09/12/2020
PENGUMUMAN PENTING
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
Untuk makluman, suami kepada salah seorang pekerja kami di Karangkraf Mall telah disahkan positif pada 2hb Disember 2020. Syarikat kami telah mengambil tindakan pencegahan awal dengan membuat saringan kepada semua pekerja yang berkaitan dengan Karangkraf Mall. Keputusan saringan bagi semua pekerja adalah negatif kecuali seorang pekerja sahaja disahkan positif pada 9hb Disember 2020 (iaitu isteri kepada pesakit Covid). Selain itu, kami juga telah membuat sanitasi keseluruhan Karangkraf Mall dan kawasan sekitarnya.
Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, kami menutup sementara operasi Karangkraf Mall bermula 4/12/2020 (petang) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Oleh yang demikian, kami menyeru kepada semua pelanggan yang telah datang berurusniaga di Karangkraf Mall (Seksyen 15, Shah Alam) bermula dari 24/11/2020 sehingga 30/11/2020 untuk membuat ujian saringan Covid-19 di klinik kesihatan / hospital yang berhampiran dengan segera.
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Sekian, harap maklum.
Daripada: Pengurusan Karangkraf Mall Sdn Bhd