Sahabat Shah Alam

Call Directions Contact the organization

Sahabat Shah Alam Community for Shah Alam & Nearby Citizens

Stesen LRT Kerjaya, Vestland Commercial Centre, Shah Alam, Selangor - Fawwaz Media
02/09/2026

Stesen LRT Kerjaya, Vestland Commercial Centre, Shah Alam, Selangor - Fawwaz Media

Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Semalam lebih kurang pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Bosan. Entah kenapa...
25/08/2026

Innalillahi Wainna Ilaihi Rooji'un. Semalam lebih kurang pukul 11 malam. Aku baring, scroll telefon. Bosan. Entah kenapa aku tekan Shopee Live. Tak pernah-pernah aku buka benda ni.

Malam tadi p**a jadi.

Scroll punya scroll, jari aku berhenti dekat satu live.

View dia dua orang.

Seorang abang tengah jual muruku.

Setup dia simple gila. Meja lipat. Plastik muruku. Lampu pun malap-malap. Nama dia Apis.

Aku pun masuk la live dia. Bukan sebab nak beli. Saja nak borak. Kesian member live sorang-sorang.

Lelaki kan, nampak sunyi, kita temankan. Biar ada suara.

Aku buat lawak sikit. Nak bagi dia gelak.
Dia senyum, tapi mata dia penat.

Aku tanya

“Abang selalu live ke?”

Dia jawab

“Setiap malam lepas Isyak.”

Aku tanya lagi

“Kenapa rajin sangat live malam-malam ni?”

Dan dekat situ, aku rasa menyesal p**a aku tanya dia. Dari aku nak gelak terus emosi aku berubah

Dia cerita pasal hidup dia. Pasal keluarga dia.
Pasal dia asnaf. Siap tunjuk surat dari jabatan agama.

Dia cerita pasal satu fasa hidup dia jaga ibu yang sakit. Isteri dia p**a jaga ayah dia yang dementia.

Maksudnya dua-dua tak boleh kerja normal.

Anak-anak?

Tiga orang anak perempuan. Ikut berniaga sana sini. Tak rasa sekolah macam anak kita rasa.

Dia cakap simpanan dah habis. Hidup diorang sekarang, hari ni cari, hari ni makan. Dia berniaga kat kaki lima.

Kadang depan Pertama kompleks. Kadang area Sogo.

Jual apa yang ada.

Muruku. Serunding. Kurma. Kekacang.
Harga semua bawah RM10.

Waktu dia tengah cerita tu, suara dia lain macam. Dan bila dia tunduk sikit, aku nampak air mata jatuh.

Dia cepat-cepat lap. Tapi aku dah nampak. Siot betul lah jatuh aku punya ego kelakian aku

Aku tak tunggu lama. Aku tekan beli 5 muruku.

Bila bunyi “ting” masuk, terus muka dia berubah. Senyum dia keluar. Betul-betul senyum.

Tapi wei, yang paling buat aku terdiam, bukan kisah susah dia.

Aku paling respek bini dia.

Zaman sekarang senang cari pasangan masa senang. Susah cari pasangan masa susah.

Mana kau nak cari isteri yang sanggup duduk tepi jalan, teman suami berniaga, jaga ayah yang hilang ingatan, sambil besarkan tiga orang anak kecil.

Dan untuk dia sebagai lelaki, aku angkat tangan.

Bukan semua orang sanggup ubah hidup dia semata-mata sebab tanggungjawab. Bukan semua orang sanggup kecilkan dunia dia sebab orang lain.

Nabi ﷺ ada cakap, sebaik-baik manusia adalah yang paling baik pada keluarganya.

Malam tu aku rasa, dia bukan tengah jual muruku.

Dia tengah buat ibadah.

Wei

Kalau hari ni kau rasa kau dah usaha gila-gila, tapi hasil macam tak sampai

Ingat benda ni.

Kat luar sana ada satu keluarga asnaf, yang tiap-tiap hari bentang meja kat kaki lima. Bawa isteri. Bawa anak.

Tak ada gaji.

Tak ada cuti.

Tak ada siapa tepuk tangan.

Tapi diorang tak berhenti. Kalau kita penat sebab kerja, diorang penat sebab hidup.

Kalau kita stress sebab jualan slow, diorang bentang meja walaupun tahu mungkin malam tu kosong.

Kalau kita rasa Allah lambat bagi, diorang masih sebut harga sambil simpan harap pada langit.

Allah sendiri janji

“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.”

Cuma kadang-kadang kemudahan tu bukan dalam bentuk duit. Tapi dalam bentuk hati yang tak pernah putus asa.

Bila aku tutup live malam tu, aku bukan rasa kasihan pada dia.

Aku rasa malu pada diri.

Malu sebab banyak nikmat aku anggap biasa.
Malu sebab aku selalu kata aku dah cukup usaha.

Sedangkan kat luar sana ada orang yang usaha dia tak pernah ada OFF.

Wei

Kalau malam ni kau tidur atas tilam, mak ayah kau ada atau pernah kau rasa kasih dia,
anak-anak kau lena, dan pasangan kau ada dekat sebelah

Demi Allah, kau bukan orang biasa. kau orang yang sangat-sangat kaya.

Sebelum kau pejam mata malam ni, cuba cakap sikit dalam hati

“Ya Allah, terima kasih. Ampunkan aku, sebab selama ni aku lebih banyak mengeluh daripada bersyukur.”

Bila aku tutup Shopee Live malam tu, aku tak terus letak telefon.

Aku baring, skrin gelap. Tapi dada aku tak.

Entah kenapa, muka anak-anak dia tak keluar dari kepala aku. Tiga budak perempuan kecil, yang umur dia sepatutnya bangun pagi pakai baju sekolah, bukan bangun pasang meja lipat.

Aku terbayang anak aku sendiri. Tidur atas tilam.

Kipas pusing.

Perut kenyang.

Esok pagi bangun, ada beg sekolah.

Dan tiba-tiba dada aku rasa sempit. Sebab kat luar sana, ada ayah yang tak boleh janji apa-apa pada anak dia,
selain,

“Esok kita cuba lagi.”

Aku teringat muka dia bila dia lap air mata. Cara dia cepat-cepat senyum lepas tu, macam lelaki yang minta maaf sebab hampir runtuh depan orang.

Wei, ada jenis penat yang tidur pun tak hilang. Penat orang jaga orang.

Penat orang berharap.

Dia live tiap-tiap malam lepas Isyak. Bukan sebab dia rajin sangat. Tapi sebab malam je masa yang dia ada untuk minta pada dunia.

Dan kita

Kadang-kadang rasa Allah lambat bagi. Padahal kita minta dalam keadaan kenyang.

Dalam keadaan selamat.

Dalam keadaan ada tempat nak balik.

Dia minta, dalam keadaan tangan kosong, dengan tiga pasang mata kecil yang bergantung pada dia.

Aku rasa sebak bila teringat isteri dia. Sebab bukan semua perempuan kuat untuk hidup yang tak ada “cuti dari susah”.

Tak ada weekend.

Tak ada honeymoon.

Tak ada “nanti bila senang”.

Yang ada cuma

“tak apa, aku ada.”

Dan aku rasa lebih sebak bila teringat diri aku sendiri. Berapa banyak nikmat yang aku dah pijak tanpa sedar.

Berapa banyak doa orang susah yang mungkin Allah makbulkan, dengan beri aku hidup yang aku selalu anggap biasa.

Wei

Kalau malam ni kau boleh peluk anak kau, atau telefon mak ayah kau dan dia jawab, atau kau baring dengan perut kenyang tanpa fikir esok ada makan ke tak

Jangan terus tidur.

Sebut nama Allah perlahan. Dan cakap dalam hati,

“Ya Allah, aku minta maaf. Selama ni aku terlalu bising mengadu, sampai aku tak dengar betapa banyaknya nikmat yang sedang menjerit dalam hidup aku.”

Malam tu aku tidur dengan satu doa yang aku jarang sebut.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang hanya kenal nikmat lepas Kau uji aku kehilangannya.”

Sebab kadang-kadang, cerita orang lain bukan untuk kita kasihan.

Tapi untuk Allah selamatkan hati kita.

(Kredit Penulisan : FB Khairul Johari)

PERHATIAN : Mohon support jualan amal Abg Asnaf (Apis) dalam posting ini. Setiap sumbangan anda sangat bermakna. Link Shopee dan maklumat bank ada di ruangan komen ya.

12/08/2026

Nak tau apa yang berlaku kepada Tabung Haji sepanjang 2020-2026, berapa nilai TH skrg? dan apakah tindakan pembetulan yang telah dibuat?

Subang Jaya SS15 suatu ketika dahulu
11/08/2026

Subang Jaya SS15 suatu ketika dahulu

Selamat bercuti kepada pelajar Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi Cuti Semester 10 Ogos 2026 – 27 September 2026
10/08/2026

Selamat bercuti kepada pelajar Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Cuti Semester 10 Ogos 2026 – 27 September 2026

10/08/2026
Perbezaan 40 tahun federal highway Batu Tiga.
05/08/2026

Perbezaan 40 tahun federal highway Batu Tiga.

31/07/2026

LRT3: Tambang Percuma Laluan Shah Alam Dilanjutkan hingga 14 Ogos 2026 Rapid KL

Panasonic (Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd) tutup kilang di Shah Alam pada Mac 2027 dan akan berpin...
28/07/2026

Panasonic (Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd) tutup kilang di Shah Alam pada Mac 2027 dan akan berpindah ke China.

Address

Shah Alam

Telephone

+60172187568

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sahabat Shah Alam:

Shortcuts

Share