Perkep Kontinjen Selangor

Directions

Perkep Kontinjen Selangor Laman ini adalah laman rasmi Facebook PERKEP Kontinjen Selangor. Laman Facebook ini adalah Facebook Rasmi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Selangor.

Laman ini diwujudkan adalah bertujuan mendekatkan masyarakat dengan pasukan polis khususnya golongan wanita dan suri rumah melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan PERKEP Kontinjen Selangor. Sebarang pandangan dan cadangan boleh dihantar melalui email: [email protected] atau melalui Mesej Inbox Facebook Perkep Kontinjen Selangor.

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT ZUMBA DAN WORKOUT MERDEKA PERKEP SELANGOR βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎShah Alam, 28 Ogos 2026 – Biro Seni dan Budaya...
03/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT ZUMBA DAN WORKOUT MERDEKA PERKEP SELANGOR βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Shah Alam, 28 Ogos 2026 – Biro Seni dan Budaya, PERKEP Kontinjen Selangor telah menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat Zumba dan Workout Merdeka di Dewan D’ Cerana, IPK Selangor.

Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor, YBhg. Puan Zurim binti Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor, serta Ahli Jawatankuasa PERKEP Kontinjen Selangor.

Program ini mengetengahkan aktiviti Zumba dan workout beramai-ramai yang menggabungkan gerakan tarian serta senamrobik dengan iringan muzik. Aktiviti yang dilaksanakan secara santai dan menyeronokkan ini bertujuan menggalakkan warga PERKEP mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Dalam masa yang sama, program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan dan meningkatkan komunikasi dalam kalangan ahli PERKEP Selangor.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus menyemarakkan budaya hidup sihat serta memperkukuh semangat kekeluargaan dalam kalangan warga PERKEP Selangor.

β€œSihat Bersama, Ceria Bersama, Semangat Merdeka!” πŸ‡²πŸ‡Ύ




30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—

Timbalan Ketua Polis Selangor, YDH DCP Mohd Zaini bin Abu Hassan, bersama isteri, YBhg Puan Zurim binti Md Khalid, dengan penuh rasa syukur dan bangga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

31 Ogos 1957 akan terus dikenang sebagai detik bersejarah yang menandakan lahirnya sebuah negara yang bebas dan berdaulat. Setelah 69 tahun mengecapi kemerdekaan, semangat perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu wajar terus kita hayati dan sematkan dalam jiwa.

Kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah tanggungjawab bersama. Marilah kita terus memelihara keharmonian, menghormati kepelbagaian dan memperkukuh perpaduan demi memastikan Malaysia kekal aman serta menjadi sebuah negara yang sejahtera untuk generasi masa hadapan.

Sebagai warga Polis Diraja Malaysia, amanah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam akan terus dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan rasa tanggungjawab demi rakyat dan tanah air tercinta.

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ: πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πƒπˆππˆπŠπŒπ€π“πˆ

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π!

πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€! πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€! πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€!

30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—

Ketua Polis Selangor, YDH CP Dato’ Pahlawan Shazeli bin Dato’ Kahar, bersama YBhg Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor, serta seluruh warga kerja Polis dan PERKEP Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tanggal 31 Ogos 1957 bukan sekadar catatan sejarah, tetapi lambang keberanian, kesatuan dan tekad rakyat dalam membina sebuah negara yang berdaulat.

Menghayati 69 tahun kemerdekaan, marilah kita terus menyemai semangat patriotisme, menghargai kepelbagaian serta memperkukuh perpaduan demi Malaysia yang aman, makmur dan sejahtera.

Polis Selangor akan terus teguh berbakti, melindungi dan memastikan keamanan serta keselamatan rakyat sentiasa terpelihara.

πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŒπ€πƒπ€ππˆ: πŠπ„π’π„π‰π€π‡π“π„π‘π€π€π πƒπˆππˆπŠπŒπ€π“πˆ

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π!

28/08/2026
🌷✨ ZIARAH KASIH PERKEP SELANGORSANTUNI SUAMI AJK PERKEP YANG MENGHIDAPI KANSER PARU-PARU 🀍Shah Alam | 27 Ogos 2026 – YBh...
27/08/2026

🌷✨ ZIARAH KASIH PERKEP SELANGOR
SANTUNI SUAMI AJK PERKEP YANG MENGHIDAPI KANSER PARU-PARU 🀍

Shah Alam | 27 Ogos 2026 – YBhg Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor bersama YBhg Puan Zurim binti Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor meneruskan komitmen dalam menjaga kebajikan ahli dan keluarga melalui Lawatan Kebajikan ke atas suami Sjn. Sunitah binti Zulkipli, AJK Rumah PERKEP, JLog (Pktn) IPK Selangor yang sedang menjalani rawatan akibat kanser paru-paru tahap 4.

Beliau telah menjalani ujian biopsi pada 24 Ogos 2026 dan dijadualkan menjalani rawatan kemoterapi pada pertengahan September 2026.

Dalam kunjungan tersebut, Pengerusi PERKEP Selangor turut menyampaikan sumbangan daripada Tabung Kasih PERKEP sebagai tanda keprihatinan serta sokongan kepada keluarga yang sedang melalui ujian kesihatan.

PERKEP Selangor sentiasa komited untuk memastikan aspek kebajikan ahli dan keluarga terus diberi perhatian, khususnya ketika berdepan cabaran dan ujian yang memerlukan sokongan moral serta keprihatinan berterusan.

Semoga Encik Shahril dikurniakan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan rawatan serta diberikan kekuatan dan ketabahan kepada beliau sekeluarga dalam menghadapi ujian ini. πŸ€²πŸ»πŸ’





πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ ZUMBA DAN WORKOUT PERKEP SELANGOR πŸ’ͺπŸ’ƒJom sertai program Zumba dan Workout PERKEP Selangor sempena mengeratkan silatur...
27/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ ZUMBA DAN WORKOUT PERKEP SELANGOR πŸ’ͺπŸ’ƒ

Jom sertai program Zumba dan Workout PERKEP Selangor sempena mengeratkan silaturahim serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga PERKEP Selangor.

πŸ“… Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: Jam 1445 Hrs
πŸ“ Tempat: Dewan D’Cerana, IPK Selangor

πŸ’ƒ Ayuh kita aktif, sihat dan ceria bersama!
❀️ PERKEP Selangor – Sihat, Cergas, Bersama.





24/08/2026
23/08/2026
🌷✨ π—­π—œπ—”π—₯𝗔𝗛 π—žπ—”π—¦π—œπ—› π—£π—˜π—₯π—žπ—˜π—£ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯ π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—£π—˜π—¦π—”π—₯𝗔 π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—˜π— π—£π—˜π—‘π—” 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—₯π—žπ—˜π—£ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜-𝟱𝟴 πŸ’Sekinchan, 20 Ogos 202...
21/08/2026

🌷✨ π—­π—œπ—”π—₯𝗔𝗛 π—žπ—”π—¦π—œπ—› π—£π—˜π—₯π—žπ—˜π—£ π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—’π—₯ π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—£π—˜π—¦π—”π—₯𝗔 π—£π—’π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—˜π— π—£π—˜π—‘π—” 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗑 𝗛𝗔π—₯π—œ π—£π—˜π—₯π—žπ—˜π—£ π— π—”π—Ÿπ—”π—¬π—¦π—œπ—” π—žπ—˜-𝟱𝟴 πŸ’

Sekinchan, 20 Ogos 2026 – YBhg Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Selangor bersama YBhg Puan Zurim binti Md Khalid, Naib Pengerusi PERKEP Selangor meneruskan usaha menyantuni warga pesara PDRM, Sjn (B) 133602 Siti Mona Liza binti Abdullah dalam siri Lawatan Kebajikan Pesara Polis sempena Sambutan Hari PERKEP Malaysia Ke-58 Tahun 2026.

Lawatan ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan PERKEP Selangor serta PDRM IPD Sabak Bernam sekaligus menyampaikan hasrat baik YBhg Puan Sri Datuk (Dr.) Hajah Munirah binti Che Rose, Pengerusi PERKEP Malaysia serta seluruh kepimpinan tertinggi PERKEP dalam membantu meringankan kebajikan ahli-ahli PERKEP.

Kunjungan ini bertujuan menzahirkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan beliau sepanjang berkhidmat dalam PDRM, selain memberikan sokongan moral serta memastikan kebajikan pesara dan keluarga terus mendapat perhatian.

Dalam lawatan tersebut, sumbangan ikhlas daripada Tabung Kasih PERKEP turut disampaikan bagi membantu meringankan beban pesara dan keluarga.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan PERKEP terhadap kebajikan pesara PDRM serta usaha berterusan dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kekeluargaan.




Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jalan Tengku Badli Shah, 9/21
Shah Alam
40912

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkep Kontinjen Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share