Persatuan Penduduk Seri Cheeding PPSC

Persatuan Penduduk Seri Cheeding PPSC (PPM-001-10-01082024)

Persatuan Penduduk Seri Cheeding (PPSC) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja, 1 Mei 2026 kepada seluruh warga Seri...
01/05/2026

Persatuan Penduduk Seri Cheeding (PPSC) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja, 1 Mei 2026 kepada seluruh warga Seri Cheeding.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas segala usaha, pengorbanan dan komitmen anda dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat, negeri dan negara.

Semoga segala penat lelah diberkati, dipermudahkan urusan serta terus diberikan kekuatan dan kejayaan dalam setiap bidang pekerjaan.

“Jasa anda, nadi kemajuan bersama.”

Mesyuarat Jawatankuasa PPSC bil 2/2026.
28/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa PPSC bil 2/2026.

Persatuan Penduduk Seri Cheeding (PPSC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Ir Izham...
25/04/2026

Persatuan Penduduk Seri Cheeding (PPSC) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Ir Izham bin Hashim, Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, atas kelulusan permohonan sumbangan haiwan korban.

Alhamdulillah, PPSC telah menerima seekor lembu bagi pelaksanaan ibadah korban pada tahun ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan ibadah ini diterima serta diberkati oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan serta semua yang hadir ke Sambutan Aidilfitri Kampung Seri Cheeding.Terima kas...
19/04/2026

Terima kasih kepada semua yang menjayakan serta semua yang hadir ke Sambutan Aidilfitri Kampung Seri Cheeding.

Terima kasih juga kepada para penyumbang yang menyokong aktiviti yang dianjurkan pihak persatuan.

*السَّلاَمُ عليكم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ* *اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّدٍ*Sal...
17/04/2026

*السَّلاَمُ عليكم وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّد وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّدٍ*
Salam Sejahtera,

*JEMPUTAN KE JAMUAN HARI RAYA SEKAMPUNG 2026 KAMPUNG SERI CHEEDING*

Kami dengan berbesar hati ingin menjemput YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan ke Jamuan Hari Raya Sekampung 2026 Kampung Seri Cheeding pada ketetapan seperti berikut :

📅 Tarikh: 17 April 2026, Jumaat
🕘 Masa: 9.00 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Hormat, Kampung Seri Cheeding
https://maps.app.goo.gl/untKbLavBjtYZBi38?g_st=ac
👕 Tema berbaju raya

Bermacam-macam makanan disediakan.

Kehadiran YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah dialu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.














23/03/2026
Infaq Juadah Berbuka Puasa anjuran JPKKP Kg Seri Cheeding & PPSC.
01/03/2026

Infaq Juadah Berbuka Puasa anjuran JPKKP Kg Seri Cheeding & PPSC.

Ziarah & Penghantaran katil utk adik Firdaus Hj Baharom, Jalan Masjid yang baru-baru ini mengalami kemalangan.Kepada ses...
27/02/2026

Ziarah & Penghantaran katil utk adik Firdaus Hj Baharom, Jalan Masjid yang baru-baru ini mengalami kemalangan.

Kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbang kepada adik firdaus bolehlah terus menyumbang ke akaun beliau yang admin sertakan di bawah. Semoga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh beliau.

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan menambah keberkatan.”
Rebutlah peluang beramal di bulan yang penuh keberkatan walau sedikit. Mungkin bagi kita kecil, tetapi besar nilainya di sisi Allah. Jadikan hari ini asbab kita membantu meringankan beban saudara yang diuji.

Alhamdulillah, AJK PPSC telah menghadiri Program Rewang, Berbuka Puasa & Solat Tarawih bersama Polis Diraja Malaysia di ...
27/02/2026

Alhamdulillah, AJK PPSC telah menghadiri Program Rewang, Berbuka Puasa & Solat Tarawih bersama Polis Diraja Malaysia di Pondok Polis Kg Seri Cheeding.

Program ini mengeratkan silaturahim antara pihak keselamatan dan komuniti setempat. Terima kasih atas jemputan dan layanan yang diberikan. Semoga ukhuwah ini terus kukuh demi kesejahteraan bersama.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Seri Cheeding PPSC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share