Al-I’tisam Relief Program Association (Al-I’tisam) ialah sebuah NGO yang mula beroperasi pada April 2013 yang menjalankan misi berbagai bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Bagi misi luar negara, Al-I’tisam menjalankan misi di Bangladesh (Save Rohingya), Kemboja (Prihatin Kemboja), Syria (Save Syria) dan Yaman (Save Yemen). Untuk misi kemanusiaan dalam negara p**a adalah di bawah program “Ceria Malaysia”.
Ceria Malaysia
Antara projek-projek tetap di bawah program Ceria Malaysia ialah:
1. Ceria Food Aid
Ini adalah program bantuan barangan dapur dan makanan percuma diberikan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Setakat ini lebih 200 kelurga menerima bantuan ini secara tetap dari Al-I’tisam sehingga keadaan ekonomi mereka kembali stabil serta. Oleh itu, Al-I’tisam sangat mengharapkan derma ikhlas dalam bentuk makanan asasi dan/atau tunai supaya lebih 200 keluarga ini terus dapat dibantu.
2. Ceria Emergency Aid
Ini adalah misi kecemasan bencana alam seperti banjir, ribut taufan, kebakaran besar, tanah runtuh dan lain-lain. Al-I’tisam komited untuk sentiasa berada di lokasi bencana dengan mengerahkan sukarelawan kami dan membuka “Soup Kitchen” bergerak kami ke lokasi yang sangat memerlukan penyaluran makanan panas kepada petugas-petugas bencana dan mangsa bencana sehingga keadaan kembali stabil. Antara misi kecemasan bencana alam yang telah disertai oleh Al-I’tisam ialah tragedi banjir besar pantai timur (2014), banjir besar Pulau Pinang (2017-2018), kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (September 2017) dan lain-lain. Al-I’tisam berazam untuk sentiasa bersedia mengerah bantuan kecemasan bencana alam ini bila-bila masa sahaja ke seluruh negara. Oleh itu, Al-I’tisam sangat mengharapkan sumbangan makanan kering dan/atau tunai secara tetap dari para penyumbang yang prihatin supaya stok makanan kami sentiasa cukup pada setiap masa.
3. Ceria Iftar Ramadhan
Ini juga adalah bantuan barangan dapur dan makanan percuma khas ke tempat-tempat ramainya golongan yang kurang bernasib baik supaya mereka juga cukup makanan asasi untuk berbuka puasa setiap hari bersama keluarga. Antara tempat yang Al-I’tisam sentiasa menyantuni mereka ialah di Padang Jawa (2018 – 71 keluarga), Kg Budiman (2018 - 50 keluarga), Bukit Cerakah (2018- 22 keluarga) dan lain-lain tempat. Al-I’tisam juga berazam untuk memperluaskan lagi bantuan makanan Iftar Ramadhan ini ke lebih banyak flat-flat dan kampung-kampung khususnya.
4. Ceria Aidil Fitri
Ini p**a ialah program Al-I’tisam yang bertujuan menceriakan golongan yang kurang bernasib baik supaya mereka juga boleh “membeli beli” Hari Raya secara “percuma”. Untuk itu, setiap penghujung Ramadhan Al-I’tisam membuka “free boutique” manakala golongan yang kurang bernasib baik ini diberikan boucher yang bernilai RM250 satu keluarga untuk mereka “shopping raya” di “free boutique” Al-I’tisam ini. Untuk itu, Al-I’tisam mengalu-alukan orang ramai menderma pakaian baru atau terpakai tetapi masih seperti baru untuk “free boutique” kami.
5. Ceria Qurbani
Al-I’tisam juga merayakan Aidil Adha dan ibadah korban bersama golongan miskin dengan menyembelih haiwan korban di tempat-tempat yang terdapat ramai golongan miskin. Ini supaya daging korban itu dapat dinikmati oleh golongan yang benar-benar memerlukan di negara kita ini. Bagi tahun 2018, Al-I’tisam telah melaksanakan ibadah korban di Tumpat, Kelantan dengan menyembelih lembu yang disumbangkan oleh orang ramai. Kelebihan menyertai “Ceria Qurbani” kami ialah daging korban itu disampaikan kepada golongan miskin yang benar-benar memerlukan. Penyertaan program “Ceria Qurbani” anjuran Al-I’tisam hanyalah RM650 satu bahagian.
6. Ceria Vision Care
Di bawah program ini, Al-I’tisam dengan kerjasama universiti-universiti tempatan yang menyediakan kursus “Optometry” memberikan khidmat pemeriksaan mata percuma kepada golongan yang kurang bernasib baik. Jika ada di antara mereka yang disyorkan supaya memakai cermin mata selepas pemeriksaan mata, maka bingkai cermin dikenakan dengan bayaran paling minima atau diberikan secara percuma jika mereka tidak mampu.
7. Al-I’tisam FoodBank
“FoodBank” adalah projek terkini Al-I’tisam yang telah dilancarkan pada bulan Oktober 2018. Fungsi “FoodBank” ialah “mengumpul, menyimpan dan mengagihkan” makanan percuma kepada golongan yang kurang bernasib baik. Konsep “FoodBank” telah lama wujud di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, UK, Australia dan lain-lain negara. Antara sebab diwujudkan “FoodBank” adalah kerana meningkatnya golongan miskin bandar yang terjejas secara langsung disebabkan tidak ketentuan ekonomi negara, kadar inflasi yang meningkat, meningkatnya harga barang, kos sara hidup di bandar yang lebih tinggi, pengangguran, ramai menetap di bandar dan berbagai faktor lain. Di Malaysia, dianggarkan 70% penduduk Malaysia kini menetap di kawasan bandar. Oleh itu, semakin ramai yang golongan kategori miskin bandar. Memahami situasi ini dan semakin ramai yang mengharapkan bantuan makanan asasi, Al-I’tisam melancarkan “FoodBank” sendiri sebagai “gudang” mengumpul makanan dan mengagihkannya melalui program “Ceria Food Aid”. Di samping itu, “FoodBank” ini juga akan menjadi “pembekal” makanan asasi untuk program “Ceria Emergency Aid” dan “Ceria Iftar Ramadhan”. Kesimp**annya, “Al-I’tisam FoodBank” ini akan memastikan pada bila-bila masa sahaja, Al-I’tisam mempunyai stok barangan dapur yang cukup untuk program-program di atas tanpa perlu menunggu terlalu lama untuk orang ramai menyumbang makanan dan/atau wang tunai. Oleh kerana “Al-I’tisam FoodBank” ini baru dilancarkan, Al-I’tisam ingin merayu supaya para penyumbang yang dermawan bermurah hati untuk menyumbang dalam bentuk makanan dan/atau tunai dengan kadar yang segera.
Bagaimana anda boleh menyumbang?
Kami terima makanan yang mudah disimpan tanpa perlu disejukkan di mana makanan tersebut:
· HALAL
· Belum dibuka
· Belum digunakan
· Tarikh luput minimum 6 bulan
Contoh makanan yang kami terima:
· Makanan ruji (Seperti: Beras, tepung)
· Makanan dalam tin (Seperti: Sardin, daging, ayam)
· Protein (Seperti: Telur, ikan kering)
· Bahan masakan (Seperti: Minyak masak, gula, garam, sos, kicap)
· Mee (Seperti: Bihun, mee segera, pasta)
· Produk tenusu (Seperti: Susu UHT, susu pekat, susu kanak-kanak)
· Snek (Seperti: Biskut, coklet, biskut kering)
Anda boleh menderma dengan cara berikut:
1. “Drop and Go” terus ke Food Bank (24j/7h), di alamat premis kami seperti di bawah
2. Dan/atau menderma wang tunai ke akaun kami untuk kami membeli makanan dengannya
Jika anda adalah pengeluar, pengedar atau pemborong produk makanan, maka anda juga boleh menyumbang kepada kami dengan cara berikut:
1. Dermakan produk makanan anda kepada kami
2. Dan/atau dermakan produk makanan yang dip**angkan oleh pelanggan anda disebabkan kerosakkan pada tin atau bungkusan tetapi makanan di dalamnya dalam keadaan masih elok dan selamat digunakan.
3. Dan/atau menderma wang tunai ke akaun kami untuk kami membeli makanan dengannya
4. Atau berilah kami diskaun yang terbaik supaya kami boleh membeli makanan anda dengan harga yang murah
Akaun-akaun Al-I'tisam:
12038010114731 (Bank Islam)
562478141589 (Maybank)
8600633583 (CIMB Bank)
Nota: Sila nyatakan derma untuk “Ceria Malaysia”
Al-I’tisam juga ingin mempelawa anda menjadi rakan kami dengan menjadi penaja rasmi kami untuk setiap program yang dilaksanakan oleh Al-I’tisam. Melalui penajaan ini anda juga akan terlibat dengan membantu golongan yang tidak bernasib baik ini dan Al-I’tisam p**a akan membantu menceritakan perniagaan anda kepada orang lain.
Sertai kami sebagai sukarelawan
Al-I’tisam juga ingin mempelawa orang ramai yang mempunyai kesanggupan mengorbankan masa, tenaga dan istiqomah sebagai sukarelawan “Ceria Malaysia”. Sedikit sumbangan anda sangat bermakna dalam usaha membantu golongan yang kekurangan makanan asasi di luar sana. Jika anda berminat, sila mendaftar di: https://alitisam.com/
Muhammad Rafiq Ravi
Head of Project Ceria Malaysia
Al-I'tisam Relief Program Association
Tel: 03-7846 1880 / 012-527 1880
No.17, Jalan Opera D U2/D, 40150 Shah Alam, Selangor DE
https://alitisam.com/
https://www.facebook.com/ceriamalaysiaalitisam/