Wanita IKRAM Selangor

Wanita IKRAM Selangor Wanita IKRAM Selangor is a non government organisation that offers the society with a variety of activities to educate and groom people .

Di bawah Wanita IKRAM Selangor, terdapat 16 sayap Wanita IKRAM Kawasan iaitu :
1) Ampang Jaya
2) Bandar Baru Bangi
3) Gombak
4) Hulu Langat
5) Hulu Selangor
6) Kajang
7) Klang
8) Kuala Langat
9) Kuala Selangor
10) Petaling Jaya
11) Shah Alam
12) Selayang
13) Sepang
14) Serdang
15) Subang Jaya

Keganasan rumah tangga bukan sekadar konflik keluarga, tetapi satu tragedi kemanusian dan  jenayah serius yang meninggal...
11/08/2026

Keganasan rumah tangga bukan sekadar konflik keluarga, tetapi satu tragedi kemanusian dan jenayah serius yang meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, anak-anak dan seluruh ahli keluarga. Walaupun keganasan berakhir, efeknya berpanjangan.

Ironinya, masih ramai mangsa memilih untuk berdiam diri kerana menganggapnya urusan peribadi atau memilih hidup dalam ketakutan akibat ugutan pelaku. Akibatnya, penderitaan berlarutan dan anak-anak membesar dalam persekitaran yang menormalisasikan keganasan, sekali gus berisiko melahirkan generasi yang mengulang kitaran sama.

Sampai bilakah kita mahu membiarkan jenayah ini berterusan?

Wanita IKRAM Negeri Selangor komited untuk meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa keganasan rumah tangga bukan isu peribadi semata-mata, tetapi jenayah yang menuntut tindakan semua pihak terutama dari kalangan ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran terdekat Setiap mangsa berhak dilindungi, didengari dan dibantu. Bersama kita hentikan kitaran keganasan.




SHAH ALAM – Dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik untuk memperkasa agenda pembangunan wanita, keluarga da...
07/08/2026

SHAH ALAM – Dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik untuk memperkasa agenda pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Wanita IKRAM Selangor telah mengadakan kunjung hormat ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Selangor semalam.

Delegasi Wanita IKRAM Selangor diketuai oleh Ketua Wanita, PM Dr. Syamimi Saadon, dan disambut oleh Pengarah LPPKN Selangor, Puan Rosmonaliza Abdul Ghani, bersama Penolong Pengarah Kanan Unit Penerangan dan Pendidikan, Haji Mohd Mazua Dato' Haji Mohd Mazlan, serta Penolong Pengarah Kanan Unit Kaunseling Keluarga, Puan Ratna Safura Kamal Shari.

Melalui kunjung hormat ini, kedua-dua pihak berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan institusi keluarga serta membincangkan potensi kerjasama dalam pelbagai inisiatif bermanfaat. Antara cadangan kerjasama yang dibincangkan termasuk penganjuran seminar, program kesedaran, program keibubapaan menggunakan modul LPPKN, serta pelaksanaan program saringan kesihatan komuniti pada masa hadapan.

Wanita IKRAM Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LPPKN Selangor atas sambutan mesra serta kesediaan menerima kunjungan ini. Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat direalisasikan melalui kerjasama yang berterusan demi kesejahteraan wanita, keluarga dan masyarakat khususnya di negeri ini.

Hadir sama, Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Puan Nur Izatul Azreen Apili, serta Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM Selangor, Puan Suriati Haron dan Puan Nor Hayati Mohd Yussoff.

5 amalan sihat untuk usia emas.
06/08/2026

5 amalan sihat untuk usia emas.

Dunia digital yang selamat bermula dengan ilmu, kesedaran dan keberanian untuk melindungi diri.Seramai 110 orang murid m...
31/07/2026

Dunia digital yang selamat bermula dengan ilmu, kesedaran dan keberanian untuk melindungi diri.

Seramai 110 orang murid menyertai Program Generasi Bijak Siber: "Kuasai Siber, Lindungi Diri" anjuran Wanita IKRAM Shah Alam Selatan dan IKRAM Junior Shah Alam Selatan dengan kerjasama pihak Sekolah Rendah Islam Integrasi Al-Furqan pada Isnin, 27 Julai lalu.

Melalui slot ceramah, soal jawab dan aktiviti C.E.L.O.T.E.H, para peserta didedahkan kepada kepentingan keselamatan siber, menjaga rahsia peribadi, memahami bahaya pornografi serta kepentingan mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai apabila berdepan situasi yang membimbangkan.

Semoga pendedahan awal seperti ini dapat membantu melahirkan generasi yang celik digital, berakhlak, bijak membuat keputusan dan mampu melindungi diri ketika berinteraksi di alam maya.

Hadir sama, Jawatankuasa Advokasi Kanak-kanak Wanita IKRAM Selangor, Puan Noor Atiqah Abd Rahman selaku penceramah jemputan dari Malaysians Against Po*******hy (MAP) Selangor.

Sudah tiba masanya kita merendahkan ego orang dewasa, memecahkan acuan sistem lama dan mula melihat dunia pendidikan dar...
31/07/2026

Sudah tiba masanya kita merendahkan ego orang dewasa, memecahkan acuan sistem lama dan mula melihat dunia pendidikan daripada aras pandang anak-anak.

Baca selanjutnya di artikel dalam ruangan komen 👇

Apakah formula pembelajaran aktif dan idea praktikal yang boleh kita tiru serta-merta untuk memecahkan kekakuan ruang ini?

Jika dunia luar sudah agresif merombak bilik darjah mereka, bagaimana p**a dengan sekolah kita? Apakah idea praktikal da...
28/07/2026

Jika dunia luar sudah agresif merombak bilik darjah mereka, bagaimana p**a dengan sekolah kita? Apakah idea praktikal dan solusi tanpa kos yang boleh kita tiru serta-merta?

Baca selanjutnya👇
https://ikram.org.my/bilik-darjah-pasif-gaya-kilang-rosakkan-mental-anak-bhg-1/


Jika dunia luar sudah agresif merombak bilik darjah mereka, bagaimana p**a dengan sekolah kita? Apakah idea praktikal dan solusi tanpa kos...

Keganasan Rumah Tangga: Rumah Tidak Lagi Selamat?"..para ibu bapa yang kurang peka dengan keadaan rumah dan anak-anaknya...
28/07/2026

Keganasan Rumah Tangga: Rumah Tidak Lagi Selamat?

"..para ibu bapa yang kurang peka dengan keadaan rumah dan anak-anaknya, akan mendorong pemangsa menjadi semakin berani untuk mencengkam mangsanya dan melakukan kezaliman."

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Sesi Libat Urus (SLU) Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2026–2030 Siri 1 y...
22/07/2026

Sesi Libat Urus (SLU) Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2026–2030 Siri 1 yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama LPPKN pada 21 Julai 2026 telah menghimpunkan wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO serta institusi akademik bagi berkongsi pandangan dan cadangan ke arah memperkukuh Pelan Tindakan PEKERTI 2026–2030 melalui perbincangan secara berkump**an.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Advokasi Kanak-Kanak Wanita IKRAM Selangor, Puan Noor Atiqah Abd Rahman. Semoga sesi tersebut menjadi wadah yang bermanfaat dalam menghasilkan pelan tindakan yang lebih menyeluruh dan berkesan demi kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.

Kenapa Sepanyol antara negara Eropah yang paling lantang mempertahankan Palestin? Ini 5 fakta ringkas:1️⃣ Mengiktiraf Pa...
21/07/2026

Kenapa Sepanyol antara negara Eropah yang paling lantang mempertahankan Palestin? Ini 5 fakta ringkas:

1️⃣ Mengiktiraf Palestin (2024) – Sepanyol mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat atas prinsip keadilan dan keamanan.

2️⃣ Tegas dalam diplomasi (2026) – Sepanyol mengambil pendirian tegas terhadap Israel susulan krisis kemanusiaan di Gaza.

3️⃣ Warisan Al-Andalus – Sejarah pemerintahan Islam di Sepanyol mewujudkan ikatan budaya dan emosi yang masih dirasai hingga hari ini.

4️⃣ Solidariti rakyat – Ramai rakyat Sepanyol menyuarakan sokongan kepada Palestin melalui demonstrasi aman dan simbol seperti keffiyeh.

5️⃣ Jambatan sukan – Ketika Piala Dunia 2026, ramai rakyat Palestin dilaporkan menyokong skuad Sepanyol, mencerminkan hubungan yang melangkaui politik.

Krisis Keluarga: Wanita Berilmu, Rumah Tangga Bahagia"Laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa seb...
21/07/2026

Krisis Keluarga: Wanita Berilmu, Rumah Tangga Bahagia

"Laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa sebanyak 190,304 perkahwinan dan 60,457 perceraian direkodkan sepanjang tahun 2024."

Baca artikel penuh di ruangan komen📲

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita IKRAM Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita IKRAM Selangor:

Shortcuts

Share