02/10/2026
๐ขSESI TOWNHALL PROGRAM BANDAR SELAMAT SHAH ALAM
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Sesi Townhall Cadangan Pembangunan dan Penambahbaikan Tempat Letak Motosikal Berkunci (TLMB) Sedia Ada di Jalan Plumbum T 7/T, Seksyen 7, Shah Alam.
Sesi ini diadakan sebagai platform libat urus bersama penduduk, komuniti setempat, peniaga sekitar dan pemilik serta penyewa unit kedai bagi mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan berhubung pembangunan serta penambahbaikan kemudahan TLMB di kawasan berkenaan.
๐Tempat: Dewan MBSA (Lavender), Jalan Plumbum
7/100A, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
๐
Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)
โฐMasa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Penyertaan dan pandangan komuniti amat dialu-alukan bagi memastikan cadangan yang dirancang mengambil kira keperluan pengguna, aspek keselamatan, keselesaan serta kesesuaian persekitaran setempat, selaras dengan pelaksanaan Program Bandar Selamat Shah Alam.
Orang ramai yang berkaitan dijemput hadir serta memberikan maklum balas dan cadangan melalui kod QR yang disediakan pada poster.
Suara dan pandangan komuniti penting dalam usaha bersama mewujudkan persekitaran Shah Alam yang lebih selamat, selesa dan mampan.
Terima Kasih.