COMBI Daerah Petaling

COMBI Daerah Petaling Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from COMBI Daerah Petaling, Nonprofit Organization, Pusat komuniti desa(PKD), Shah Alam.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H / 2026Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kesihatan ...
16/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H / 2026

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi semangat perpaduan dalam komuniti. Marilah kita bersama-sama berhijrah ke arah yang lebih baik demi membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Ikhlas daripada

Barisan AJK COMBI Daerah Petaling πŸŒ™βœ¨

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah...
13/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam program Gotong-Royong Cari dan Musnah yang telah diadakan pagi tadi di Kampung Melayu Subang
Terima kasih kepada pihak PKD Petaling yang turut sama dalam program hari ini terutama En. Khalis dan En. Suffian atas kerjasama, tunjuk ajar serta bantuan yang diberikan bagi memastikan aktiviti ini berjalan dengan lancar.
Penghargaan juga buat Pn. Norizan bersama pasukan COMBI Daerah Petaling , En. Aliff daripada Combi paya jaras serta pasukan, serta seluruh Team COMBI Kampung Melayu Subang (KMS) yang telah bertungkus-lumus menjayakan usaha membanteras tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua penduduk Kampung Melayu Subang yang telah meluangkan masa, tenaga dan memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan gotong-royong ini.

Semoga semangat kerjasama dan keprihatinan seperti ini dapat diteruskan demi memastikan kawasan kita sentiasa bersih, selamat dan bebas daripada ancaman nyamuk Aedes.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Bersama kita cipta perubahan.






MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) COMBI NEGERI SELANGOR 2026Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) COMBI Negeri Selang...
06/06/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) COMBI NEGERI SELANGOR 2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) COMBI Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Jun 2026 (Sabtu), jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Ahli Majlis MPP Zon 18, Seksyen U5, Shah Alam.

Mesyuarat telah dihadiri oleh:
βœ… En. Nurol Ashikin, Pengerusi COMBI Negeri Selangor
βœ… Barisan AJK COMBI Negeri Selangor
βœ… Pengerusi-pengerusi COMBI Daerah seluruh Negeri Selangor
βœ… Wakil-wakil COMBI Daerah Negeri Selangor
βœ… Pemerhati dan sukarelawan daripada COMBI Paya Jaras, COMBI Kg Melayu Subang (KMS), COMBI RPSS serta COMBI daerah-daerah lain di Negeri Selangor.

Antara agenda utama mesyuarat adalah:
πŸ“Œ Perlantikan barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) COMBI Negeri Selangor bagi sesi 2026–2028.
πŸ“Œ Perbincangan mengenai program-program latihan dan lawatan bagi meningkatkan keupayaan sukarelawan COMBI.
πŸ“Œ Peruntukan dan bantuan kepada setiap COMBI daerah.
πŸ“Œ Cadangan serta perancangan aktiviti dan program bagi memperkasakan serta memajukan gerakan COMBI di seluruh Negeri Selangor.

Semoga segala keputusan dan perancangan yang dibincangkan dapat memperkukuhkan lagi peranan COMBI dalam membantu masyarakat serta menyokong usaha pencegahan dan kawalan penyakit, khususnya denggi di Negeri Selangor.






PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBASMI DENGGI DI KAMPUNG PAYA JARAS HILIRAlhamdulillah, satu Program Gotong-Royong Membasmi Deng...
31/05/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBASMI DENGGI DI KAMPUNG PAYA JARAS HILIR

Alhamdulillah, satu Program Gotong-Royong Membasmi Denggi telah berjaya dilaksanakan pagi tadi di Jalan Teratai 4, Kampung Paya Jaras Hilir, yang telah diwartakan sebagai kawasan hotspot denggi dengan catatan sebanyak 14 kes.

Program ini telah disempurnakan oleh Ahli Majlis MPP Zon 23, Tok Nuar, bersama Ketua Kampung, Tok Halid, serta mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai pihak yang prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan penduduk setempat.

Turut hadir menjayakan program ini ialah:
β€’Tok Nuar Ahli majlis MPP 23
β€’Tok Halid ketua kg paya jaras hilir
β€’ Puan Azah, Pegawai dari PKD Petaling
β€’ Encik Nurol, COMBI Negeri Selangor
β€’ Pasukan COMBI Petaling
β€’ COMBI MPP 23 ,COMBI Paya Jaras yang diketuai oleh Encik Aliff bersama pasukannya
β€’ COMBI Kampung Melayu Subang yang diketuai oleh Encik Zakri bersama pasukannya
β€’ Pasukan MPP 23
β€’ pasukan JPKK paya jaras hilir
β€’ Jawatankuasa Surau Jalan Teratai 4
β€’ Penduduk setempat
turut sama berganding bahu menjayakan program ini

Pelbagai aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes telah dilaksanakan bagi mengurangkan risiko penularan wabak denggi yang kini semakin membimbangkan di daerah Petaling.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah meluangkan masa, tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini membuahkan hasil dan Jalan Teratai 4 dapat segera bebas daripada ancaman denggi demi kesejahteraan seluruh komuniti.

"Cegah Denggi Tanggungjawab Bersama"
Tiada Aedes, Tiada Denggi! πŸ’ͺ🦟🚫









πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H | 2026M πŸŒ™Barisan AJK Combi Petaling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat ...
26/05/2026

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H | 2026M πŸŒ™

Barisan AJK Combi Petaling mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya kepada semua penduduk dan warga komuniti.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita.

β€œAidiladha disambut penuh keinsafan, semoga pengorbanan mendidik hati ke arah keikhlasan.”

Salam Aidiladha 10 Zulhijjah 1447H

Ikhlas daripada
Barisan AJK Combi Petaling 🌺

🀝 PROGRAM GOTONG-ROYONG PANGSAPURI MENTARI, SEKSYEN U5, SHAH ALAMAlhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Program Go...
24/05/2026

🀝 PROGRAM GOTONG-ROYONG PANGSAPURI MENTARI, SEKSYEN U5, SHAH ALAM
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana Program Gotong-Royong yang berlangsung pada pagi tadi di Pangsapuri Mentari, Seksyen U5, Shah Alam telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat kerjasama, kebersamaan dan keprihatinan komuniti.

Program yang dianjurkan oleh COMBI Pangsapuri Mentari di bawah pimpinan pengerusinya, Puan Suriati ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan persekitaran, pencegahan pembiakan nyamuk Aedes serta mewujudkan suasana komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

Turut hadir memberikan sokongan dan menjayakan program ini ialah Puan Sarimah selaku Ahli Majlis MPP Zon 18, En.Suffian Hadi bersama pasukan, Puan Azah dari PKD petaling, Puan Nor Rizan selaku Pengerusi COMBI Petaling, En.Ahmad Faudzi selaku Naib Pengerusi COMBI Petaling bersama barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) COMBI Petaling,En. Aliff bersama pasukan, serta En. Zakri bersama pasukan,juga pihak KKM .

Program pada pagi ini turut diserikan dengan semangat kerjasama para penduduk yang hadir berganding bahu melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan persekitaran demi memastikan komuniti yang lebih bersih, ceria dan selamat untuk semua.

Dalam masa yang sama, Puan Nor Rizan turut mengambil kesempatan menyampaikan sedikit sumbangan penghargaan kepada beberapa ahli sukarelawan COMBI Pangsapuri Mentari sebagai tanda apresiasi atas komitmen dan dedikasi mereka dalam menjayakan aktiviti komuniti serta usaha berterusan menjaga kesejahteraan penduduk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah hadir, memberi kerjasama dan menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kesukarelawanan serta budaya gotong-royong terus subur demi membentuk komuniti yang lebih bersih, sihat dan harmoni.

✨ β€œKomuniti Bersih, Penduduk Sihat, Kehidupan Lebih Sejahtera







PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI SUBANG PERDANA SP1 BERJAYA DILAKSANAKANPada 17 Mei 2026 (Ahad), satu Program Gotong-R...
18/05/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI SUBANG PERDANA SP1 BERJAYA DILAKSANAKAN

Pada 17 Mei 2026 (Ahad), satu Program Gotong-Royong Cegah Denggi telah berjaya dilaksanakan di Padang Awam SP1, Subang Perdana anjuran MPP Zon 17 dengan kerjasama serta bantuan daripada Combi Kampung Melayu Subang (KMS).

Program ini turut mendapat sambutan dan kerjasama yang amat baik daripada penduduk setempat, Sukarelawan Combi KMS, Persatuan Penduduk KMS, serta wakil daripada PKD Petaling dalam usaha bersama membanteras pembiakan nyamuk Aedes dan meningkatkan kesedaran komuniti terhadap bahaya denggi.

Turut hadir memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini ialah:
✨ Pn Mandy Ooi – Ahli Majlis MPP Zon 17
✨ Pn Azah – Pegawai PKD Petaling
✨ Pn Nor Rizan – Pengerusi Combi Petaling
✨ En Zakri – Pengerusi Combi Kampung Melayu Subang
✨ Tn Hj Hamid - persatuan penduduk kms

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan seperti ini dapat mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan bebas denggi demi kesejahteraan komuniti setempat.

β€œCegah Denggi Tanggungjawab Bersama” πŸ’š








PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI Combi KMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua...
18/05/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG CEGAH DENGGI

Combi KMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Gotong-Royong Cegah Denggi yang telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Mei 2026 (Ahad) di Dataran Komuniti KMS,Jalan Jati, Kampung Melayu Subang.
Program ini telah dilaksanakan dengan sempurna hasil kerjasama erat serta semangat kesukarelawanan daripada pelbagai pihak yang hadir, antaranya para Sukarelawan Combi KMS, Persatuan Penduduk KMS, KRT KMS, serta wakil daripada PKD Petaling.
Turut hadir memeriahkan dan memberi sokongan kepada program ini ialah:
✨ En Suffian Hadi – Pegawai PKD Petaling
✨ Pn Nor Rizan – Pengerusi Combi Petaling
✨ En Aliff - Combi Paya Jaras
Semoga semangat kerjasama, perpaduan dan keprihatinan terhadap kebersihan serta kesejahteraan komuniti seperti ini akan terus diperkukuhkan demi mewujudkan persekitaran yang lebih sihat, bersih dan harmoni.

β€œKomuniti Bersih, Komuniti Sejahtera” πŸ’š








π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 πƒπ„ππ†π†πˆ πƒπˆ πŠπ† 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 ππ”π‚π‡πŽππ†Pagi tadi telah berlangsung program Gotong-Royong Perdana Bebas D...
16/05/2026

π†πŽπ“πŽππ†-π‘πŽπ˜πŽππ† 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 πƒπ„ππ†π†πˆ πƒπˆ πŠπ† 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 ππ”π‚π‡πŽππ†

Pagi tadi telah berlangsung program Gotong-Royong Perdana Bebas Denggi di Kg Tengah Puchong sebagai langkah berterusan membanteras penularan wabak denggi di kawasan ini.

Untuk makluman, Kg Tengah Puchong mencatatkan sebanyak 49 kes denggi, merupakan antara kes tertinggi di Malaysia, dengan tempoh pemantauan selama 102 hari yang akan tamat pada 26.05.2026. Justeru, usaha pencegahan secara menyeluruh melalui gotong-royong, pemeriksaan kawasan berisiko serta kesedaran komuniti amat penting bagi memastikan kawasan ini kembali bebas denggi.

Turut hadir menjayakan program ini ialah Ketua Ahli Majlis MBSJ, Tuan Ahmad Umar Khair bin Zainuddin, ketua Kg Tok Fiqrie bin Jusdean, pegawai daripada PKD Petaling antaranya En. Suffian Hadi, Pengerusi COMBI Petaling, Pn. Nor Rizan Marlan serta barisan AJK COMBI Petaling, Pengerusi COMBI Paya Jaras bersama pasukan, serta COMBI KMS dan pasukannya yang turut sama berganding bahu menjayakan program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir serta penduduk setempat yang bersama-sama menjayakan usaha murni ini demi kesejahteraan komuniti dan persekitaran yang lebih bersih serta sihat.

β€œTiada Aedes, Tiadalah Denggi”





🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹COMBI Daerah Petaling mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Seti...
15/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 🌹

COMBI Daerah Petaling mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Hari Guru diucapkan kepada seluruh warga pendidik yang telah banyak berjasa mendidik, membimbing serta membentuk generasi masa depan negara.

Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan seorang guru amat besar nilainya dalam melahirkan insan berilmu, berakhlak serta berjaya. Guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah menjadi pembimbing, inspirasi dan pencetus kejayaan anak bangsa.

Semoga semua guru terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam mendidik anak bangsa demi agama, masyarakat dan negara.

β€œGuru Pemacu Generasi Madani”
Bintara Nadi Negara

Address

Pusat Komuniti Desa(PKD)
Shah Alam
40150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COMBI Daerah Petaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share