13/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐ฅ-๐๐๐๐ข๐ณ ๐ค๐-๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐๐ก๐๐ข๐ณ ๐๐ง-๐๐๐๐๐ฐ๐ข ๐๐ก๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ฆ
โ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ค๐๐ง ๐๐จ๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ง ๐๐จ๐๐ค๐๐ง ๐ฎ๐ฌ๐๐ก๐๐ฆ๐ฎ.โ - Al-Hafiz ke-247 Maahad Tahfiz An-Nabawi Shah Alam
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah rahmat dan kasih sayangNya. Tahniah buat Al-Hafiz ke-247 Maahad Tahfiz An-Nabawi Shah Alam iaitu ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ atas kejayaan menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dengan penuh istiqamah dan kesungguhan.
Beliau merupakan anak ke-2 daripada 3 orang adik-beradik dan menjadi kebanggaan buat keluarga serta warga Maahad Tahfiz An-Nabawi Shah Alam.
Sepanjang perjalanan menghafal Al-Quran, beliau menjadikan kata-kata semangat ini sebagai pembakar jiwa untuk terus kuat menghadapi setiap ujian dan cabaran dalam menjaga hafazan.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, doa ibu bapa, sokongan para asatizah dan usaha yang tidak pernah berhenti, beliau berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya.
Perjalanan menghafal kalam Allah bukanlah suatu perjalanan yang mudah. Ia menuntut kesabaran yang tinggi, disiplin yang kuat serta hati yang sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT. Namun, dengan semangat yang tidak pernah padam, beliau terus melangkah dan berjuang sehingga berjaya menamatkan hafazan Al-Quran.
Semoga Al-Quran yang dihafal terus terpelihara dalam dada, menjadi cahaya kehidupan di dunia serta pemberi syafaat di akhirat kelak. Sesungguhnya, Allah memilih insan yang kuat untuk membawa kalamNya.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Ustaz Dr Ahmad Dusuki, para penderma, ibu bapa yang sentiasa menyokong, para asatizah yang membimbing, dan sahabat perjuangan yang bersama sepanjang perjalanan ini. Terima kasih atas segala ilmu, doa dan sumbangan yang menguatkan langkah para huffaz.