01/08/2025
Rumusan Khutbah Jumaat
1 Ogos 2025 | 7 Safar 1447h
Tajuk: "Era Siber - Perkukuh Akidah, Pendorong Ibadah"
1. Umat Islam hendaklah bijak memanfaatkan kecanggihan teknologi sebagai senjata dakwah dan wadah ilmu dalam menyampaikan risalah Islam, menyuburkan kefahaman agama, serta mempermudah urusan ibadah harian.
2. Umat Islam hendaklah mengutamakan integriti, menyaring setiap maklumat sebelum menyebarkannya, serta memelihara adab dan akhlak dalam setiap jejak maya yang ditinggalkan.
3. Umat Islam hendaklah sentiasa berwaspada dalam menggunakan teknologi agar tidak terjerumus dengan penyebaran fitnah, ketagihan hiburan yang melampau, serta penularan ideologi yang songsang dan menyesatkan.
Send a message to learn more