Masjid Jamek Raja Tun Uda - MJRTU Seksyen 16

Call Directions Contact the organization

Masjid Jamek Raja Tun Uda - MJRTU Seksyen 16 Masjid Jamek Raja Tun Uda (MJRTU) Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Terletak berhampiran Bulatan Perusahaan & bersebelahan Sek Ren Agama Seksyen 16.

Masjid Jamek Raja Tun Uda (MJRTU) Sek16 adalah antara masjid yang terawal di Shah Alam dan merupakan masjid daerah Petaling. Page ini ditubuhkan untuk memberi info tentang aktiviti semasa MJRTU kpd jemaah sekitar kawasan seksyen 16 shah alam khasnya dan orang ramai umumnya. Semoga ianya bermanfaat. InsyaAllah.

25/09/2026
12/09/2026

MALAM MEMUJI KEKASIH

🌟 KEM CUTI SEKOLAH – WARISAN ANAK SOLEH 16 πŸŒŸπŸ“– Tema: SMART QIRAAT πŸ•Œβœ¨ Cuti sekolah kali ini, jangan biarkan anak hanya di ...
31/08/2026

🌟 KEM CUTI SEKOLAH – WARISAN ANAK SOLEH 16 🌟
πŸ“– Tema: SMART QIRAAT πŸ•Œ
✨ Cuti sekolah kali ini, jangan biarkan anak hanya di rumah!
Ayuh sertai Kem Warisan Anak Soleh 16, sebuah program yang menggabungkan pembelajaran al-Quran, pembentukan sahsiah dan aktiviti riadah dalam suasana yang menyeronokkan! πŸ’š
🎯 Antara pengisian menarik: πŸ“– Tahsin & talaqqi al-Quran
πŸ—£οΈ Pembetulan makhraj dan bacaan
πŸ•Œ Tahsin Rukun Qauli
🧠 Aktiviti ilmu & penghayatan al-Quran
πŸƒβ€β™‚οΈ Aktiviti sukan dan riadah
🌳 Aktiviti luar yang menarik
🀝 Pembinaan ukhwah & sahsiah anak soleh
πŸ‘¦πŸ‘§ Terbuka kepada 80 orang peserta sahaja!
πŸ“… 2 – 4 September 2026 (Rabu – Jumaat)
πŸ“ Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16
πŸ’° Yuran komitmen: RM15 seorang
🍽️ Makan & minum disediakan sepanjang program.
🎁 Pendaftaran 3 orang dan ke atas – DISKAUN KHAS!
❀️ Penyertaan anak yatim DITAJA PENUH!
Link:
https://forms.gle/meGZLNDwnsXYmMEi7

*Ramai orang takut melakukan dosa* Tetapi lebih ramai tidak sedar bahawa jahil tentang agama juga boleh menyebabkan dosa...
03/08/2026

*Ramai orang takut melakukan dosa*
Tetapi lebih ramai tidak sedar bahawa jahil tentang agama juga boleh menyebabkan dosa berterusan.

Allah tidak membebankan kita dengan sesuatu yang mustahil, tetapi Allah mewajibkan kita mempelajari ilmu yang menjadi asas kepada keimanan dan ibadah.
Jangan biarkan kejahilan menjadi penghalang kepada penerimaan amal.

Bayangkan...
πŸ•ŒKita solat setiap hari.
πŸŒ„Kita berpuasa setiap tahun.
πŸ‘³πŸ»Kita berzikir dan berdoa.

Tetapi...
Adakah kita benar-benar yakin semuanya dilakukan mengikut syariat yang betul?
Kesilapan dalam aqidah boleh menjejaskan nilai amalan kita.

Jangan lepaskan peluang menghadiri
*Majlis Taalim Rukun Agama*

πŸ•°οΈ40 minit seminggu untuk memahami perkara yang menjadi asas kepada seluruh kehidupan seorang Muslim.

Ya, hanya 40 minit!!βœ…
40 minit yang mungkin menjadi sebab Allah menerima seluruh ibadah kita.
Atau…
40 minit yang kita lepaskan menjadi sebab Allah SWT menolak seluruh amalan kita..

πŸ—“ Bermula *7 Ogos 2026*
πŸ•Œ Setiap Jumaat (Minggu 1, 2 & 3)
πŸ•° Selepas Maghrib
πŸ“ Masjid Jamek Raja Tun Uda, Sek 16
πŸ“š Kitab disediakan PERCUMA

Ayuh isi link di bawah untuk kehadiran dan dapatkan kitab PERCUMA
https://forms.gle/6qeU2cDUjqyA1nge7

Program RIDE 1.0: Makan Durian Tepi Sungai telah berjaya dianjurkan oleh Masjid Jamek Raja Tun Uda melalui Biro Remaja d...
10/07/2026

Program RIDE 1.0: Makan Durian Tepi Sungai telah berjaya dianjurkan oleh Masjid Jamek Raja Tun Uda melalui Biro Remaja dan Rekreasi dengan kerjasama PemudaTua Seksyen 16, Shah Alam. Program ini telah berlangsung di Pak Uda D'Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor dan disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan masjid, ketua- ketua biro dan penduduk Seksyen 16, Shah Alam.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kariah serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi di samping menghayati keindahan alam semula jadi. Lebih kurang jam 8.45 para peserta telah mula berkonvoi ke lokasi program seterusnya menikmati durian dalam suasana santai di tepi sungai, di samping menjalankan aktiviti riadah dan sesi ramah mesra.

Sepanjang program berlangsung, para peserta menunjukkan semangat kerjasama, disiplin serta ukhwah yang tinggi. Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk beriadah dan melepaskan tekanan, malah menjadi medium yang berkesan dalam memperkukuhkan hubungan antara pihak masjid, golongan belia dan komuniti setempat.

Secara keseluruhannya, Program RIDE 1.0: Makan Durian Tepi Sungai telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu platform untuk memperkukuhkan perpaduan, memupuk semangat kekitaan serta menyemarakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid Jamek Raja Tun Uda.

Address

Seksyen 16
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60355244060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid Jamek Raja Tun Uda - MJRTU Seksyen 16 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Masjid Jamek Raja Tun Uda - MJRTU Seksyen 16:

Shortcuts

Share