Secara ringkasnya, mengapa sukan berbasikal lebih dikedepankan berbanding ‘jogging’ kerana pertama, berbasikal merupakan sukan yang menyeronokkan, menyihatkan, dan memberi impak yang rendah miskipon seseorang itu sudah berumur dan mempunyai berat badan yang tidak ideal. Kedua, berbasikal boleh melindungi seseorang dari penyakit yang serius seperti stroke, serangan jantung, kemurungan, diabetes, da
n obesity. Ketiga, berbasikal bukan sahaja dilakukan pada hujung minggu atau waktu lapang, tetapi dalam rutin harian seperti berbasikal ke tempat kerja, sekolah, tempat makan, dll. Oleh itu, Masjid Al-Ikhlas mengambil kesempatan menubuhkan Kelab Basikal Al-Ikhlas (KEBAAL) sebagai suatu platform bagi para jemaah untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan dan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah difardukan dengan sempurna dan penuh khusyuk. KEBAAL ditubuhkan pada 31 Ogos 2015, diketuai oleh Sdr Saiful dan dibimbing oleh dua imam Masjid Al-Ikhlas iaitu Ust Muawidz dan Ust Asyraf. Sehingga September 2016, KEBAAL sudah mempunyai hampir 20 orang ahli dimana bilangan tersebut bukan sahaja terdiri dari Jemaah Masjid Al-Ikhlas, malah jemaah Surau dan Masjid lain turut menyertai kelab ini. Hampir setiap minggu KEBAAL menganjurkan kayuhan santai bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, ukhwah persaudaraan, dan mengurangkan jurang perbezaan.