03/07/2026
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Assalamualaikum WBT,
Terima kasih Zayan FM atas temubual ringkas berkenaan Van Jenazah Percuma MGKL bersama salah seorang petugas kami saudara Faiz. Semoga lebih ramai masyarakat tahu tentang kewujudan kami dalam memberi perkhidmatan penghantaran jenazah tanpa sebarang bayaran dikenakan kepada pihak waris.
_______________
Van Jenazah Percuma MGKL ini terbuka untuk kegunaan semua umat Islam untuk khidmat membawa jenazah dari Lembah Klang ke luar/sekitar.
Jika anda mahu menggunakan khidmat ini, boleh terus hubungi mana-mana associate Muqmeen Group atau Muqmeen Group Kuala Lumpur.
Van Jenazah Percuma MGKL bergerak melalui sumbangan orang ramai. Kami mengalu-alukan sumbangan dari tuan/puan sekalian supaya van ini dapat terus beroperasi. InsyaAllah doakan semoga kami boleh terus berkhidmat dan memberi kepada masyarat.