Belia Harmoni Shah Alam

Belia Harmoni Shah Alam Harmoni Shah Alam (ISSA) merupakan salah satu cawangan Harmoni Malaysia

HARMONI merupakan sebuah persatuan belia yang
menumpukan pembangunan mahasiswa sebagai usaha
melahirkan individu yang prihatin & aktif dalam isu sejagat
seterusnya menjadi jurubicara mahasiswa Malaysia.

Minggu peperiksaan bukan sekadar menguji sejauh mana ilmu yang dipelajari, tetapi juga menguji kesabaran, disiplin dan p...
20/07/2026

Minggu peperiksaan bukan sekadar menguji sejauh mana ilmu yang dipelajari, tetapi juga menguji kesabaran, disiplin dan pergantungan kita kepada Allah SWT. Selain membuat ulang kaji secara konsisten, janganlah kita mengabaikan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kepada-Nya. Peliharalah solat pada awal waktu, perbanyakkan doa, beristighfar, membaca al-Quran, berzikir serta menjaga hubungan yang baik dengan ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Sesungguhnya, keberkatan ilmu lahir daripada hati yang bersih dan amalan yang ikhlas.

Marilah kita menjadikan minggu peperiksaan sebagai medan untuk memperkukuh usaha dan kebergantungan kepada Allah SWT. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, mohonlah pertolongan-Nya dalam setiap urusan dan jangan sesekali berputus asa. Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, mempermudahkan segala urusan, mengilhamkan jawapan yang terbaik serta mengurniakan kejayaan yang diberkati di dunia dan di akhirat.

احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ، وَلَا تَعْجِزْ

“Berusahalah bersungguh-sungguh terhadap perkara yang memberi manfaat kepadamu, mohonlah pertolongan kepada Allah, dan janganlah berputus asa.”

— Riwayat Muslim (2664) —

AKHLAK | KHIDMAT | UKHWAH



Maal Hijrah hadir sebagai titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperbaiki diri dan melangkah ke arah kehidupa...
16/06/2026

Maal Hijrah hadir sebagai titik permulaan untuk kita memperbaharui azam, memperbaiki diri dan melangkah ke arah kehidupan yang lebih diredai Allah. Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, bahkan perubahan hati, akhlak dan amalan ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya.

Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi medan untuk kita meningkatkan keimanan, memperkukuhkan ukhuwah, memperbanyakkan amal soleh serta meninggalkan segala perkara yang menjauhkan diri daripada rahmat Allah. Jadikan setiap hari sebagai peluang untuk berhijrah menjadi insan yang lebih bertakwa dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara.

مَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ

“Barang siapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya.”

— Riwayat al-Bukhari dan Muslim —

AKHLAK | KHIDMAT | UKHWAH



Aidiladha mengajar kita tentang makna sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mutlak kepada Allah. Peristiwa N...
27/05/2026

Aidiladha mengajar kita tentang makna sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan yang mutlak kepada Allah. Peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi bukti bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah tidak pernah sia-sia, bahkan menjadi jalan menuju rahmat dan reda-Nya.

Hari yang mulia ini mengingatkan kita bahawa pengorbanan bukan sekadar pada harta dan tenaga, tetapi juga pengorbanan hati dalam melawan ego, mengikhlaskan niat dan mendahulukan perintah Allah dalam setiap perkara.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, mempererat ukhwah, melapangkan rezeki dan menjadikan kita insan yang lebih taat, sabar serta reda dalam setiap ketentuan-Nya.

اللهم تقبل منا صالح الأعمال، وبارك لنا في عيدنا، واجعلنا من عبادك الصالحين المقبولين.

“Ya Allah, terimalah segala amal soleh kami, berkatilah Aidiladha kami dan jadikanlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang soleh serta diterima amalan.”
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🌙

Taqabbalallahu minna wa minkum.

Semoga setiap pengorbanan kita diterima dan setiap doa kita diangkat ke langit oleh Allah. 🤍

AKHLAK | KHIDMAT | UKHWAH



[ HARI BERTEMU PELANGGAN 2026 🤝✨ ]Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam dengan sukacitanya menjemput seluruh mahasiswa dan ma...
19/04/2026

[ HARI BERTEMU PELANGGAN 2026 🤝✨ ]

Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam dengan sukacitanya menjemput seluruh mahasiswa dan mahasiswi untuk memeriahkan Hari Bertemu Pelanggan 2026 yang bakal berlangsung seperti berikut:

📅 Tarikh: 20 – 21 April 2026
📍 Tempat: Dewan Mawar Qaseh
🎪 Booth: No. 33
⏰ Masa: 8.00 pagi – 10.00 malam

Pelbagai pengisian menarik menanti anda! Jangan lepaskan peluang untuk berinteraksi, mendapatkan maklumat serta menyertai aktiviti yang disediakan.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini ✨

AKHLAK | KHIDMAT | UKHUWAH




[RETREAT HARMONI UITM SHAH ALAM 26/27]Harmoni UiTM Shah Alam akan mengadakan RETREAT HARMONI UITM SHAH ALAM 26/27 pada 🗓...
09/04/2026

[RETREAT HARMONI UITM SHAH ALAM 26/27]

Harmoni UiTM Shah Alam akan mengadakan RETREAT HARMONI UITM SHAH ALAM 26/27 pada

🗓️ Tarikh: 11-12 April 2026
☀️ Hari: Sabtu & Ahad
📍Lokasi: Shah Alam, Selangor

Retreat ini diadakan bukan hanya menghimpunkan pelbagai rasa namun sekaligus merapatkan ukhuwah dan membentuk setiap ahli harmoni yang hadir bekerjasama dengan lebih erat dan saling memahami.

Sebuah organisasi hebat itu bukan hanya prihatin mengenai keadaan ahli, namun kekurangan dan kelebihan merupakan aspek penting sempurnanya sebuah organisasi.

Retreat yang merangkumi pelbagai aspek dan dipenuhi dengan pelbagai slot keilmuan untuk setiap ahli.

Bersatu tegus dengan keilmuan, rapatkan yang lengkang dengan komunikasi.

Itulah yang dipegang utuh oleh Harmoni UiTM Shah Alam!

Persatuan Mahasiswa Harmoni UiTM Shah Alam 26/27

AKHLAK | KHIDMAT | UKHWAH



[ SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 🌙✨ ]Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan setulus hati Selamat Hari Raya Aidilfitr...
20/03/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI 🌙✨ ]

Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan setulus hati Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi, zahir dan batin.

Setelah sebulan kita menempuh madrasah Ramadan dengan penuh kesabaran dan pengharapan kepada Allah, kini tibalah Syawal sebagai tanda kemenangan-kemenangan melawan nafsu, menyucikan jiwa, dan memperindah akhlak.

Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi medan untuk kita mensyukuri nikmat, mengeratkan ukhuwah, serta membuka lembaran baharu dengan hati yang lebih bersih dan penuh keinsafan.

Andai ada terkhilaf kata dan tersalah bicara, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, ketenangan, dan kasih sayang yang berpanjangan dalam kehidupan kita semua.

AKHLAK | KHIDMAT | UKHUWAH



[ SELAMAT MENGHAYATI MALAM LAILATUL QADAR 🌙 ✨ ]Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan salam penuh keberkatan kepad...
10/03/2026

[ SELAMAT MENGHAYATI MALAM LAILATUL QADAR 🌙 ✨ ]

Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan salam penuh keberkatan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi dalam menghidupkan malam Lailatul Qadar.

Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Ia menjadi peluang luar biasa untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan doa, ibadah, dan amal kebajikan. Setiap detik di malam yang penuh rahmat ini adalah kesempatan untuk meraih keampunan dan keberkatan yang tiada bandingan.

Ayuh kita manfaatkan malam istimewa ini dengan penuh kesungguhan, menjadikannya titik perubahan menuju kehidupan yang lebih bermakna, penuh dengan kebaikan dan kasih sayang Ilahi.

AKHLAK | KHIDMAT | UKHUWAH



[ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 🌙 ✨]Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kep...
18/02/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 🌙 ✨]

Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi.

Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi mendidik jiwa agar lebih taat dan berdisiplin. Setiap detik di bulan yang mulia ini adalah peluang untuk berubah menjadi lebih baik.

Ayuh jadikan Ramadhan sebagai titik permulaan kepada kehidupan yang lebih bermakna, penuh dengan kebaikan dan keberkatan.

AKHLAK | KHIDMAT | UKHUWAH



[ SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYAABAN 🌙 ✨]Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Nisfu Syaaban kepad...
02/02/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT NISFU SYAABAN 🌙 ✨]

Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Nisfu Syaaban kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi.

Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh keberkatan dan keampunan, saat terbaik untuk memperbanyak doa, istighfar serta muhasabah diri. Ia menjadi ruang untuk membersihkan hati, memperbaiki hubungan sesama insan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan penuh harap dan tawaduk.

Semoga kedatangan Nisfu Syaaban menjadi titik perubahan ke arah jiwa yang lebih tenang, iman yang lebih kukuh serta amal yang lebih ikhlas dalam meraih reda Allah SWT.

AKHLAK | KHIDMAT | UKHUWAH



[ SELAMAT MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ 🌙] Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Israk Mikraj kepada s...
16/01/2026

[ SELAMAT MENYAMBUT ISRAK MIKRAJ 🌙]

Kami dari Harmoni UiTM Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Israk Mikraj kepada semua mahasiswa dan mahasiswi

Israk Mikraj adalah perjalanan suci yang sarat dengan hikmah, mengangkat Rasulullah SAW dari bumi ke langit sebagai lambang ketinggian iman dan ketaatan. Daripadanya, kita belajar bahawa solat bukan sekadar kewajipan, tetapi anugerah yang mendekatkan hati manusia kepada Allah SWT.

Semoga peristiwa agung Israk dan Mikraj menjadi pemangkin ke arah pengukuhan iman dan ketaatan kepada Allah SWT
AKHLAK | KHIDMAT | UKHUWAH



Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belia Harmoni Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share