16/09/2026
Info Komuniti
Setinggi-tinggi penghargaan buat barisan wira SK Setia Alam daripada guru-guru, staf pentadbiran, kerani, hinggalah ke pak cik kantin dan guard. Tanpa ada sekelumit rasa gentar pada petang Isnin lalu, mereka berdiri di barisan hadapan dalam gandingan mantap bertarung nyawa meredah bahaya untuk memadamkan api sebelum ketibaan bomba.
Keberanian dan kepantasan mereka bertindak bukan sahaja menyelamatkan sekolah, malah menjadi benteng wira yang mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan beribu anak murid yang dikasihi.
PMX Anwar Ibrahim & Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek jangan lupa singgah sekolah ni nanti.