MPP ZON 20 MBSA

MPP ZON 20 MBSA AHLI MAJLIS: PN.FATIN BINTI AB RAHIM

Alhamdulillah, Majlis Apresiasi MPP Zon 20 sesi 2024–2025 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna sebagai tan...
02/01/2026

Alhamdulillah, Majlis Apresiasi MPP Zon 20 sesi 2024–2025 telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna sebagai tanda penghargaan atas komitmen, kerjasama dan pengorbanan semua ahli sepanjang tempoh perkhidmatan.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh AJK MPP Zon 20 atas segala usaha, idea dan tenaga yang telah dicurahkan dalam menjayakan setiap program dan amanah yang diberikan.

Sepanjang tahun 2025, pelbagai momen dan kenangan berharga telah dilalui bersama. Sebuah video khas recap sepanjang tahun 2025 turut disediakan sebagai simbol perjalanan dan kebersamaan MPP Zon 20.

🎥 https://youtu.be/iBc2pOwx7Gs?si=XbJzv6WgsCCIjWQi

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Selamat Maju Jaya diucapkan kepada seluruh ahli MPP Zon 20. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal sebagai kenangan manis sepanjang hayat.
Alhamdulillah, majlis turut diserikan dengan peluang istimewa bertemu Chef Zubir.



Meninjau persiapan istiadat mandi minyak dan penyerahan bengkung yang berlangsung di gelanggang silat tadi.Istiadat ini ...
27/12/2025

Meninjau persiapan istiadat mandi minyak dan penyerahan bengkung yang berlangsung di gelanggang silat tadi.

Istiadat ini bukan sekadar acara simbolik, malah merupakan warisan tradisi persilatan Melayu yang sarat dengan nilai adab, disiplin serta penghormatan terhadap ilmu dan guru. Ia mencerminkan kesinambungan budaya yang wajar terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi seterusnya.



Lawatan tapak pagi ini bersama Pegawai Pengangkutan MBSA dan salah seorang pensyarah UiTM Puncak Perdana bagi meneliti k...
20/12/2025

Lawatan tapak pagi ini bersama Pegawai Pengangkutan MBSA dan salah seorang pensyarah UiTM Puncak Perdana bagi meneliti keperluan membaik pulih serta menambah baik kemudahan tangga laluan mahasiswa ke hentian bas. Usaha ini penting bagi memastikan keselamatan, keselesaan dan akses yang lebih baik kepada para pelajar dalam urusan harian mereka.

Semoga tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan segera demi kesejahteraan mahasiswa serta menyokong persekitaran kampus yang lebih mesra dan selamat.



Memenuhi jemputan Flag Off Majlis Perasmian Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2025) anjuran RFC International Sdn. ...
01/12/2025

Memenuhi jemputan Flag Off Majlis Perasmian Rainforest Challenge (RFC) Grand Final 2025) anjuran RFC International Sdn. Bhd. bersama MOTAC, sebuah acara sukan permotoran lasak bertaraf antarabangsa yang berlangsung dari 28 November hingga 10 Disember 2025. Acara Penutup akan disempurnakan di Gua Musang.

Majlis mini perasmian yang telah dirasmikan di Lembah Peladang Agro Park turut disertai dengan lawatan ke kawasan karnival. Penganjuran ini mencerminkan kerjasama strategik antara Komuniti Zon 20 dan RFC International dalam mempromosikan agro eko pelancongan serta pembangunan komuniti.

Acara ini turut memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan eko dan memberi impak positif kepada ekonomi tempatan. Sekalung penghargaan diucapkan atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan.



PROGRAM SUKAN BENDANG MPP MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 2025MPP Zon 20 telah menyertai Sukan Bendang 2025 dengan mengambil ...
29/11/2025

PROGRAM SUKAN BENDANG MPP MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 2025

MPP Zon 20 telah menyertai Sukan Bendang 2025 dengan mengambil bahagian dalam acara bola sepak bendang, pukul bantal, gagau ikan keli, tangkap itik serta pertandingan hiasan khemah.

Program ini telah berlangsung di Taman Botani Bukit Cerakah, Shah Alam.

Alhamdulillah, MPP Zon 20 berjaya meraih tempat ke-4 bagi acara pukul bantal dan gagau ikan keli. Untuk makluman, ini merupakan penyertaan julung kali MPP Zon 20 dalam Sukan Bendang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan MPP Zon 20 atas semangat kesukanan serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang program ini.



Address

NO. 51-1, Jalan PULAU LUMUT P U10/P, ALAM BUDIMAN SEKSYEN U10
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP ZON 20 MBSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share