Koperasi Guru Guru Agama Islam Selangor Berhad

Call Directions Website Contact the organization

Koperasi Guru Guru Agama Islam Selangor Berhad KOSEGAR

17/09/2026

"ANGGOTA KOSEGAR, MANFAAT KAN AR-RAHNU KOSEGAR"

16/09/2026
PERTEMUAN STRATEGIK EMPAT ENTITI: MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA13 Ogos 2026 | 11.00 pagiKoperasi Guru-Guru Agama Islam ...
13/08/2026

PERTEMUAN STRATEGIK EMPAT ENTITI: MEMPERKUKUH JARINGAN KERJASAMA

13 Ogos 2026 | 11.00 pagi

Koperasi Guru-Guru Agama Islam Selangor Berhad (KOSEGAR) hari ini menerima kunjungan enam orang wakil daripada Salam Hijrah Holding, Koperasi Wiraniaga Berhad, Koperasi Adil Selangor Berhad dan Borong Emas Malaysia diketahui oleh Puan Zalira dalam satu pertemuan strategik yang berlangsung pada jam 11.00 pagi.

Pertemuan ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan, memperkenalkan potensi kerjasama serta meneroka peluang sinergi antara ketiga-tiga entiti, khususnya dalam bidang koperasi, perniagaan dan perkhidmatan yang boleh memberikan manfaat kepada anggota serta masyarakat.

Delegasi KOSEGAR diketuai oleh:

• Pengerusi KOSEGAR
• Timbalan Pengerusi KOSEGAR
• Setiausaha KOSEGAR
• Dato’ Setia Mantan M***i Selangor, selaku Ketua Panel Syariah KOSEGAR
• Dua orang Ahli Lembaga KOSEGAR

Pertemuan turut memberi penekanan kepada kepentingan membina jaringan strategik antara institusi koperasi dan entiti perniagaan, dengan mengambil kira aspek tadbir urus, keberkesanan perkhidmatan serta pematuhan prinsip Syariah.

LAWATAN KE AR-RAHNU KOSEGAR

Selesai sesi pertemuan, rombongan kemudiannya dibawa mengadakan lawatan ke Ar-Rahnu KOSEGAR bagi melihat dengan lebih dekat operasi serta perkhidmatan yang disediakan kepada anggota dan pelanggan.

Lawatan ini turut menjadi peluang untuk bertukar pengalaman dan pandangan berkaitan pengurusan perkhidmatan Ar-Rahnu serta potensi pengembangan produk dan perkhidmatan pada masa hadapan.

KOSEGAR melihat pertemuan seperti ini sebagai satu langkah positif dalam usaha memperluas jaringan kerjasama, memperkukuh kedudukan koperasi dan membuka lebih banyak peluang perniagaan yang berdaya maju serta mematuhi prinsip Syariah.

Bersama membina jaringan, memperkukuh koperasi dan mencipta nilai untuk anggota.

KOSEGAR — Koperasi Guru-Guru Agama Islam Selangor Berhad
Berkoperasi • Berintegriti • Berdaya Saing


Empat orang wakil guru KAFA telah menghadiri perjumpaan bersama ALK KOSEGAR  (Tertinggi) pada jam 10.00 pagi tadi.Pelbag...
15/07/2026

Empat orang wakil guru KAFA telah menghadiri perjumpaan bersama ALK KOSEGAR (Tertinggi) pada jam 10.00 pagi tadi.

Pelbagai perkara penting dibincangkan, antaranya hala tuju guru KAFA bersama Kosegar serta langkah-langkah strategik bagi memantapkan lagi hubungan dua hala.

Perjumpaan ini diharap dapat membuka ruang kerjasama yang lebih erat dan bermanfaat pada masa hadapan bagi kemajuan pendidikan KAFA.

Tahniah GURU KAFA yang berani menyahut cabaran bagi memantapkan lagi institusi pendidikan

Anda sedang mencari rumah sewa yang nyaman dan praktikal di Taman Sri Intan, Kuala Selangor?Rumah ini menawarkan ruang y...
14/07/2026

Anda sedang mencari rumah sewa yang nyaman dan praktikal di Taman Sri Intan, Kuala Selangor?

Rumah ini menawarkan ruang yang luas, persekitaran harmoni dan kemudahan asas lengkap.

Usah lepaskan peluang ini.

Berhubung terus dengan pegawai di nombor telefon yang tertera dalam gambar untuk butiran penuh dan tarikh lawatan.

13/07/2026

Jom bersama KOSEGAR berjalan jalan ke BATAM, PULAU BINTAN DAN PULAU PENYENGAT.

Tarikh :7 - 10hb Nov 2026
(4 hari 3 malam)

Rumah Sewa Taman Sri Intan, Kuala Selangor – RM900 SahajaAnda sedang mencari rumah sewa yang selesa, lengkap dan mampu m...
11/07/2026

Rumah Sewa Taman Sri Intan, Kuala Selangor – RM900 Sahaja

Anda sedang mencari rumah sewa yang selesa, lengkap dan mampu milik di lokasi strategik?

Rumah di Taman Sri Intan, Kuala Selangor ini tawarkan pengalaman hidup yang nyaman dengan semua kelengkapan lengkap termasuk penghawa dingin yang sudah sedia untuk digunakan.

Harga hanya RM900 sebulan, pilihan terbaik untuk keluarga kecil, pasangan muda atau individu yang inginkan keselesaan tanpa menekan bajet.

Hubungi terus untuk maklumat lanjut dan lawatan:
SU KOSEGAR Tuan Haji Kamal – 6013-3512567
Pejabat KOSEGAR – 03-5510 1920

Jangan lepaskan peluang untuk menjadikan rumah ini sebagai kediaman idaman anda. Hubungi sekarang – tempat terhad!






LAPORAN MESYUARAT PENENTU SAH MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOSEGARTarikh: 8.7.2026Masa: 9.30 pagiTempat: Bilik Mesyuara...
08/07/2026

LAPORAN MESYUARAT PENENTU SAH MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOSEGAR

Tarikh: 8.7.2026
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat KOSEGAR

Mesyuarat Penentu Sah Minit Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KOSEGAR telah diadakan pada tarikh dan tempat tersebut di atas. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengesahkan ketepatan serta kesahihan minit mesyuarat yang telah dibentangkan sebelum ia diangkat sebagai rekod rasmi koperasi.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 6 orang anggota yang telah dilantik secara sah sebagai Jawatankuasa Penentu Sah Minit. Kehadiran penuh daripada kesemua anggota yang dilantik menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kelancaran urusan pentadbiran koperasi.

Selain itu, mesyuarat ini turut dihadiri oleh 4 orang anggota Lembaga Koperasi sebagai pemerhati dan bagi memberi pandangan dalam memastikan proses pengesahan minit berjalan mengikut prosedur dan undang-undang koperasi yang berkuat kuasa.

Mesyuarat dijalankan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah Akta Koperasi 1993 dan peraturan dalaman KOSEGAR. Setiap perkara dalam minit MAT dibaca, diteliti, dan dibahaskan secara terperinci sebelum diputuskan.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, beberapa pindaan kecil telah dibuat bagi memastikan ketepatan fakta dan bahasa laporan. Semua pindaan telah dipersetujui secara konsensus oleh anggota yang hadir.

Setelah sesi semakan dan perbincangan selesai, mesyuarat secara rasmi mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan KOSEGAR sebagai sah dan tepat serta diterima pakai untuk rekod rasmi koperasi.

Dengan pengesahan ini, semua keputusan dan resolusi yang terkandung dalam minit MAT adalah mengikat dan boleh digunakan sebagai asas tindakan susulan oleh pihak pengurusan dan jawatankuasa koperasi.

Mesyuarat berakhir pada pukul 12.45 tengahari dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir atas kerjasama dan sumbangan idea yang membina. Mesyuarat ini dianggap berjaya dan bermakna dalam memastikan tadbir urus KOSEGAR kekal telus, teratur, dan profesional.

Terima kasih atas perhatian dan doa.

Team Publisiti dan ICT
Koperasi Guru-Guru Agama Islam Selangor Berhad

Address

Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+60355453536

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Guru Guru Agama Islam Selangor Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Koperasi Guru Guru Agama Islam Selangor Berhad:

Shortcuts

Share