Khairun Nisa

Call Directions Contact the organization

Khairun Nisa Pertubuhan Kebajikan Penyayang Khairun Nisa adalah pertubuhan yg memperjuangkan perihal kaum Hawa.

18/10/2026

﷽

*_Sahabat Fillah ~~~_*
Tidak termasuk saudaramu orang yang senang mencari muka di hadapanmu.”
~~~

“Barangsiapa benar dalam berukhuwah dengan saudaranya, maka
kekurangannya akan diterima, kelemahannya akan ditutupi dan
kesalahan-kesalahannya dima’afkan.”
(Imam Syafi’i)

🌸📚~~~🖌️

_*”Ya الله، hancurkanlah rejim zionis dan selamatkan rakyat Palestin serta berilah kemenangan kepada para Mujahidin”*_

* *
* *
**Aamin Ya Rabbal Alamin*

🌹📣🕌👳‍♂️🧕🏻🌺

*Jom Infaq Aktiviti Dakwah Uswah dan Khairun Nisa*

https://toyyibpay.com/Infaq-Aktiviti-Dakwah-Uswah

Dan wasap utk resit @ pertanyaan ke https://wasap.my/+60148794035

18/10/2026

Assalamualaikum
07 JAwal 1448H
Maghrib 7.01
Shah Alam

Pemberi, Penerima dan Pengantara Rasuah Dilaknat

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ وَالرَّائِشَ يَعْنِي الَّذِي يَمْشِي بَيْنَهُمَا

Daripada Thauban RA berkata: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan orang yang menjadi perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya” (HR Ahmad No: 22399), al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (1415) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW melaknat mereka yang terlibat dengan rasuah sama ada pemberi, penerima mahupun pengantara atau orang tengah.

2. Para ulama’ sebahagiannya menafsirkan maksud dilaknat dengan makna ia termasuk dalam dosa besar. Imam al-Zahabi memasukkan rasuah ini dalam salah satu daripada dosa-dosa besar melalui kitabnya al-Kabair.

3. Mereka yang terlibat dengan rasuah sama ada secara langsung mahupun tidak langsung termasuk orang yang menjadi pemudah cara atau orang tengah adalah dilaknat dan mereka akan menanggung dosa dan balasan di akhirat. Kaedah fiqh menyatakan:

الإِعَانَةُ عَلَى المَعْصِيَةِ مَعْصِيَةٌ

Maksudnya: Menolong perbuatan maksiat juga adalah maksiat.

4. Imam Ibnul Arabi mengatakan: Rasuah adalah setiap suatu pemberian yang diberikan untuk membeli dan membayar seseorang yang memiliki jawatan untuk membantunya memiliki sesuatu yang tidak halal baginya.

5. Pengharaman rasuah dalam al-Quran diambil daripada celaan Allah SWT terhadap kaum Yahudi yang biasa mengambil rasuah. Allah SWT berfirman:

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ

Maksudnya: Mereka sangat s**a mendengar berita-berita dusta, sangat s**a memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya) (Surah al-Maidah Ayat: 42)

Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan hukum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka.” (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 3/58)

Said bin Jubair menghuraikan ayat ini dengan mengatakan bahawa makna أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ adalah rasuah kerana rasuah adalah memakan harta yang diharamkan Allah.

6. Menurut Syeikh Yusuf al-Qaradawi, rasuah bukan hanya jenayah kewangan tetapi pengkhianatan terhadap amanah dan merosakkan aqidah, kerana menunjukkan hilangnya rasa takut kepada Allah.

Jom Infaq Aktiviti Dakwah NGO Uswah dan Khairun Nisa

https://toyyibpay.com/Infaq-Aktiviti-Dakwah-Uswah

Dan wasap utk resit @ pertanyaan ke https://wasap.my/+60148794035

#

17/10/2026

*_Sahabat Fillah🏆🏆🏆~~~_*

Terlalu banyak
Topeng didunia ini

Ada yang mahir berpura pura baik

Ada yang pandai berkata manis

Dan ada p**a yang hebat mengarang cerita

Sudah sulit menemukan hati yang baik. Hati yang tulus, hati yang ikhlas dan jujur.

-----------💞💫📚-------------

*Tapi tetaplah jadi orang yang baik dengan caramu sendiri, walaupun namamu sudah tidak baik di cerita orang lain.*

🌸📚~~~🖊️

17/10/2026

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

📢 *SARINGAN DAN RAWATAN PEKA B40 BERNILAI RM90 SECARA PERCUMA di Program Karnival Kesihatan Keluarga*

📅 Tarikh: 18 Oktober 2026 (Ahad)
📍 Lokasi: Surau An Nuur

https://maps.app.goo.gl/HPvuqSpr8jViiZJf9?g_st=aw

Alamat
Surau An Nuur
Jalan Kijang Dua 20/5b, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor

⏰ Masa: 8 pagi - 3 petang

17/10/2026

Assalamualaikum
06 JAwal 1448H
Maghrib 7.01
Shah Alam

Pelaku Rasuah Dilaknat Allah dan Rasul

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Daripada Abdullah bin 'Amr RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:"Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah" (HR Tirmizi No: 1337) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Amalan memberi dan menerima rasuah adalah perbuatan keji bukan hanya haram tetapi termasuk dalam dosa besar dan pelakunya dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

2. Rasuah merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 22/219)

3. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun dan sebagainya.

4. Rasuah bukan sekadar salah laku moral, tetapi merupakan pengkhianatan terhadap amanah masyarakat dan agama. Rasuah membawa kepada ketidakadilan, kezaliman, penindasan dan keruntuhan sistem masyarakat. Rasuah menyekat hak orang lain dan mengangkat yang tidak layak.

5. Rasulullah SAW juga mengancam neraka ke atas mereka yang terlibat.

الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي النَّارِ

Maksudnya: “Pemberi rasuah dan penerima rasuah berada dalam neraka.” (HR al-Tabarani dalam al-Kabir No: 4415) Status: Hadis Sahih

6. Setiap pemberian atau penerimaan sesuatu dengan jalan yang batil atau salah adalah dosa besar dan dilarang. Firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan p**a kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah ayat: 188).

7. Pemberi dan penerima rasuah akan dijauhkan dari Rahmat, kasih sayang dan keampunan Allah. Ia adalah amaran keras, kerana tidak semua dosa dilaknat oleh Allah, tetapi rasuah termasuk di antaranya. Jangan sekali-kali terlibat dengan Rasuah yang mengakibatkan kita dilaknat oleh Allah dan Rasul.

Jom Infaq Aktiviti Dakwah NGO Uswah dan Khairun Nisa

https://toyyibpay.com/Infaq-Aktiviti-Dakwah-Uswah

Dan wasap utk resit @ pertanyaan ke https://wasap.my/+60148794035

Address

No 16 Jalan Dinar A U3/A, Taman Subang Perdana
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 10:00 - 15:00
Tuesday 10:00 - 15:00
Wednesday 10:00 - 15:00
Thursday 10:00 - 15:00

Telephone

+60189776608

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairun Nisa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Khairun Nisa:

Shortcuts

Share