SURAU AL HASSANY

SURAU AL HASSANY MUSOLLA AL HASSANY (مصلى الحسنى)

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙Maaf Zahir dan BatinIkhlas daripadaBarisan Pentadbir & AJK Musolla Al HassanySURAU ...
21/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 🌙

Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada
Barisan Pentadbir & AJK Musolla Al Hassany
SURAU AL HASSANY BATU TIGA SHAH ALAM

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan sepanjang Ramadan.

✨ Taqabbalallahu minna wa minkum ✨

Alhamdulillah 🤍Selesai sudah Solat Terawih malam kedua…  Masih penuh saf, masih meriah dengan jemaah, masih hangat denga...
19/02/2026

Alhamdulillah 🤍

Selesai sudah Solat Terawih malam kedua…
Masih penuh saf, masih meriah dengan jemaah, masih hangat dengan semangat ibadah.

Setiap langkah ke surau,
Setiap duduk dan berdiri dalam saf,
Setiap ayat yang dialunkan…
Semoga menjadi asbab turunnya rahmat dan keampunan buat kita semua.

Moga istiqamah hingga ke penghujung Ramadhan,
Bukan sekadar ramai di awal…
Tapi setia sampai malam terakhir. 🌙

Ya Allah, terimalah ibadah kami,
Ampunkan dosa kami,
Dan satukan hati-hati kami dalam rumah-Mu.





Assalamualaikum…Salam Jumaat…Terkini Surau Al Hassany naiki AirSemoga dipermudahkan segala Urusan
10/04/2025

Assalamualaikum…
Salam Jumaat…
Terkini Surau Al Hassany naiki Air
Semoga dipermudahkan segala Urusan

Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir & Batin 2025 Salam 1 Syawal 1446
31/03/2025

Selamat Hari Raya
AidilFitri Maaf Zahir & Batin 2025
Salam 1 Syawal 1446

Assalamualaikum…Alhamdulillah Selesai Sudah Majlis Tadarus Khatam Al Quran & Penyampaian Saguhati Bagi Kaum Muslimah23 M...
23/03/2025

Assalamualaikum…
Alhamdulillah Selesai Sudah
Majlis Tadarus Khatam Al Quran & Penyampaian Saguhati
Bagi Kaum Muslimah
23 MARCH 2025 | 22 RAMADHAN 1446H
Terima Kasih Kepada Ketua Kampung yang Turut Hadir dan AJK yang Terlibat yang telah menjayakan program ini…



17/10/2024

TIPS AGAR RAJIN MENGERJAKAN SOLAT

1. Ketika datang azan, Bicaralah pada diri sendiri, dengan mengingatkan diri kita, bahawa kita sudah berumur...maka solatlah dan perbanyakkanlah amal.

2. Ketika datang azan, Bawalah fikiran kita ke tanah perkuburuan, dan nasihati diri sendiri sedia atau tidak sedia, kita pasti akan jadi penghuni kubur, maka solatlah.

3. Malulah kepada Allah, Jangan sampai kita meninggalkan solat. Kerana setiap hari kita selalu menikmati rezeki darinya dan selalu di beri nikmat, maka solatlah.

4. Malulah pada diri sendiri, Jika melihat orang yang sudah uzur, dan yang memiliki kekurangan fizik, namun mereka tetap istiqomah mengerjakan solat.

5. Berusaha menjadikan solat sebagai keperluan, Kerana kita perlu syurga-Nya, ampunan-Nya dan rahmat-Nya.

6. Harus tetap menunaikan solat, Agar terhimpun ke dalam golongan hamba yang beruntung.

Selepas membaca ini, anda mempunyai pilihan untuk kongsikan agar dibaca dan diamalkan oleh orang lain atau anda boleh juga sekadar membiarkan saja tulisan ini tidak dipedulikan sesiapa. Namun alangkah beruntungnya jika ilmu yang kita kongsi akan sentiasa bergerak lantas menjadi amal kebaikan untuk kita di dalam diam.

Ya Allah saya doakan sesiapa saja yang sedang membaca ini jadikanlah mereka, ahli keluarga mereka dan keturunan mereka orang-orang yang taat dalam mendirikan solat kepada Mu.Aamiin...

"Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikkan,maka ia mendapatkan pahala sebagaimana orang yang melakukan."
(Hadis Riwayat Muslim, 3509)

Kredit: Aamiin

Diolah oleh : JomDonate.Com - Your Trusted Crowdfunding Platform

Alhamdulillah SyukurSelesai Sudah Program Gotong Royong Perdana Ambang Merdeka 2024Di SURAU AL HASSANY BATU TIGA SHAH AL...
25/08/2024

Alhamdulillah Syukur

Selesai Sudah
Program Gotong Royong Perdana Ambang Merdeka 2024

Di SURAU AL HASSANY BATU TIGA SHAH ALAM

Bersama penduduk kariah Batu Tiga ,JPKK BATU 3 & Kolej Vokasional Shah Alam

Ribuan Terima Kasih atas pertolongan tersebut..

Address

Lorong Haji Hassan Kampung Kebun Bunga Batu Tiga
Shah Alam
40300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SURAU AL HASSANY posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share