05/10/2026
🕌 PROGRAM SUCI DAN HARUMKAN MASJID 🕌
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Suci dan Harumkan Masjid pada 29 September 2026 bertempat di Masjid Baitul Mahabbah, Seksyen 27, Shah Alam.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama AJK Masjid Baitul Mahabbah serta pelajar Diploma Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) yang telah bersama-sama berganding bahu dalam aktiviti pembersihan dan menceriakan kawasan masjid.
🤝 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh pelajar Diploma Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Maahad Integrasi Tahfiz Selangor yang telah meluangkan masa dan tenaga sebagai sukarelawan bagi menjayakan program ini.
Semoga usaha kecil ini menjadi satu amal kebajikan yang memberi manfaat kepada komuniti serta menjadikan masjid lebih bersih, selesa dan ceria untuk kegunaan bersama. 🌿✨
Terima kasih juga kepada AJK Masjid Baitul Mahabbah atas kerjasama dan sokongan yang diberikan sepanjang program berlangsung.
💚 Bersama Menyucikan Masjid, Menyemai Nilai Kesukarelawanan.