Yayasan Islam Darul Ehsan - YIDE

Call Directions Website

Yayasan Islam Darul Ehsan - YIDE YIDE merupakan Institusi Kebajikan yang diamanahkan oleh MAIS untuk menyantuni anak-anak yatim dan kumpulan sasar yang memerlukan di Selangor.

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) berkolaborasi dengan pelbagai platform pembayaran seperti Toyyibpay dan Touch n Go bagi tujuan memudahkan orang ramai berinfaq atau ingin memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan layak menerima pengecualian cukai pendapatan dan potongan dibawah subsekyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

YIDE PRIHATIN, SALUR 23 PEK PRIHATIN KEPADA MANGSA TANAH RUNTUH DI CHERASCHERAS, 25 SEPTEMBER 2026 – Yayasan Islam Darul...
25/09/2026

YIDE PRIHATIN, SALUR 23 PEK PRIHATIN KEPADA MANGSA TANAH RUNTUH DI CHERAS

CHERAS, 25 SEPTEMBER 2026 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) tampil membantu mangsa kejadian tanah runtuh di Cheras dengan menyalurkan 23 Pek Prihatin kepada 23 ketua keluarga yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Sumbangan telah disampaikan oleh wakil Pengurusan YIDE sebagai tanda keprihatinan kepada keluarga yang terkesan akibat musibah berkenaan.
YIDE turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak polis atas kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada mangsa.

Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat serta sedikit kelegaan kepada para penerima.
Ayuh bersama-sama menyemai budaya infak dan kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan, termasuk anak-anak yatim, pesakit dialisis serta mereka yang ditimpa musibah.

Salurkan sumbangan anda ke akaun rasmi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE):
🏦 RHB BANK: 26262500011439



𝑫𝑨𝑼𝑳𝑨𝑻 𝑻𝑼𝑨𝑵𝑲𝑼Yayasan Islam Darul Ehsan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang ...
25/09/2026

𝑫𝑨𝑼𝑳𝑨𝑻 𝑻𝑼𝑨𝑵𝑲𝑼

Yayasan Islam Darul Ehsan merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (2001–2026).

Sesungguhnya 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku menjadi lambang kepimpinan, kewibawaan dan keprihatinan dalam menaungi kesejahteraan serta kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan.

Semoga Allah SWT melanjutkan usia zaman, melimpahkan rahmat, keberkatan dan kesejahteraan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku agar terus memayungi negeri Selangor dengan penuh hikmah dan segala kebesarannya.

Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada,
Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE)

Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau IndahYIDE sedang mempersiapkan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang kininmencapa...
25/09/2026

Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah

YIDE sedang mempersiapkan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang kininmencapai progres pembangunan sebanyak 88.30%

Namun, apabila kompleks ini mula beroperasi kelak, pelbagai kos operasi perlu ditanggung secara berterusan.

Antaranya termasuk keperluan harian anak-anak seperti dan pembangunan pendidikan serta keperluan mendatang bagi memastikan kompleks ini dapat beroperasi dengan baik.

“Apa yang boleh aku lakukan untuk mereka?”

Ayuh bersama YIDE menyantuni anak-anak yatim demi membina kecemerlangan mereka.

📱 Semuanya di hujung jari anda, jom infaq hari ini.

https://yide.com.my/infaq/infak-dana-operasi-kompleks-anak-yatim-pulau-indah/?fbclid=IwVERDUAUHE-hwZG9mAWV4dG4DYWVtAjEwAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHo70iPaZUtYFDNu_XBP1cP4Y4FHgTn-7TOyMsQFI9ALIzzrJIb6gf0wHvJRL_aem_8-WCTp2mRXJkseha1IsI4w

✈️ Ada yang nak berlepas dari Subang hari ni? Apa kata singgah dulu Solat Jumaat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul...
25/09/2026

✈️ Ada yang nak berlepas dari Subang hari ni? Apa kata singgah dulu Solat Jumaat di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz.

💎 Sementara menunggu khutbah, jom dengarkan perkongsian oleh Ustaz Zabidi Azhar dalam Refleksi Surah Ad-Dhuha.

💐 Bersama kita mencipta sinar harapan buat anak yatim, penerima rawatan dialisis serta mereka yang diuji musibah.

📱 Semuanya di hujung jari anda, jom infaq hari ini.
Infaq Bulanan (auto debit):
https://infaqpay.my/go/yide
Infaq one-off:
https://infaqpay.my/collection/yide

Setiap sumbangan anda, layak mendapat pengecualian cukai terhad kepada 10% di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967 melalui resit rasmi Yayasan Islam Darul Ehsan.


YIDE SALURKAN KOTAK MAKANAN FIDYAH MAIS DI PETALINGSHAH ALAM, 24 SEPTEMBER 2026 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah...
25/09/2026

YIDE SALURKAN KOTAK MAKANAN FIDYAH MAIS DI PETALING

SHAH ALAM, 24 SEPTEMBER 2026 – Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah menyalurkan Kotak Makanan Fidyah MAIS kepada seramai 54 orang pesakit Pusat Dialisis Cawangan Shah Alam.

Sumbangan telah disampaikan oleh jururawat PDM Shah Alam kepada semua pesakit yang layak.

Agihan ini merupakan antara usaha YIDE untuk memastikan bantuan kebajikan terus disalurkan kepada mereka yang memerlukan, khususnya dalam membantu meringankan keperluan harian para penerima.

Melalui usaha berterusan ini, YIDE komited untuk terus menyantuni golongan yang memerlukan serta memastikan bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada penerima.

Ayuh bersama-sama menyemai budaya infaq dan kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan, termasuk anak-anak yatim, pesakit dialisis serta mereka yang ditimpa musibah.

Salurkan sumbangan anda ke akaun rasmi Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE):
🏦 RHB BANK: 26262500011439

POSTER AWARENESS BIL. 09/2026📢 JELAJAH KEPATUHAN & INTEGRITI BADRI“Bersama ke Arah Organisasi Bebas Rasuah”Bahagian Audi...
22/09/2026

POSTER AWARENESS BIL. 09/2026
📢 JELAJAH KEPATUHAN & INTEGRITI BADRI

“Bersama ke Arah Organisasi Bebas Rasuah”

Bahagian Audit Dalam, Risiko & Integriti (BADRI), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) terus memperkukuh budaya kepatuhan, integriti dan tadbir urus yang baik menerusi pelaksanaan Jelajah Awareness Kepatuhan & Integriti BADRI sepanjang tahun 2026.

Program ini dilaksanakan secara berperingkat melibatkan kakitangan Ibu Pejabat YIDE serta Pusat Dialisis MAIS (PDM) melalui sesi kesedaran berkaitan Polisi Integriti YIDE, Ikrar Bebas Rasuah (IBR), Whistleblowing serta pelaksanaan MS ISO 37001 Anti-Bribery Management System (ABMS).

📍 Antara lokasi pelaksanaan:
▪️ PDM Sungai Besar
▪️ PDM Taman Melawati
▪️ PDM Bukit Jelutong
▪️ PDM Shah Alam
▪️ PDM Kuala Selangor
▪️ PDM Kapar
▪️ Ibu Pejabat YIDE

📊 Sehingga Mei 2026, sebanyak 11 sesi awareness telah dilaksanakan dengan purata kehadiran peserta sebanyak 90%.

Jelajah ini bukan sekadar sesi taklimat, malah merupakan usaha berterusan BADRI dalam membudayakan integriti sebagai amalan, kepatuhan sebagai tanggungjawab dan tadbir urus sebagai asas kepercayaan.

💙 “Kesedaran Hari Ini, Integriti Masa Depan.”
🎯 “Zero Tolerance Toward Corruption.”

BADRI

Amanah Dijunjung, Integriti Diperkukuh.

Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau IndahYIDE sedang mempersiapkan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang kininmencapa...
18/09/2026

Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah

YIDE sedang mempersiapkan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah yang kininmencapai progres pembangunan sebanyak 87.85%.

Namun, apabila kompleks ini mula beroperasi kelak, pelbagai kos operasi perlu ditanggung secara berterusan.

Antaranya termasuk keperluan harian anak-anak seperti dan pembangunan pendidikan serta keperluan mendatang bagi memastikan kompleks ini dapat beroperasi dengan baik.

“Apa yang boleh aku lakukan untuk mereka?”

Ayuh bersama YIDE menyantuni anak-anak yatim demi membina kecemerlangan mereka.

📱 Semuanya di hujung jari anda, jom infaq hari ini.

https://yide.com.my/infaq/infak-dana-operasi-kompleks-anak-yatim-pulau-indah/?fbclid=IwVERDUAUHE-hwZG9mAWV4dG4DYWVtAjEwAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHo70iPaZUtYFDNu_XBP1cP4Y4FHgTn-7TOyMsQFI9ALIzzrJIb6gf0wHvJRL_aem_8-WCTp2mRXJkseha1IsI4w

Kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke Rahmatullah Allahyarhamah Rosmah binti Busu pada 18 September 2026 yang...
18/09/2026

Kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian ke Rahmatullah Allahyarhamah Rosmah binti Busu pada 18 September 2026 yang merupakan penerima rawatan di Pusat Dialisis MAIS Kuala Selangor.

Mudah-mudahan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman & beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan & ketenangan dalam menghadapi ujian ini.

Address

No. 3, Jalan Keluli Am7/Am, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, Shah Alam Darul Ehsan
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60333459900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Islam Darul Ehsan - YIDE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share