kita ia hanyalah sebuah bakul makanan, tetapi bagi mereka ia membawa kegembiraan, kelegaan dan tanda bahawa masih ramai yang mengambil berat tentang nasib saudara-saudara kita di Pulau Mabul.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang menghulurkan sumbangan dan kepercayaan kepada MediCOM Malaysia. Moga setiap ringgit yang disumbangkan menjadi saham akhirat dan Allah SWT melimpahkan rezeki, kesihatan serta keberkatan yang berpanjangan buat anda dan keluarga.

“Kebajikan Tanpa Batasan”

Misi Kebajikan Kesihatan MediCOM Malaysia di Pulau Mabul, Sabah – Day 2Alhamdulillah, hari kedua misi dipenuhi dengan pe...
13/06/2026

Misi Kebajikan Kesihatan MediCOM Malaysia di Pulau Mabul, Sabah – Day 2

Alhamdulillah, hari kedua misi dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat Pulau Mabul.

🩺 Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Wakaf MediCOM
🦷 Pemeriksaan dan Rawatan Gigi
✂️ Program Sunathon untuk anak-anak Pulau Mabul

Terima kasih kepada semua penduduk Pulau Mabul yang hadir dan memberi sokongan. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua doktor, petugas kesihatan dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan misi ini.

Penat kita mungkin sekejap, tetapi manfaat yang dirasai masyarakat insya-Allah berkekalan. Semoga setiap langkah dan khidmat yang diberikan menjadi asbab kebaikan buat semua.

Kebajikan Tanpa Batasan.

MISI KEBAJIKAN & KESIHATAN PULAU MABUL,SABAH“ALHAMDULILLAH, SENYUMAN ITU KEMBALI ❤️”Ramai yang melihat pembedahan bibir ...
13/06/2026

MISI KEBAJIKAN & KESIHATAN PULAU MABUL,SABAH

“ALHAMDULILLAH, SENYUMAN ITU KEMBALI ❤️”

Ramai yang melihat pembedahan bibir sumbing (cleft lip repair) hanya sebagai usaha memperbaiki penampilan. Namun hakikatnya, impaknya jauh lebih besar daripada itu.

Alhamdulillah, melalui misi kemanusiaan MediCOM Malaysia di Pulau Mabul, beberapa orang pakar bedah plastik bersama pasukan perubatan sukarelawan telah berjaya menjalankan pembedahan pembaikan bibir sumbing kepada anak-anak yang memerlukan.

Pembedahan berjalan dengan lancar, dan hari ini seorang lagi anak berjaya melangkah ke fasa baharu kehidupannya.

Selain mengembalikan senyuman manis dan keyakinan diri, pembedahan ini juga membantu memperbaiki fungsi harian yang selama ini menjadi cabaran. Insya-Allah, beliau kini dapat minum dengan lebih baik tanpa kebocoran air melalui celah bibir, menggunakan straw dengan lebih mudah, serta menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa.

Bagi kebanyakan orang, perkara seperti minum air atau tersenyum mungkin kelihatan biasa. Namun bagi anak-anak yang dilahirkan dengan bibir sumbing, nikmat kecil inilah yang sering mereka impikan.

Setiap senyuman yang kembali terukir bukan sekadar kejayaan sebuah pembedahan. Ia adalah sinar harapan baharu buat seorang anak, kegembiraan buat sebuah keluarga, dan bukti bahawa masih ramai insan yang sanggup menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pakar bedah, doktor, jururawat serta sukarelawan yang telah menyumbangkan masa, tenaga dan kepakaran demi menjayakan misi ini.

Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan pengorbanan semua yang terlibat dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Tahniah Team MediCOM Malaysia!

“Kebajikan Tanpa Batasan”








JAMUAN SANTAI BERSAMA KELUARGA 2026Alhamdulillah, program Jamuan Santai Bersama Keluarga yang berlangsung di PASTI Al-Ja...
06/06/2026

JAMUAN SANTAI BERSAMA KELUARGA 2026

Alhamdulillah, program Jamuan Santai Bersama Keluarga yang berlangsung di PASTI Al-Jauhar 6, Parit Panjang, Ayer Baloi, Pontian telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama MediCOM Malaysia, PEKABA, PAKAT dan PASTI Al-Jauhar ini menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan. Pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya jamuan komuniti, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, sumbangan bakul makanan, rawatan alternatif terapi Al-Quran serta aktiviti sukan kanak-kanak yang mendapat sambutan baik daripada para pengunjung.

Selain memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan nasihat perubatan secara percuma, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara penduduk setempat, badan bukan kerajaan serta para sukarelawan yang hadir menyumbang tenaga dan masa.

Terima kasih kepada semua sukarelawan, petugas kesihatan, doktor gigi, rakan strategik, penyumbang dan penduduk setempat yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha murni seperti ini terus menjadi jambatan ukhuwah dan membawa manfaat kepada lebih ramai masyarakat pada masa hadapan.

“Kebajikan Tanpa Batasan”



26/05/2026

🌙 SALAM AIDILADHA 1447H 🌙

Daripada seluruh warga Medicom Malaysia

Semoga Aidiladha kali ini mengajar kita erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Di sebalik setiap ibadah qurban, terselit kasih sayang, persaudaraan dan kepedulian terhadap insan yang memerlukan.

“Sesungguhnya daging dan darah haiwan qurban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan kita diterima serta menjadi asbab keberkatan buat keluarga, masyarakat dan ummah seluruhnya.

✨ Selamat Hari Raya Aidiladha
✨ Maaf Zahir & Batin

Ikhlas daripada,
Medicom Malaysia 🤍




Address

12A, Tingkat 1, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MediCOM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MediCOM:

Shortcuts

Share