NADI PKNS Seksyen 7

Directions Website

NADI PKNS Seksyen 7 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) PKNS Seksyen 7 Shah Alam

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡ΎPusat NADI Seksyen 7Alhamdulillah, pada 29 Ogos 2026, telah berlangsungnya progra...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026 βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pusat NADI Seksyen 7
Alhamdulillah, pada 29 Ogos 2026, telah berlangsungnya program Senam Sihat MADANI Merdeka 2026 yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69.

Program ini merupakan satu inisiatif yang cukup bermakna dalam menggalakkan gaya hidup sihat, kecergasan fizikal serta semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat, di samping menyemarakkan lagi semangat patriotik menjelang Hari Kemerdekaan.

Lebih istimewa, acara senamrobik serentak ini telah dilaksanakan secara bersama melibatkan 1,099 Pusat NADI di seluruh Malaysia, dengan jumlah penyertaan yang mencecah lebih 40,000 orang peserta.

Penganjuran secara serentak ini bukan sahaja menjadi satu platform untuk masyarakat bersama-sama mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat, malah turut menjadi acara khas dalam usaha mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Satu pencapaian yang pastinya membanggakan dan melambangkan semangat perpaduan serta kebersamaan rakyat Malaysia dari seluruh pelosok negara.

Bagi Pusat NADI Seksyen 7, program ini turut mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan hampir 40 orang peserta yang terdiri daripada komuniti setempat. Kehadiran dan semangat para peserta yang begitu positif menjadikan suasana program lebih meriah, ceria dan penuh dengan tenaga!
Walaupun senaman berlangsung dalam suasana santai dan menyeronokkan, mesej yang dibawa amat besa, kesihatan adalah aset yang perlu dijaga bersama. Melalui aktiviti seperti senamrobik, kita dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan, mengurangkan gaya hidup sedentari serta mengeratkan hubungan sesama komuniti.

Pusat NADI Seksyen 7 ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir, meluangkan masa dan bersama-sama memeriahkan Senam Sihat MADANI Merdeka 2026. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar.

Semoga semangat yang ditunjukkan pada hari ini tidak terhenti di program sahaja, tetapi terus menjadi inspirasi kepada kita semua untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, aktif dan positif dalam kehidupan seharian.

Sihat Badan, Cergas Minda, Semangat Merdeka!
Bersama kita teruskan semangat perpaduan, kekitaan dan kecintaan kepada negara tercinta.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang telah menjayakan Senam Sihat MADANI Merdeka 2026!

πŸ“ Pusat NADI Seksyen 7
πŸ‡²πŸ‡Ύ Komuniti Sihat, Negara Hebat!

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!Bagi memb...
08/08/2026

πŸ“’ Perhatian! Sesi Ask Me Anything (AMA) DKK Industri Muzik 2026 kini akan bersiaran secara langsung di YouTube!

Bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih lancar dan berkualiti kepada semua, sesi Ask Me Anything (AMA) – Edisi Dalam Talian akan disiarkan menerusi YouTube Live MyCreative Group.

Masih ada persoalan mengenai Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik 2026? Sertai kami untuk mendapatkan penjelasan secara langsung berkenaan syarat kelayakan, proses permohonan, kategori dana dan pelbagai lagi.

πŸ“… Sabtu, 8 Ogos 2026
πŸ•’ 3.00 Petang
πŸ“ YouTube Live MyCreative Group () dan turut disiarkan di Pusat NADI terdekat.

πŸ’¬ Ajukan soalan anda secara langsung sepanjang sesi berlangsung.

Jangan lupa tetapkan peringatan dan sertai kami di YouTube!



πŸ“± NAK TELEFON BARU? BOLEH DAPAT PERCUMA! 🀩Dengan CelcomDigi Postpaid 5G, anda berpeluang mendapatkan telefon percuma ber...
01/08/2026

πŸ“± NAK TELEFON BARU? BOLEH DAPAT PERCUMA! 🀩

Dengan CelcomDigi Postpaid 5G, anda berpeluang mendapatkan telefon percuma bersama Pakej MegaJimat! πŸ”₯

✨ Pelan Postpaid 5G
πŸ“± Telefon percuma
πŸ’° Pakej berbaloi & jimat

πŸ“ Banner bersama QR code di hadapan pintu pagar NADI PKNS Seksyen 7 (Aras bawah Blok 6)

Nak tahu model telefon & pakej yang tersedia? Jangan tunggu lama! 😍

πŸ“² Y Two: 016-206 2960
πŸ“² MSS Telecommunication: 016-209 7332

Scan QR atau terus WhatsApp untuk info lanjut! πŸ’™πŸ’›

10/07/2026
πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 6 πŸ“’Hello pelajar Tingkatan 4 dan 5! 🌟Adakah anda masih keliru dengan topik Laju dan ...
27/03/2026

πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 6 πŸ“’

Hello pelajar Tingkatan 4 dan 5! 🌟

Adakah anda masih keliru dengan topik Laju dan Pecutan serta Gabungan Operasi Set? Tak pasti cara menyelesaikan soalan peperiksaan dengan langkah yang betul?

Jangan risau! Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 6 yang akan membantu anda memahami konsep-konsep ini dengan lebih mudah, jelas dan sistematik! πŸ“šβœ¨

πŸ—“οΈ Tarikh: 28 Mac 2026 (Sabtu)
πŸ•ž Masa: 2.00 PM – 4.00 PM
πŸ“ Tempat: Dalam Talian
πŸ‘₯ Sasaran: Pelajar Tingkatan 4 & 5 (SPM)

🎯 Topik:

1. Laju dan Pecutan
2. Gabungan Operasi Set

Sesi pembelajaran yang padat dan mudah difahami dengan penerangan konsep, cara menyelesaikan soalan peperiksaan langkah demi langkah, contoh soalan latihan SPM serta tip penting untuk membantu anda menguasai topik ini dengan lebih yakin! πŸ’‘πŸ“˜

πŸ“ž Daftar sekarang – Kunjungi NADI PKNS Seksyen 7 (aras bawah Blok 6) atau whatsapp terus kami 019-261 8492 untuk pendaftaran!

πŸ“’ JEMPUTAN WEBINAR KESELAMATAN SIBER πŸ“’Assalamualaikum & salam sejahtera,Anda dijemput untuk menyertai webinar yang berta...
12/02/2026

πŸ“’ JEMPUTAN WEBINAR KESELAMATAN SIBER πŸ“’

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Anda dijemput untuk menyertai webinar yang bertajuk:

πŸ” β€œCara Kenal Pasti Fail Berbentuk Virus”

Dalam era digital hari ini, fail berbahaya boleh tersebar melalui e-mel, WhatsApp, Telegram dan laman web tanpa kita sedari. Webinar ini akan membantu anda:
βœ… Mengenal pasti ciri-ciri fail yang mencurigakan
βœ… Mengelakkan jangkitan virus dan malware
βœ… Melindungi data dan peranti peribadi

πŸ“… Tarikh: 12 FEBRUARI 2026
⏰ Masa: 3:00 PM - 4:30 PM
πŸ’» Platform: Zoom

✨ Terbuka kepada semua ahli NADI

Jangan lepaskan peluang untuk tingkatkan kesedaran keselamatan siber anda.
Lindungi diri anda daripada ancaman digital!

Sertai Pertandingan Video Hari Keselamatan Internet 2026 dan sampaikan mesej Penggunaan Internet Selamat dengan kreativi...
27/01/2026

Sertai Pertandingan Video Hari Keselamatan Internet 2026 dan sampaikan mesej Penggunaan Internet Selamat dengan kreativiti anda πŸ’‘

🏫 Terbuka kepada pelajar sekolah menengah (Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor) & Institut Pengajian Tinggi (Lembah Klang) οΏ½πŸ‘€ Individu atau berkumpulan�⏱️ Durasi video: 1–2 minitοΏ½πŸ† Hadiah wang tunai sehingga RM3,000 menanti pemenang!
πŸ“… Tarikh akhir penghantaran: 1 Februari 2026οΏ½
πŸ“² Imbas kod QR untuk sertai

Internet selamat bermula dengan kita.οΏ½


πŸ“’ WEBINAR BERKALA SAINS – EDISI 2 πŸ“’Hello pelajar Tingkatan 4 dan 5! 🌟Topik Daya dan Gerakan buat anda pening kepala? Sus...
09/01/2026

πŸ“’ WEBINAR BERKALA SAINS – EDISI 2 πŸ“’

Hello pelajar Tingkatan 4 dan 5! 🌟

Topik Daya dan Gerakan buat anda pening kepala? Susah faham konsep, formula dan aplikasi dalam soalan peperiksaan? Jangan risau! Jom sertai Webinar Berkala Sains – Edisi 2 yang direka khas untuk bantu anda kuasai Sains dengan lebih jelas dan berkesan! πŸ”¬βœ¨

πŸ—“οΈ Tarikh: 10 Januari 2026 (Sabtu)
πŸ•ž Masa: 2.30 PM – 4.30 PM
πŸ“ Tempat: Dalam Talian

🎯 Topik:
Daya dan Gerakan

Sesi pembelajaran yang santai tetapi padat dengan penerangan langkah demi langkah, contoh situasi sebenar, latihan ringkas serta teknik menjawab soalan peperiksaan supaya anda lebih yakin menghadapi peperiksaan! πŸ’‘πŸ“˜

πŸ“ž Daftar sekarang – Kunjungi NADI PKNS Seksyen 7 @ WhatsApp kami 019-2618492 untuk pendaftaran!

Main game sampai naik level laju…tapi hidup rasa stuck kat level yang sama? πŸ€”Jom join webinar ni untuk faham🧠 apa yang b...
09/01/2026

Main game sampai naik level laju…
tapi hidup rasa stuck kat level yang sama? πŸ€”
Jom join webinar ni untuk faham
🧠 apa yang berlaku dalam otak bila kita gaming ,
dan macam mana nak tukar skill dalam game jadi skill dalam kehidupan sebenar πŸ’ͺ
πŸŽ™οΈ Penceramah:
Cik Jasmine Hazel Mohd Nasir
Neuroscience Coach
πŸ“… Tarikh: Jumaat, 9 Januari 2026
πŸ•₯ Masa: 10:30 pagi
πŸ“ Google Meet:
πŸ‘‰ https://meet.google.com/tvt-jacd-uem
πŸ“Ί YouTube Live:
πŸ‘‰ https://www.youtube.com/
πŸ“˜ Facebook Live:
πŸ‘‰ https://www.facebook.com/officialnadimalaysia

πŸ‘¦πŸ‘§ Sesuai untuk pelajar, ibu bapa, pendidik & gamers
πŸ“² Ajak kawan satu squad, satu family & satu group sekolah!
πŸ”₯ Level up bukan sekadar dalam game β€” jom level up hidup sekali!

Address

Blok 6, Pangsapuri PKNS Seksyen 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Friday 09:00 - 12:30
14:30 - 18:00
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 13:00
14:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI PKNS Seksyen 7 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share