04/09/2024
๐๐๐,๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ ๐๐ข ๐๐๐ฅ ๐๐ฏ๐ข๐ฏ, ๐๐๐ฌ๐๐ค ๐๐ข๐๐๐๐ค๐๐ง ๐ ๐๐ง๐๐๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐๐ง๐ฃ๐๐ญ๐.
Penemuan mayat 6 orang tawanan Israel di Rafah pada hari Sabtu telah mencetuskan kemarahan rakyat Israel.
Hampir 300,000 berhimpun di Tel Aviv Ahad lepas mendesak gencatan senjata dilaksanakan. Ia adalah perhimpunan terbesar sejak 7 Oktober 2023.
Dua wanita yang terbunuh - Eden Yerushalmi (24 tahun) dan Carmel G*t (40 tahun), boleh sahaja terselamat sekiranya Netanyahu bersetuju dengan gencatan senjata yang dicadangkan oleh Presiden Biden pada 31 Mei lalu. Mereka adalah antara yang terawal akan dibebaskan (dalam fasa pertama) sekiranya gencatan senjata dilaksanakan.
Rejim Z mendakwa keenam-enam tawanan ini telah dibunuh oleh H selepas ditemui dengan kesan tembakan di kepala dan badan. H menolak dakwaan ini dan menyatakan kesemua mereka terbunuh dalam serangan rejim Z. H meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas rejim Z dan US yang terus membekalkan senjata kepada Israel.
Semalam, Ketua Kesatuan Buruh (Histadrut) terbesar di Israel, Arnon Bar-David turut melancarkan mogok besar-besaran bermula Isnin untuk memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu. Mogok dijangka akan memberi kesan negatif khususnya kepada operasi majlis bandaran, sistem pengangkutan, perbankan dan persekolahan yang baru sahaja bermula semalam (Ahad).
Bezalel Smotrich, Menteri Kewangan Israel mengecam mogok tersebut sebagai merugikan negara dan hadiah kepada Sinwar. Beliau kemudian mendesak Pejabat Peguam Negara untuk mengeluarkan injuksi ke atas Histadrut kerana melanggar undang-undang buruh yang mengharamkan mogok buruh atas sebab politik.
Ketua Pembangkang, Yair Lapid, menyokong tindakan mogok sambil menyifatkan "tiada rakyat yang boleh duduk diam melihat negara ini dimusnahkan (oleh Netanyahu)."
Mogok hampir serupa pada tahun 2023 oleh Histadrut berjaya menggagalkan cubaan Netanyahu untuk merombak sistem kehakiman di Israel. Apakah mogok kali ini mampu mendesak Netanyahu untuk akhirnya menerima gencatan senjata?
Wallahua'lam.
Khalid Jimat,
Palestine Centre of Excellence - PACE
Sumber: Aqsa Syarif
Taufan Aqsa
------
Join telegram channel untuk dapatkan lebih banyak info Indahnya Islam : klik telegram.me/tanahsucikita