05/08/2026
GEMPA BUMI KEMBALI MENGGEGARKAN MINDANAO
Belum sempat luka lama sembuh, bumi kembali bergegar.
Selepas berdepan siri gempa bumi yang meragut nyawa serta Taufan Super Kyapo yang memusnahkan ribuan kediaman, Sarangani, Davao Occidental, Filipina sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi bermagnitud 7.0 yang dilaporkan berlaku pada 5 Ogos 2026, jam 12:13 tengah hari, menurut maklumat awal daripada PHIVOLCS.
Bagi ribuan keluarga yang masih berlindung di pusat pemindahan dan sedang berusaha membina semula kehidupan, setiap gegaran baharu mengembalikan trauma dan ketakutan yang belum pernah hilang.
Musibah demi musibah terus menguji mereka. Ketika mereka sedang bangkit daripada bencana sebelumnya, ujian baharu p**a melanda.
๐คฒ RAYUAN KUTIPAN DANA KECEMASAN MINDANAO
Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban saudara-saudara kita di Mindanao.
Dana yang disumbangkan akan digunakan bagi menyediakan:
๐ Pek makanan
๐ง Air minuman bersih
๐๏ธ Selimut dan keperluan asas
โบ Tempat perlindungan sementara
๐ Pembinaan semula rumah, masjid dan madrasah
โค๏ธ Sumbangan boleh disalurkan melalui:
๐ฒ Sumbangan dalam talian:
https://www.billplz.com/TabungPrihatinHaRUM
Atau pindahan bank:
Maybank
5624 7814 6397
"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan."
(Surah Al-Insyirah: 5โ6)
๐คฒ Teruskan mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Mindanao. Semoga setiap doa dan sumbangan yang dihulurkan menjadi asbab Allah SWT mengangkat kesusahan mereka, mengembalikan harapan kepada mangsa, serta mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada setiap penyumbang.