Malaysians Against Pornography

Directions Website Contact the organization

Malaysians Against Pornography Fokus utama MAP adalah pencegahan, intervensi dan advokasi yang berkaitan dengan pornografi.

Malaysians Against Po*******hy (MAP) adalah sebuah institusi yang bertujuan memperjuangkan ancaman pornografi dalam kalangan masyarakat Malaysia secara kolektif. VISI
Masyarakat Malaysia Bebas Ancaman Pornografi

MISI
• Mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat tentang bahaya pornografi melalui pendekatan yang rahmah
• Membina jaringan yang padu dengan institusi berkaitan
• Menjadi kumpulan advokasi kepada penggubalan polisi dan penguatkuasaan undang-undang terkait pornografi
• Memudahcara saluran khidmat profesional kepada individu yang terkesan untuk mendapatkan akses intervensi
• Menjadi pakar rujuk profesional bagi isu pendidikan reproduktif, seksualiti dan pornografi

🧠 PORNOGRAFI & KEMURUNGAN: ADAKAH KITA SEDAR KESANNYA TERHADAP KESIHATAN MENTAL?Di sebalik skrin, ada perkara yang mungk...
10/10/2026

🧠 PORNOGRAFI & KEMURUNGAN: ADAKAH KITA SEDAR KESANNYA TERHADAP KESIHATAN MENTAL?

Di sebalik skrin, ada perkara yang mungkin tidak kita nampak. Ada individu yang bergelut dengan kesunyian, tekanan emosi dan perasaan kosong, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan.

Dalam usaha memahami kesihatan mental, kita juga perlu berani membincangkan kaitan antara tabiat menonton pornografi dengan kesejahteraan psikologi.

📚 APA YANG DITEMUI OLEH KAJIAN SAINTIFIK?

🔎 1. Penggunaan pornografi yang bermasalah mempunyai kaitan dengan kemurungan.

Kajian sistematik oleh Vieira dan Griffiths (2024), yang meneliti 20 kajian dengan jumlah keseluruhan 23,791 peserta, mendapati bahawa penggunaan pornografi yang bermasalah mempunyai hubungan dengan beberapa isu kesihatan mental. Antaranya termasuk kemurungan, kebimbangan dan faktor psikologi lain. Namun, hubungan ini tidak semestinya berlaku kepada semua individu dan boleh dipengaruhi oleh faktor seperti kesunyian serta harga diri.

🔎 2. Kajian longitudinal menunjukkan hubungan yang berterusan.

Kajian Engelhardt dan rakan-rakan (2025), melibatkan 4,363 orang dewasa di Amerika Syarikat yang diikuti selama setahun, mendapati penggunaan pornografi yang bermasalah berkait rapat dengan tekanan psikologi, termasuk gejala kemurungan dan kebimbangan.

Walau bagaimanapun, kajian tersebut tidak membuktikan bahawa pornografi secara langsung menyebabkan kemurungan. Hubungan antara kedua-duanya adalah kompleks dan mungkin melibatkan faktor lain.

🔎 3. Kekerapan menonton bukan satu-satunya perkara yang perlu dinilai.

Persoalan penting bukan sekadar berapa kerap seseorang menonton, tetapi sama ada tabiat tersebut sukar dikawal, mengganggu kehidupan harian atau menjadi cara utama untuk menghadapi tekanan emosi.

Apabila sesuatu tabiat mula menjejaskan kesejahteraan diri, hubungan dengan orang lain atau tanggungjawab harian, keadaan itu wajar diberi perhatian dan dinilai secara profesional.

📌 PENTING UNTUK DIFAHAMI: Kemurungan mempunyai pelbagai faktor penyumbang, termasuk faktor biologi, psikologi dan sosial. Tidak tepat untuk menyalahkan pornografi sebagai satu-satunya punca kemurungan, atau menganggap setiap individu yang menontonnya pasti mengalami masalah kesihatan mental.

💚 HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA — 10 OKTOBER 2026

Tema tahun ini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah “Lived experiences heard: real voices, real change” — pengalaman hidup didengari, perubahan sebenar dilaksanakan.

Tema ini mengingatkan kita bahawa setiap individu berhak didengari, difahami dan menerima sokongan tanpa stigma atau penghukuman.

Jika seseorang sedang bergelut dengan tabiat penggunaan pornografi, tekanan emosi atau kemurungan, mereka tidak seharusnya dimalukan atau dilabel sebagai manusia yang gagal. Sebaliknya, mereka perlu diberikan ruang yang selamat untuk mendapatkan bantuan dan membina cara menangani emosi yang lebih sihat.

Kesihatan mental bukan sekadar tentang merawat apa yang sudah berlaku. Ia juga tentang membina kesedaran, mencegah kemudaratan dan berani mendapatkan pertolongan.

Marilah kita membina masyarakat yang bukan sahaja berani membincangkan isu pornografi, tetapi juga prihatin terhadap kesejahteraan mental setiap individu.

Kerana di sebalik setiap tabiat, mungkin ada perjuangan yang tidak kita ketahui. Dan di sebalik setiap perjuangan, seseorang berhak mendapat sokongan.

Dengar tanpa menghukum. Fahami sebelum menilai. Bantu sebelum terlambat. 💚

📖 **Rujukan kajian:**
1. Vieira, C., & Griffiths, M. D. (2024). *Problematic Po*******hy Use and Mental Health: A Systematic Review.* Sexual Health & Compulsivity, 31(3), 207–247. https://doi.org/10.1080/26929953.2024.2348624
2. Engelhardt, R., et al. (2025). *Problematic po*******hy use and psychological distress: A longitudinal study in a large US sample.* Addictive Behaviors, 169, 108398. https://doi.org/10.1016/j.addbeh.2025.108398
3. World Health Organization (2026). *World Mental Health Day: Lived experiences heard, real voices, real change.* https://www.who.int/campaigns/world-mental-health-day/2026

*******hy

3 Oktober 2026Alhamdulillah, program Training of Trainer (TOT) IMPRESS telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 3...
07/10/2026

3 Oktober 2026

Alhamdulillah, program Training of Trainer (TOT) IMPRESS telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya pada 3 Oktober lepas bertempat di Pusat Aktiviti IKRAM, Bintulu, Sarawak! 🌟.Program ini berjaya mengumpulkan 30 lebih peserta daripada Kuching, Bintulu, Miri, Sibu dan lain-lain sekitar Sarawak.

Program IMPRESS atau ringkasannya "Ibu Bapa Memantau Kesihatan Reproduktif, Seksual & Sosial Anak-Anak" bertujuan untuk memperkasakan peranan ibu bapa dalam memberikan asas pendidikan seksualiti yang tepat kepada anak-anak.

Sesi TOT yang padat dengan ilmu ini telah dikendalikan oleh barisan penceramah daripada MAP Pusat:
👩‍⚕️ Dr. Bisha Fathamah binti Uzir (Timbalan Pengerusi MAP)
👩‍⚕️ Dr. Hartinie Abd Aziz (Ahli Jawatankuasa MAP Pusat)

Dalam sesi kali ini, penekanan mendalam telah diberikan terhadap Modul IMPRESS Ibu-Bapa. Antara modul utama yang dikupas termasuklah:

1. Pengenalan IMPRESS: Berfungsi sebagai 'eye-opener' kepada ibu bapa tentang mengapa panduan pendidikan seksualiti ini sangat penting.
2. Pendidikan Seksualiti Holistik: Pendekatan dan cara ibu ayah menyampaikan pendidikan seksualiti di rumah mengikut kesesuaian umur anak-anak.
3. Gaya Asuhan & Komunikasi: Membantu peserta mengenali dan mempraktikkan teknik komunikasi yang berkesan bersama anak-anak.
4. Pendidikan Rahsia Peribadi: Panduan mendidik anak-anak tentang kepentingan menjaga rahsia peribadi mereka.
5. Bijak Dunia Siber & Bahaya Pornografi: Membekalkan ilmu untuk mendepani ancaman siber dan cara membina perisai diri anak-anak daripada bahaya pornografi.

Selain sesi perkongsian teori, para peserta turut disajikan dengan pelbagai Aktiviti Interaktif IMPRESS yang sangat praktikal.

Antaranya:
1. LDK Pendidikan Seksualiti Holistik: Peserta didedahkan dengan aktiviti simulasi seperti "Ibu-Ayah Saya Nak Tahu!", modul "Sentuhan Selamat & Tidak Selamat", permainan kenali perasaan "Inside out", serta aktiviti "Story Telling".
2. LDK Bijak Siber: Memfokuskan kepada teknik Pemantauan Digital yang berkesan oleh ibu bapa.

Bagi memastikan modul ini dapat diterjemahkan ke dunia realiti, penceramah turut berkongsi Contoh Perlaksanaan IMPRESS secara strategik mengikut situasi. Sebagai pembakar semangat, peserta ditunjukkan contoh-contoh kejayaan perlaksanaan program IMPRESS yang telah dijalankan dengan cemerlang di Pahang dan HTA!

Tahniah diucapkan kepada semua peserta TOT! Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dan disebarkan kepada komuniti demi melindungi generasi masa depan kita. Bersama kita bina persekitaran yang selamat untuk anak-anak!

🌱 Kenapa Generasi Alpha perlukan Pendidikan Seksualiti Holistik?Anak-anak hari ini membesar dalam dunia yang sangat berb...
06/10/2026

🌱 Kenapa Generasi Alpha perlukan Pendidikan Seksualiti Holistik?

Anak-anak hari ini membesar dalam dunia yang sangat berbeza. Mereka bukan sahaja belajar daripada ibu bapa dan guru, tetapi juga daripada TikTok, YouTube, media sosial, permainan dalam talian dan internet.

Persoalannya… kalau kita tidak memberikan mereka ilmu yang betul, siapa yang akan mengajar mereka?

Pendidikan seksualiti holistik bukan bermaksud mengajar anak tentang seks semata-mata. Ia tentang membantu mereka memahami:

🧒 Tubuh mereka – mengenali perubahan diri dan menjaga tubuh dengan baik.
🛑 Sempadan diri – tahu bahawa mereka berhak berkata “tidak” apabila berasa tidak selesa.
❤️ Hubungan yang sihat – belajar tentang hormat, empati, komunikasi dan kasih sayang.
🔐 Keselamatan digital – tahu bagaimana melindungi privasi dan diri ketika berada di alam maya.
🚨 Risiko penderaan dan eksploitasi – mengenali situasi yang tidak selamat dan tahu kepada siapa mereka boleh meminta bantuan.
🧠 Pemikiran kritikal – mampu membezakan maklumat yang betul daripada kandungan yang mengelirukan atau tidak sesuai.

Dan yang paling penting, pendidikan ini perlu diberikan mengikut umur dan tahap perkembangan anak, dengan mengambil kira nilai keluarga, agama dan budaya kita.

Kita mungkin tidak mampu mengawal segala perkara yang anak-anak akan lihat di internet.

Tetapi kita boleh pastikan mereka mempunyai ilmu untuk memahami, menilai dan melindungi diri.

Kerana melindungi anak bukan sekadar menjauhkan mereka daripada bahaya.
Kita juga perlu membekalkan mereka dengan ilmu untuk berdepan dengan dunia. 💛

"Melindungi Keluarga, Memelihara Kanak-kanak"






*******hy

[Kenyataan Media Bersama] Wanita IKRAM Malaysia, MAP & KINDKanak-Kanak Terjerat dalam Rantaian CSAM: Kerajaan, Platform ...
30/09/2026

[Kenyataan Media Bersama] Wanita IKRAM Malaysia, MAP & KIND

Kanak-Kanak Terjerat dalam Rantaian CSAM: Kerajaan, Platform Digital dan Masyarakat Mesti Bertindak Segera

"..melahirkan kebimbangan mendalam berhubung penahanan lapan remaja (13 – 18 tahun) yang disyaki menghasilkan dan menjual kandungan animasi berunsur seksual, menerusi Ops P**o Bersepadu 3.0."

Baca KM penuh: https://ikram.org.my/kanak-kanak-terjerat-dalam-rantaian-csam-bertindak-segera/

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH TUN DR. HASMAH MOHD ALIInna lillahi wa inna ilaihi raji'un.Dengan penuh rasa ...
28/09/2026

SALAM TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH TUN DR. HASMAH MOHD ALI

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dengan penuh rasa dukacita, Malaysians Against Po*******hy (MAP) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali, isteri kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026, pada usia 100 tahun.

Allahyarhamah merupakan tokoh wanita yang telah menabur jasa besar kepada negara, khususnya dalam bidang kesihatan awam, kebajikan masyarakat, pembangunan wanita dan kesejahteraan keluarga.

Sepanjang hayatnya, beliau menjadi lambang ketabahan, keprihatinan dan dedikasi dalam berkhidmat kepada masyarakat. Sumbangan serta legasi beliau akan terus dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia.

MAP turut merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga dikurniakan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah.

Daripada,
Malaysians Against Po*******hy (MAP)

*******hy

27/09/2026

💬 Apa kata peserta Seminar Generasi Selamat 2026?

Seminar mungkin telah berakhir, tetapi perkongsian, kesedaran dan inspirasi yang dibawa pulang oleh para peserta terus bermakna. ❤️

Jom dengarkan sendiri pengalaman dan pandangan mereka sepanjang mengikuti Seminar Generasi Selamat 2026.

🎥 Saksikan sedutan maklum balas peserta dan lihat sendiri apa kata mereka!

*******hy

26/09/2026

Sedikit lagi sedutan maklumbalas peserta Seminar Generasi Selamat yang baru sahaja berlalu. Saksikan apa kata mereka!

*******hy

Satu penghormatan buat pihak kami di Malaysians Against Po*******hy yang diwakili oleh Dr.Bisha Fathamah Uzir & Dr. Hart...
25/09/2026

Satu penghormatan buat pihak kami di Malaysians Against Po*******hy yang diwakili oleh Dr.Bisha Fathamah Uzir & Dr. Hartinie Abd Aziz kerana dijemput menghadiri Seminar Advokasi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) yang berlangsung dengan jayanya pada 23 September lalu di Universiti Cyberjaya! 🎓✨

Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, program anjuran BPK KPM dengan kerjasama UNFPA Malaysia ini membawa tema yang sangat tepat pada masanya: "Sinergi PEERS Mampan, Generasi MADANI Sejahtera!"

Apa itu PEERS dan mengapa ia penting?
PEERS adalah kunci kepada pemerkasaan anak-anak kita. Ia mendidik mereka tentang kemahiran perlindungan diri, penjagaan kesihatan emosi, serta cara membuat keputusan yang bijak apabila berdepan dengan risiko.

Sebagai wakil NGO, kami amat terinspirasi melihat semangat kolaborasi yang padu di bawah satu bumbung—melibatkan guru-guru bimbingan & kaunseling, ibu bapa (PIBKS), para pelajar, dan rakan-rakan strategik. Ia jelas membuktikan bahawa usaha mendidik dan melindungi generasi masa depan adalah tanggungjawab kita bersama. 🤝

Kami sertakan disini kesimpulan diskusi forum daripada remaja-remaja yang dijemput sebagai iktibar buat ibu-bapa diluar sana. Moga kita menjadi ibu-bapa yang cakna ❤️.

Terima kasih KPM dan UNFPA atas jemputan yang bermakna ini. Kami sentiasa komited untuk terus menyokong inisiatif PEERS demi membina generasi yang lebih selamat, sihat, dan berdaya tahan! 🇲🇾💙

*******hy

23/09/2026

Saksikan maklumbalas peserta Seminar Generasi Selamat 2026.

Ayuh bersama-sama membina Malaysia yang lebih baik dan selamat untuk anak-anak kita.

"Melindungi Keluarga, Memelihara Kanak-kanak"

*******hy

🌱 SEMINAR GENERASI SELAMAT 2026Bersama Membina Generasi Yang Selamat, Berilmu dan Berdaya TahanAlhamdulillah, Seminar Ge...
21/09/2026

🌱 SEMINAR GENERASI SELAMAT 2026

Bersama Membina Generasi Yang Selamat, Berilmu dan Berdaya Tahan

Alhamdulillah, Seminar Generasi Selamat 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 September 2026, bertempat di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.

Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 2.00 tengah hari ini menghimpunkan 217 peserta, terdiri daripada 99 peserta dewasa perempuan dan 19 peserta dewasa lelaki, juga 50 kanak-kanak dan 49 remaja.

🌟 Program dimulakan dengan sesi Chairobic yang dikendalikan oleh Pasukan Fisioterapi Hospital Tunku Azizah. Sesi ini bukan sahaja menceriakan suasana pagi, malah menggalakkan peserta bergerak aktif dan memulakan program dengan penuh tenaga serta semangat kebersamaan.

📚 Seterusnya, peserta mengikuti sesi Pendidikan Seksualiti Holistik yang disampaikan oleh Datuk Dr. Harlina Halizah Hj Siraj @ Hj Ramli. Sesi ini memberikan pendedahan penting tentang pemahaman diri, perubahan tubuh, sempadan peribadi, keselamatan serta peranan orang dewasa dalam membimbing kanak-kanak dan remaja membesar dalam persekitaran yang selamat.

🎤 Program diteruskan dengan Forum Generasi Selamat yang menampilkan barisan panel dengan kepakaran dalam bidang keselamatan, kesihatan reproduktif dan keselamatan siber:

• En. Muhammad Muslim Rusli – Sukarelawan Malaysians Against Po*******hy (MAP)
• Pn. Noursilawati Abdul Halim – Timbalan Ketua Eksekutif, NACSA
• Dr. Khansa' Abd Halim – Ketua Unit Kesihatan Reproduktif, LPPKN

Perbincangan forum membuka ruang kepada peserta untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh kanak-kanak dan remaja dalam dunia fizikal serta digital, di samping menekankan kepentingan komunikasi terbuka, literasi digital, perlindungan diri dan sokongan keluarga.

👧 Bagi kanak-kanak, aktiviti Generasi Selamat: Zon Kanak-Kanak membawa mereka meneroka 5 Misi Keselamatan secara interaktif — Protect My Space, Protect My Eyes, Use My Voice, Protect My Body dan Find My Helpers.

🧑‍🎓 Bagi remaja, program IMPRESS Remaja memberi penekanan kepada perubahan diri, tubuh badan, privasi, sempadan peribadi serta kesedaran terhadap risiko dalam persekitaran digital.

Seminar ini merupakan hasil kerjasama Jabatan O&G Hospital Tunku Azizah, Malaysians Against Po*******hy (MAP), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Pertubuhan KIND dan Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR).

Keselamatan kanak-kanak dan remaja memerlukan ilmu, keberanian untuk bersuara, komunikasi yang terbuka dan kerjasama seluruh komuniti.

💚 Mari kita bersama-sama membina generasi yang tahu menjaga diri, berani bersuara dan tahu mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

"Melindungi Keluarga, Memelihara Kanak-kanak"

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysians Against Pornography posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysians Against Pornography:

Shortcuts

Share