PIMPIN Sarawak

PIMPIN Sarawak Halaman Rasmi FB Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM - Majlis Perhubungan Negeri Sarawak

[ISNIN | 3 NOVEMBER 2025]Assalamualaikum,Salam Sejahtera,Salam Sarawak Maju Makmur,⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️| Penghar...
03/11/2025

[ISNIN | 3 NOVEMBER 2025]

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Sarawak Maju Makmur,

⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️⚜️

| Penghargaan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sarawak Sesi 2024 – 2025 |

✨ Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sarawak Sesi 2024 – 2025 atas segala jasa, dedikasi, dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di UiTM Cawangan Sarawak.

✨ Usaha gigih dan kepimpinan yang ditonjolkan telah menjadi inspirasi kepada seluruh warga kampus, serta memperkukuhkan semangat kepimpinan, jaringan dan profesionalisme dalam kalangan mahasiswa UiTM.

✨ Semoga segala sumbangan dan pengalaman berharga ini terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan kepimpinan mahasiswa pada masa akan datang.

Sekian , terima kasih

🔱KEPIMPINAN,JARINGAN,PROFESIONAL🔱


29/10/2025
20/10/2025
| Penghargaan kepada  Ahli Majlis Kerja Tertinggi & Seluruh Warga PIMPIN Perhubungan Negeri Sarawak Sesi 2022 - 2025 |📌 ...
20/10/2025

| Penghargaan kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi & Seluruh Warga PIMPIN Perhubungan Negeri Sarawak Sesi 2022 - 2025 |

📌 Kami merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Majlis Kerja Tertinggi serta seluruh warga PIMPIN UiTM Sarawak sesi 2022 – 2025 atas segala khidmat bakti, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

📌 Sumbangan dan usaha berterusan mereka dalam menjayakan pelbagai program telah menjadi tonggak utama dalam memperkukuhkan lagi jaringan bersama alumni UiTM serta memperkasakan semangat kebersamaan dalam komuniti.

📌 Semoga kejayaan dan kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada barisan kepimpinan PIMPIN Perhubungan Negeri Sarawak yang akan datang ✨



| KOLEKSI GAMBAR BENGKEL SPMSTAR 2025 |Dengan sukacitanya kami telah menyediakan platform bagi mengakses koleksi-koleksi...
22/09/2025

| KOLEKSI GAMBAR BENGKEL SPMSTAR 2025 |

Dengan sukacitanya kami telah menyediakan platform bagi mengakses koleksi-koleksi gambar semasa pelaksanaan bengkel SPMSTAR 2025 dengan pautan yang disediakan. Sila ambil maklum bahawa semua gambar akan mengambil masa untuk tersedia di platform tersebut. Gambar-gambar yang diambil semasa pelaksanaan program boleh diakses melalui pautan berikut;

https://linktr.ee/spmstar2025

Sekian. Terima kasih.





| TESTIMONI PESERTA BENGKEL SPMSTAR 2025 |“Saya sangat menyukai teknik baharu yang dipelajari semasa bengkel bagi slot m...
22/09/2025

| TESTIMONI PESERTA BENGKEL SPMSTAR 2025 |

“Saya sangat menyukai teknik baharu yang dipelajari semasa bengkel bagi slot matematik. Sebenarnya, ada jalan pintas bagi teknik menjawab soalan! Selain daripada itu, semua fasilitator yang terlibat sangatlah membantu dan juga bersemangat. Program ini sewajarnya menjadi tradisi setiap tahun agar lebih banyak pelajar mendapat manfaat.”

Dayang Soleha Aisya binti Abang Mohammad Affendi
SMK Tunku Abdul Rahman

Testimoni ini menggambarkan keberkesanan Bengkel SPMSTAR 2025 dalam memperkenalkan teknik baharu serta kaedah alternatif menjawab soalan Matematik, sekali gus meningkatkan keyakinan pelajar dalam menguasai subjek teras ini. Sokongan serta dedikasi para fasilitator turut diiktiraf sebagai pemangkin kepada pengalaman pembelajaran yang lebih positif dan menyeronokkan.

Maklum balas yang diberikan membuktikan bahawa program ini bukan sahaja berperanan sebagai platform akademik, malah turut membina suasana pembelajaran yang kondusif, mesra, dan bersemangat. Cadangan agar bengkel ini dijadikan tradisi tahunan memperlihatkan betapa besarnya impak yang dirasai peserta, dan hal ini mengukuhkan lagi justifikasi bahawa Bengkel SPMSTAR wajar diteruskan pada masa hadapan demi manfaat generasi pelajar akan datang.





| TESTIMONI PESERTA BENGKEL SPMSTAR 2025 |“Saya sangat menyukai sesi yang dilaksanakan kerana banyak ilmu dan pengalaman...
22/09/2025

| TESTIMONI PESERTA BENGKEL SPMSTAR 2025 |

“Saya sangat menyukai sesi yang dilaksanakan kerana banyak ilmu dan pengalaman baharu diperolehi yang telah telah saya dapat. Slot yang paling saya sukai adalah slot kaunseling kerjaya kerana ia memberikan semangat kepada saya untuk berusaha lebih gigih. Slot yang menjadi kegemaran saya juga adalah slot matematik kerana matematik merupakan subjek kegemaran saya. Saya berharap agar program seperti ini akan diadakan pada setiap tahun pada masa akan datang bagi membantu pelajar seperti saya.”

Syaif Muhammad Iman bin Syaiful Firdaus
SMK Matang Jaya

Testimoni ini mencerminkan bagaimana Bengkel SPMSTAR 2025 bukan sahaja menyampaikan ilmu dan strategi akademik, malah turut membangkitkan semangat serta keyakinan pelajar untuk melangkah lebih jauh. Pendedahan yang diperoleh daripada slot-slot utama seperti Kaunseling Kerjaya dan Matematik jelas memberi impak positif, sekali gus menegaskan bahawa program sebegini wajar diteruskan sebagai medan bimbingan tahunan kepada para calon SPM.





| LIPUTAN MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL SPMSTAR 2025 |Bengkel SPMSTAR 2025 melabuhkan tirai dengan sebuah Majlis Penutupan ya...
22/09/2025

| LIPUTAN MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL SPMSTAR 2025 |

Bengkel SPMSTAR 2025 melabuhkan tirai dengan sebuah Majlis Penutupan yang penuh meriah dan berprestij, diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu Berbahagia Dato Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Cr. Syafiq Razali, Ahli Majlis Dewan Bandaraya Kuching Selatan merangkap Pengerusi Perhubungan Negeri Sarawak Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Sarawak (PIMPIN Sarawak), yang turut menyampaikan ucapan pembukaan. Seterusnya, ucapan penutupan rasmi oleh Datuk Bandar MBKS menjadi kemuncak yang mengangkat lagi nilai dan signifikan program ini.

Majlis penutupan diteruskan dengan Simbolik Penyerahan Sijil Penyertaan kepada pihak sekolah, diikuti dengan penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan. Acara kemudian disempurnakan dengan sesi bergambar bersama tetamu kehormat dan peserta, sebelum tirai majlis dilabuhkan dengan jamuan minum petang yang mengeratkan lagi ukhuwah dan jaringan silaturahim.

Secara keseluruhannya, Majlis Penutupan Bengkel SPMSTAR 2025 menandakan berakhirnya sebuah program berimpak tinggi yang bukan sahaja memperkasa pelajar dalam persediaan menghadapi SPM, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi pendidikan, pihak berkuasa tempatan, serta komuniti setempat.





Address

No. Lot 3/4 (A), Aras 3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) @ Anggerik Mall, Jalan 14/8, Seksyen 14
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIMPIN Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PIMPIN Sarawak:

Share