29/05/2026
*Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026* 🖋️📸
Sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026, Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor (WAJAR) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengamal media yang terus komited menyampaikan maklumat yang tepat, beretika dan berintegriti kepada masyarakat.
Di sebalik setiap laporan, rakaman dan foto yang diterbitkan, terselit pengorbanan, dedikasi serta tanggungjawab besar dalam memastikan rakyat menerima maklumat yang sahih dan boleh dipercayai.
Bertepatan dengan tema tahun ini, "Media Berintegriti, Teras Kredibiliti", marilah kita bersama-sama memperkukuhkan profesionalisme kewartawanan demi memelihara kepercayaan awam dan memperkasakan landskap media negara.
Terima kasih kepada seluruh wartawan, jurugambar, jurukamera serta semua petugas media yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam menyampaikan kebenaran.
Selamat Menyambut Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.