28/06/2026
SERI KEMBANGAN – Alhamdulillah, Retreat IKRAM Muda Selangor (IMS) telah menghimpunkan barisan kepimpinan dari seluruh negeri dalam satu sesi khas yang berlangsung di Seri Kembangan, di sini, pada Sabtu, 27 Jun.
Retreat ini berperanan sebagai platform muafakat, refleksi, dan penjajaran strategik bagi memperkukuh hala tuju organisasi, menyusun semula gerak kerja, serta memperkasakan kompetensi kepimpinan bagi memandu IMS menuju fasa baharu 2026–2030.
Fokus utama diberikan kepada penerapan kerangka S-Class Leadership untuk melahirkan pimpinan muda yang berdaya fikir strategik, berinisiatif, dan mempunyai jiwa kepimpinan yang kental.
Selain itu, retreat ini turut memberikan sorotan khas kepada kerangka strategik 3RE (Rethink, Redesign, Reality) di samping menerapkan elemen budaya kerja yang berpaksikan nilai Growth, Safe Space, dan Reward.
Langkah ini mencerminkan iltizam bersama untuk membina ekosistem gerakan belia Islam yang dinamik, matang, dan sentiasa responsif terhadap keperluan semasa serta cabaran masa hadapan di Selangor.
Turut hadir memberikan sokongan dalam retreat ini ialah Ketua IKRAM Muda Pusat, Abdullah Zubayr bin Mohd Aizaini bersama barisan delegasi kepimpinan pusat.