Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah

Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah MATQAM adalah sebuah Intitusi Pendidkan Tahfiz Al Quran dan Pengajian Islam mengikt Sunnah Wal Jamaah

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak Sembah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia S...
01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak Sembah dan Ucap Selamat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Sembah takzim daripada,
Pengurusan dan warga kerja Maahad Tahfiz Al Quran Al Munawwarah



๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Ibadah Korban Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah...
27/05/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM AIDILADHA 1447H โœจ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Ibadah Korban Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah pada:

๐Ÿ“… 27 Mei 2026
๐Ÿ•Œ 10 Zulhijjah 1447 Hijrah

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas kelancaran program ibadah korban yang dijalankan dengan penuh semangat ukhuwah, kerjasama dan keikhlasan.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta korban, para penyumbang, ibu bapa, tenaga kerja, sukarelawan serta seluruh warga maahad yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga setiap titisan pengorbanan dan amal kebajikan diterima Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

โ€œTidaklah sampai kepada Allah daging dan darah korban itu, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu.โ€
(Surah Al-Hajj: 37)

Semoga Aidiladha kali ini mendidik hati kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha
Ikhlas daripada
Pengurusan
Maahad Tahfiz Al-Quran Al Munawwarah ๐Ÿค

Assalammualaikum WBT. Guru Mempermudahkan Pengajaran ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽ...
16/05/2026

Assalammualaikum WBT.


Guru Mempermudahkan Pengajaran

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูŽู„ู‘ูู…ููˆุง ูˆูŽูŠูŽุณู‘ูุฑููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูุนูŽุณู‘ูุฑููˆุง ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’

_*Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kalian mengajar (ilmu), mempermudah dan jangan menyukarkan. Apabila engkau marah, maka diamlah. Apabila engkau marah maka diamlah. Apabila engkau marah maka diamlah."*_ (HR Ahmad No: 2556) Status Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1. Berusahalah setiap kita menjadi guru, pendakwah, pendidik bagi menyampaikan ilmu untuk membimbing orang lain menjadi insan soleh. Ilmu bukan untuk disimpan tetapi untuk diamal dan disampaikan kepada orang lain.

2. Sebagai guru, kita perlu berhikmah dengan mempermudahkan pengajaran sehingga orang yang diajar dapat memahami dan beramal dengannya. Gunakan pendekatan yang mudah difahami, tidak membebankan dan sesuai dengan pelajar. Jangan menyukarkan.

3. Imam al-Nawawi menyatakan bahawa arahan *"ajarkanlah dan mudahkanlah"* adalah prinsip asas dalam dakwah dan pendidikan. Islam menyeru kepada penyampaian yang lembut, mudah difahami dan tidak membebankan.

4. Sebagai guru, kita berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai anak murid atau orang yang kita sampaikan dan nasihati. Kesabaran adalah perlu ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan perangai murid.

5. Rasulullah SAW mengulang tiga kali agar kita "DIAM" jika kita marah. Ulangan frasa ini sebanyak tiga kali menunjukkan betapa pentingnya kawalan diri ketika marah. Sebarang tindak balas akibat dari marah akan memudaratkan kita dan orang lain.

6. Marah adalah satu sifat semula jadi manusia, namun Islam mengajar kita untuk mengawal emosi itu dengan bijak, antaranya dengan berdiam diri. Diam ketika marah membantu menenangkan diri dan mencegah reaksi berlebihan.

7. Imam al-Ghazali p**a menekankan bahawa pengendalian marah adalah kunci kepada akhlak mulia, dan diam ketika marah adalah cara untuk mencegah lidah daripada mengucap kata-kata yang dilarang seperti celaan atau fitnah.

Ayuh menjadi guru yang penuh hikmah dengan penyampaian ilmu yang mudah difahami orang lain serta tidak memberatkan. Guru Bitara sentiasa bersabar dan tenang menghadapi karenah anak muridnya.

*SELAMAT HARI GURU*

*"Guru Bitara Nadi Negara"*

28hb Zulkaedah 1447H
16hb Mei 2026

www.matqam.edu.my

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR LELAKI BAGI PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA DAN HARIAN BAGI SESI TAHUN 2026๐Ÿ“ ๐— ๐—”๐—”๐—›๐—”๐—— ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ...
21/04/2026

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR LELAKI BAGI PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA DAN HARIAN BAGI SESI TAHUN 2026

๐Ÿ“ ๐— ๐—”๐—”๐—›๐—”๐—— ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐— ๐—จ๐—ก๐—ช๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—›,๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—— ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐— , ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฏ,๐—ž๐—š.๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— , ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—จ๐Ÿญ๐Ÿต, ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—š. ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—ข๐—›, ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ

๐Ÿ—’ SYARAT KEMASUKAN :
1. Pelajar lelaki sahaja
2. Umur 10-17 tahun.
3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
4. Berminat untuk menghafaz Al-Quran.
5. Tidak mempunyai masalah disiplin.
6. Ingin belajar dengan sendiri bukan dipaksa.
7. Lulus Ujian Temuduga.

๐Ÿซ KELAS YANG DITAWARKAN :
* Tahfiz sepenuh/separuh masa
* Kelas Pengajian Tahfiz & Diniyyah
* Kelas Iqra' & Nazirah (Talaqi bacaan)
* Kelas Akademik dan Kemahiran Insaniah pada hujung minggu.

๐Ÿ“Œ YURAN BERPATUTAN & PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT SECARA ANSURAN. ๐Ÿ“Œ

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

www.wasap.my/60142117704/PendaftaranMATQAM.

27/02/2026
Alhamdulillah..selesai sudah Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Al Munawwarah 2025 yang telah...
15/02/2026

Alhamdulillah..
selesai sudah Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pelajar Maahad Tahfiz Al Quran Al Munawwarah 2025 yang telah berlangsung di Kelab Rahman Putra Sungai Buloh pada 14 Februari (Sabtu)

Salam Hormat & Jutaan Terima kasih diucapkan kepada AF Maulana Ust Dailami bin Che Agil Mohd Dailami Pengerusi Pinta Kebangsaan (Negeri) Selangor sudi merasmikan majlis ini.

Jutaan terima kasih kepada YDH. Tuan Supt Mohd Hafiz bin Muhammad Nor Ketua Polis Daerah Sungai Buloh dari IPD Sungai Buloh , Tuan Ust Azman bin Mohd Lana Ketua Sektor Penaziran , Bahagian Pendidikan Islam Jais, Pihak PITAS Petaling & Shah Alam ,Majlis Belia Tahfiz Malaysia, Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia - P E R M A T A sudi hadir dan tetamu-tetamu kehormat yang lain bagi meraikan Graduan Huffaz MATQAM 2025 .

Disebuah Maahad Tahfiz yang dipenuhi lantunan ayat-ayat suci Al - Quran,

lahirlah pelajar-pelajar yang membuktikan bahawa kemuliaan itu hadir bersama kesungguhan dan adab.
bukan juga sekadar menjadi seorang hafiz yang lancar hafazannya.
Mereka adalah insan-insan yang menjaga hubungannya dengan al-Quran menghafaz dengan hati,
mengulang dengan sabar, dan mengamalkan dengan penuh kesedaran.

Setiap pagi, ketika sebahagian masih lena, mereka telah duduk mengulang hafazan.
Setiap kali tersangkut pada ayat, mereka tidak berputus asa.

Ditegur guru, diterima dengan lapang dada.Dibimbing, dihargai dengan penuh hormat.
Di sebalik pencapaian juzuk demi juzuk,
ada air mata kesungguhan.
Ada doa ibu bapa yang tidak pernah putus.
Ada pengorbanan masa bermain, diganti dengan masa murajaah Al Quran.

Menjadi seorang Hafiz Al Quran bukanlah jalan yang mudah, Ia adalah jalan sabar.
Jalan disiplin, Jalan yang menuntut hati yang kuat dan jiwa yang ikhlas.

Dan di Majlis ini, kita meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan bahawa al-Quran bukan sekadar di bibir, tetapi terpahat dalam peribadi.

Tahniah buat Para Graduan Huffaz MATQAM.

Semoga kalian semua menjadi asbab tersebarnya hidayah di seluruh alam. aameen

Jazakumullahu khairan







๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR LELAKI BAGI PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA DAN HARIAN BAGI SESI TAHUN 2026๐Ÿ“ ๐— ๐—”๐—”๐—›๐—”๐—— ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ...
01/02/2026

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR LELAKI BAGI PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA DAN HARIAN BAGI SESI TAHUN 2026

๐Ÿ“ ๐— ๐—”๐—”๐—›๐—”๐—— ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐— ๐—จ๐—ก๐—ช๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—›,๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—— ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐— , ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฏ,๐—ž๐—š.๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— , ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—จ๐Ÿญ๐Ÿต, ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—š. ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—ข๐—›, ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ

๐Ÿ—’ SYARAT KEMASUKAN :
1. Pelajar lelaki sahaja
2. Umur 13-17 tahun.
3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
4. Berminat untuk menghafaz Al-Quran.
5. Tidak mempunyai masalah disiplin.
6. Ingin belajar dengan sendiri bukan dipaksa.
7. Lulus Ujian Temuduga.

๐Ÿซ KELAS YANG DITAWARKAN :
* Tahfiz sepenuh/separuh masa
* Kelas Pengajian Tahfiz & Diniyyah
* Kelas Iqra' & Nazirah (Talaqi bacaan)
* Kelas Akademik dan Kemahiran Insaniah pada hujung minggu.

๐Ÿ“Œ YURAN BERPATUTAN & PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT SECARA ANSURAN. ๐Ÿ“Œ

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

www.wasap.my/60142117704/PendaftaranMATQAM.

๐ŸŒ™ Infaq Ramadhan 1447H/2026M๐ŸŒ™ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang p...
23/01/2026

๐ŸŒ™ Infaq Ramadhan 1447H/2026M๐ŸŒ™

ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡

Sempena kedatangan Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, kami di ๐Œ๐€๐€๐‡๐€๐ƒ ๐“๐€๐‡๐…๐ˆ๐™ ๐€๐ฅ-๐๐”๐‘๐€๐ ๐€๐‹-๐Œ๐”๐๐€๐–๐–๐€๐‘๐€๐‡ (๐Œ๐€๐“๐๐€๐Œ) ingin menjemput dan membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk menyumbangkan Infaq untuk Bersahur, Berbuka Puasa, Moreh, dan Tahlil pada bulan Ramadhan tahun 1447H| 2026.
Marilah kita sama-sama merebut pahala dan keredhaanNya dengan bersedekah di bulan yang mulia ini.

๐Ÿ“Œ ๐™„๐™‰๐™๐˜ผ๐™Œ dan ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก boleh disalurkan ke akaun Bank Maahad Tahfiz Al Quran Al Munawwarah :

Akaun Bank Islam
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah
12168010029445

๐Ÿ“Œ Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :
0142117704 (Ustaz Izazul Firdaus)
https://www.wasap.my/60142117704/InfaqRamadhanMATQAM1446H
Segala sumbangan Tuan/Puan/Datuk / Datin kami dahulukan dengan ucapan terima kasih, dan semoga dipermudahkan segala urusan dunia sampai akhirat.

Semoga kita dipanjangkan umur, dan diberi rezeki yang melimpah ruah di bulan Syaaban & Ramadan 1447H ini.
ู…ูŽู† ููŽุทู‘ูŽุฑูŽ ุตูŽุงุฆูู…ู‹ุง ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูุซู„ู ุฃูŽุฌู’ุฑูู‡ูุŒ ุบูŽูŠู’ุฑูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ู…ูู† ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ุตู‘ูŽุงุฆูู…ู ุดูŽูŠุฆู‹ุง

Maksudnya: โ€œSiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.โ€
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Assalamualaikum WBTSelamat Menyambut Tahun Baharu 2026. Semoga Allah SWT terus memberkati perjalanan Maahad Tahfiz Al Qu...
01/01/2026

Assalamualaikum WBT
Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026. Semoga Allah SWT terus memberkati perjalanan Maahad Tahfiz Al Quran Al Munawwarah dalam mendidik, membimbing dan membentuk generasi Al-Quran yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada ummah.

โ€ผ๏ธ ๐ˆ๐ง๐ ๐ข๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐š๐ง๐š๐ค ๐š๐ง๐๐š ๐ค๐ž ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐ญ๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ? ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ฅ๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ข โ“๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJA...
25/12/2025

โ€ผ๏ธ ๐ˆ๐ง๐ ๐ข๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐š๐ง๐š๐ค ๐š๐ง๐๐š ๐ค๐ž ๐ฉ๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐ญ๐š๐ก๐Ÿ๐ข๐ณ? ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ญ๐š๐ก๐ฎ ๐๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ฅ๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ข โ“

๐Ÿ“ข PENGAMBILAN PELAJAR LELAKI BAGI PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA DAN HARIAN BAGI SESI TAHUN 2026

๐Ÿ“ ๐— ๐—”๐—”๐—›๐—”๐—— ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—”๐—Ÿ-๐—ค๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ-๐— ๐—จ๐—ก๐—ช๐—ช๐—”๐—ฅ๐—”๐—›,๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—”๐—ฌ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐——๐—” ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—— ๐—œ๐—•๐—ฅ๐—”๐—›๐—œ๐— , ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐Ÿฏ,๐—ž๐—š.๐—ฃ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐— , ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—จ๐Ÿญ๐Ÿต, ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐—š. ๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—ข๐—›, ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ

๐Ÿ—’ SYARAT KEMASUKAN :
1. Pelajar lelaki sahaja
2. Umur 13-17 tahun.
3. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
4. Berminat untuk menghafaz Al-Quran.
5. Tidak mempunyai masalah disiplin.
6. Ingin belajar dengan sendiri bukan dipaksa.
7. Lulus Ujian Temuduga.

๐Ÿซ KELAS YANG DITAWARKAN :
* Tahfiz sepenuh/separuh masa
* Kelas Pengajian Tahfiz & Diniyyah
* Kelas Iqra' & Nazirah (Talaqi bacaan)
* Kelas Akademik dan Kemahiran Insaniah pada hujung minggu.

๐Ÿ“Œ KELEBIHAN PENGAJIAN DI MATQAM :
โœ… Berdaftar penuh dengan JAIS & JAKIM
โœ… Bernaung di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al Quran Negeri Selangor (PITAS)
โœ… Aktiviti Kokurikulum yang menarik dan bermanfaat.
โœ… Bangunan dilengkapi CCTV
โœ… Kemudahan yang selesa.

๐Ÿ“Œ YURAN BERPATUTAN & PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT SECARA ANSURAN. ๐Ÿ“Œ

PENGAMBILAN TERHADโ€ผ๏ธ

๐Ÿ“ž Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

www.wasap.my/60142117704/PendaftaranMATQAM
www.wasap.my/60142117704/PendaftaranMATQAM

Address

Shah Alam
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Munawwarah:

Share