PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR Pumsel Selain itu, jawankuasa awal ini turut dianggotai oleh Tuan Haji Tuan Haji Mohd.

Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Negeri Selangor (PUMSel) merupakan cawangan Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) peringkat negeri yang pertama ditubuhkan dalam tahun 1984 dengan Yang Dipertua (YDP) yang pertama iaitu Tuan Haji Mahmad Muhtar bin Haji Mahmad Saleh. Talha bin Abdul Rahman selaku timbalan Yang Dipertua, Tuan Haji Zohdi Bin Haji Toha, sebagai Setiausaha Agung serta Ust Amir Marzuki sebag

ai Timbalan Setiausaha. Jawatankuasa penaja ini kemudian telah mengusahakan pendaftaran PUMSel sebagai sebuah badan berdaftar yang sah. Hasilnya PUMSel telah didaftarkan secara rasminya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 27 Februari 1987. Pada awal penubuhannya, ahli-ahli PUMSel terdiri daripada kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor, pensyarah, kadi, Imam-imam masjid serta guru-guru sekolah agama di sekitar lembah Kelang.

Kuala Langat, 22 Julai – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Negeri Selangor (PUMSel) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Da...
23/07/2026

Kuala Langat, 22 Julai – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Negeri Selangor (PUMSel) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Langat telah berjaya menganjurkan Multaqa Asatizah Negeri Selangor (MUMTAS 2026) yang menghimpunkan kira-kira 150 orang pemegang tauliah dari seluruh negeri Selangor.

Bertemakan "Memperkasa Pendakwah Bertauliah di Era AI", program yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari itu bertujuan memperkukuh kefahaman para pendakwah terhadap cabaran semasa, khususnya perkembangan teknologi kecerdasan buatan (Artificial Intelligence), kemunculan fahaman New Age Movement serta isu-isu berkaitan numerologi dan perubatan Islam.

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan minum pagi sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengacara majlis. Program seterusnya dirasmikan oleh Tuan Hairul Anuar bin Samingan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Langat, yang menzahirkan harapan agar para pendakwah sentiasa meningkatkan kompetensi dan kesiapsiagaan dalam menghadapi perubahan landskap dakwah masa kini.

Pembentangan permulaan bertajuk "Numerology dan New Age Movement" telah disampaikan oleh Ustaz Rizal Ali, yang menjelaskan bahaya penyebaran fahaman spiritual moden yang bercanggah dengan akidah Islam serta keperluan pendakwah memberi penjelasan kepada masyarakat secara berhikmah dan berasaskan dalil.

Program diteruskan dengan Diskusi khas yang membincangkan dua isu penting yang semakin mendapat perhatian masyarakat. Sesi pembentangan pertama telah disampaikan oleh Ustaz Rumaizi bin Ahmad menerusi tajuk "Kebijaksanaan Pendakwah Bertauliah Dalam Penggunaan AI". Beliau menekankan bahawa teknologi kecerdasan buatan merupakan satu medium yang mampu membantu penyampaian dakwah sekiranya dimanfaatkan secara beretika, berpandukan al-Quran, al-Sunnah serta disiplin ilmu Islam. Dalam masa yang sama, para pendakwah diingatkan agar sentiasa membuat semakan terhadap kesahihan maklumat yang diperoleh melalui teknologi tersebut.

Pembentangan kedua p**a bertajuk "Perubatan Islam: Satu Sorotan" disampaikan oleh Dr. Mohd Shamsul Hakim bin Abd Samad. Beliau menghuraikan prinsip-prinsip perubatan Islam menurut al-Quran dan al-Sunnah serta menegaskan kepentingan membezakan amalan rawatan syarie daripada amalan yang bercampur dengan unsur khurafat, tahyul dan penyelewengan akidah.

Penganjuran MUMTAS 2026 membuktikan komitmen PUMSel dalam memperkasakan institusi pendakwah bertauliah melalui wacana ilmiah yang responsif terhadap perkembangan semasa. Program ini diharapkan menjadi platform berterusan dalam melahirkan pendakwah yang berilmu, berwibawa dan mampu memimpin masyarakat menghadapi cabaran dunia moden tanpa mengabaikan prinsip-prinsip syariah.

Selaras dengan slogan program, "Ilmu, Hikmah & Teknologi: Dakwah Berwawasan, Umat Cemerlang", MUMTAS 2026 menjadi medan penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi agama, para ilmuwan dan pendakwah demi memastikan agenda dakwah di Negeri Selangor terus relevan, progresif dan berkesan dalam mendepani era digital.

KENYATAAN RASMIPERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) NEGERI SELANGOR (PUMSel)​GARIS PANDUAN BAHARU RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI ...
28/06/2026

KENYATAAN RASMI
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) NEGERI SELANGOR (PUMSel)

​GARIS PANDUAN BAHARU RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI SELANGOR PERLU DIKAJI SEMULA SEDALAM-DALAMNYA BAGI MEMELIHARA KEHARMONIAN DAN SENSITIVITI UMAT ISLAM

​Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Negeri Selangor (PUMSel) mengambil maklum mengenai laporan akhbar tempatan yang mendedahkan perincian mengenai garis panduan pembinaan baharu yang disemak semula bagi rumah ibadat bukan Islam di Selangor.
​PUM Selangor memberikan perhatian yang sangat serius terhadap ketetapan baharu ini, terutamanya mengenai syarat wajib yang dikenakan ke atas pemaju perumahan. Menurut laporan tersebut, pemaju di Selangor kini diwajibkan untuk menyerahkan sebidang tanah dengan keluasan minimum 1.5 ekar untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah ibadat bukan Islam bagi setiap pembangunan baharu yang mempunyai sekurang-kurangnya 5,000 penduduk. Pemaju juga diwajibkan menyediakan jalan akses yang mencukupi serta kemudahan infrastruktur asas seperti bekalan air dan elektrik.

​PUM Selangor berpandangan bahawa ketetapan baharu yang memberikan implikasi yang sangat besar terhadap lanskap sosio-keagamaan, pembahagian aset tanah, serta perancangan fizikal negeri ini tidak seharusnya diputuskan tanpa melibatkan perbincangan yang inklusif dengan semua pihak berkepentingan, khususnya institusi Islam dan pertubuhan-pertubuhan Islam di Selangor berasaskan realiti bahawa Islam adalah agama rasmi Negeri dan agama persekutuan selain keberadaan lebih 60% umat Islam di negeri Selangor. Walaupun agama lain boleh diamalkan dengan bebasnya, namun perkara seperti ini perlu kajian dan pertimbangan yang lebih mendalam terutamanya melibatkan demografi penduduk diu sesebuah daerah.

​Sehubungan itu, PUM Selangor ingin menegaskan beberapa perkara penting:

​Keperluan Kajian Semula Syarat Wajib Pemaju:
PUM Selangor meminta agar pihak Kerajaan Negeri Selangor meneliti dan mengkaji semula syarat wajib penyerahan tanah 1.5 ekar ini sedalam-dalamnya. Ketetapan berskala besar seperti ini memerlukan kajian impak sosial dan demografi yang sangat teliti bagi memastikan ia tidak menimbulkan polemik, kegelisahan, atau menyentuh sensitiviti umat Islam di kawasan kejiranan baharu pada masa hadapan.

​Keterlibatan Semua Pihak (Inklusiviti): Isu-isu dasar yang menyentuh perancangan ruang keagamaan di negeri Selangor tidak boleh hanya dibincangkan secara sepihak atau melibatkan beberapa pihak tertentu sahaja. Suara, pandangan, dan hujah daripada badan-badan Islam, para ulama, serta NGO Islam wajib diambil kira secara rasmi sebelum sebarang garis panduan sebegini diwartakan atau dikuatkuasakan sepenuhnya.

​Pendekatan Berhemah dan Berhikmah: PUM Selangor sentiasa menghormati semangat keharmonian kaum dan hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, pelaksanaan dan penguatkuasaan sebarang garis panduan baharu haruslah ditangani dengan penuh berhemah, berhikmah, serta sentiasa mendahulukan rasa hormat terhadap kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Agama Negeri demi memelihara ketenteraman awam.

​PUM Selangor berharap agar pihak Kerajaan Negeri Selangor dan PlanMalaysia Selangor sedia membuka pintu rundingan semula yang lebih luas, telus, dan menyeluruh demi memastikan kemaslahatan umat Islam dan keharmonian negeri Selangor yang kita cintai ini terus terpelihara.

RUMAIZI BIN AHMAD
Pengerusi, PUMSel
SHAH ALAM, 28 Jun 2026.

🕋 SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1447H / 2026M 🕋​بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ​Menjelang hari yang penuh keberkat...
26/05/2026

🕋 SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1447H / 2026M 🕋
​بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
​Menjelang hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama menghayati erti pengorbanan yang sebenar—meneladani ketulusan Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan Nabi Ismail A.S. demi meraih keredaan Allah SWT.
​Ibadah korban bukan sekadar ritual tahunan, malah ia adalah simbolik dalam menyucikan jiwa, mengikis sifat mazmumah, serta memperkukuh ukhuwah sesama ummah melalui perkongsian rezeki.
​Sematkan Semangat Korban untuk Perpaduan Ummah.
Seluruh saf kepimpinan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Negeri Selangor (PUMSel) Sesi 2025/2026
​dengan penuh rasa tulus ikhlas, ingin mengucapkan:
​✨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447H ✨
kepada seluruh umat Islam, khususnya warga Selangor Darul Ehsan.
​Semoga segala amal ibadah, doa, dan korban kita pada tahun ini diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran yang berlipat kali ganda. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
​Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.

https://www.facebook.com/share/p/15tuptdMbu5/
24/05/2026

https://www.facebook.com/share/p/15tuptdMbu5/

UCAPAN TAKZIAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Persatuan Ulama’ Malaysia merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Dato’ Dangiran bin Mustapa, mantan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia pendidikan Islam negara, khususnya melalui sumbangan dan komitmen beliau dalam memperkasa serta menjayakan program j-QAF demi pembangunan pendidikan Islam generasi muda. Jasa, bakti dan pengorbanan Allahyarham dalam memartabatkan pendidikan Islam akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh masyarakat.

Kami mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa dan kesalahannya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan para solihin.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Daripada:
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)

🌙 *INFAQ JUMAAT INFAQ ZULHIJJAH**PERSATUAN ULAMA MALAYSIA NEGERI SELANGOR (PUMSel)*PUMSel adalah pertubuhan bukan keraja...
22/05/2026

🌙 *INFAQ JUMAAT INFAQ ZULHIJJAH*
*PERSATUAN ULAMA MALAYSIA NEGERI SELANGOR (PUMSel)*

PUMSel adalah pertubuhan bukan kerajaan, bukan bermatlamat keuntungan dan non-partisan yang menjalankan kerja-kerja dakwah dan pendidikan di negeri Selangor.

📌 *Antara aktiviti kami:*
1️⃣ Muntada Ilmu
2️⃣ Seminar-seminar
3️⃣ Program Jelajah Masjid
4️⃣ Penerbitan Bahan Ilmu & Dakwah
5️⃣ RTD Isu-isu Berkaitan Umat Islam
6️⃣ Kerjasama Agensi Agama (PIBK JAIS)
7️⃣ Program Bersama Orang Asli
8️⃣ Akademi PUMSel — Pengajian ODL & Training Berasaskan Islam
9️⃣ Dan pelbagai lagi aktiviti berkaitan Islam & Dakwah

Semua aktiviti ini memerlukan *infak daripada umat Islam* bagi melestarikan kelangsungan dakwah dan pendidikan untuk ummah.

Dengan rasa rendah diri, kami mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak. 🤲

💳 *Sumbangan boleh disalurkan ke:*
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
No. Akaun: *1204 7010 04521 1*

🤍 Semoga Allah memberkati kita semua. Aamiin.

https://www.facebook.com/share/p/1LVD9j6izj/
14/05/2026

https://www.facebook.com/share/p/1LVD9j6izj/

📢 [SYARAHAN: AL-QUDS DAN ISU SEMASA]

“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah p**a kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”
— Surah Ali ‘Imran: 139

🇵🇸 Dalam dunia yang semakin mencabar, isu Al-Quds dan Palestin bukan sekadar isu politik, bahkan ia merupakan isu ummah yang menuntut kefahaman, kesedaran dan solidariti daripada kita semua.

Justeru itu, Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) dan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) membawakan sebuah syarahan khas yang akan disampaikan oleh tokoh yang berpengalaman dalam isu Jerusalem dan Palestin.

🎙️ Penceramah:
- Sheikh Dr. Sameer Saeed
- Researcher & Specialist in Jerusalem Affairs
- Training Consultant at Al-Aqsa International Forum Foundation

📅 Tarikh: 14 Mei 2026 (Khamis)
🕑 Masa: 2.00 Petang
📍 Tempat: Balai Ilmu Mahmood Zuhdi (BIMZ), APIUM

🗣️ Syarahan disampaikan dalam dwibahasa:
Bahasa English & Bahasa Arab

✨ Kehadiran adalah percuma dan semua dijemput hadir bagi menambah kefahaman serta menyemarakkan solidariti terhadap bumi Al-Quds.

🔗 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran kehadiran.

SELAMAT HARI PEKERJA: PENGHARGAAN BUAT STAF PUMSel DI PUM PUSAT 🌹​Hari Pekerja bukan sekadar cuti umum, tetapi simbol pe...
01/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA: PENGHARGAAN BUAT STAF PUMSel DI PUM PUSAT 🌹

​Hari Pekerja bukan sekadar cuti umum, tetapi simbol penghargaan buat mereka yang tidak jemu berbakti. Tulus ikhlas daripada barisan Kepimpinan PUMSel, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf pejabat PUMSel yang bertugas di PUM Pusat.
​Segala penat lelah, masa, dan keringat yang anda curahkan adalah nadi kepada kelancaran gerak kerja dakwah kita selama ini.

​"PEKERJA KESUMA BANGSA"
"Sukarelawan Pemangkin Dakwah"

​Salam hormat,
Pengerusi & Barisan AJK PUMSel

Khas buat Mohd Azmi Walang dan Hamidi Basiron

📢 Kenyataan Rasmi PUMSelPersatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian...
28/04/2026

📢 Kenyataan Rasmi PUMSel

Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSel) menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian Dewan di-Raja Selangor: Tindakan keras mesti diambil terhadap pihak yang menghina institusi diraja.

🔹 Menghina Sultan adalah menghina agama, adat dan negara. Perbuatan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah bercanggah dengan ajaran Islam yang menuntut ketaatan kepada pemimpin dan melarang fitnah serta adu-domba.

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ (4:59):

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul serta pemimpin-pemimpin di antara kamu.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak akan masuk syurga orang yang s**a mengadu domba.” (Riwayat Muslim, no. 105)

Mereka yang menyebarkan penghinaan terhadap Sultan termasuk dalam golongan nammam – penyebar fitnah yang merosakkan hubungan rakyat dengan pemimpin.

Tuntutan PUMSel:

PDRM & MCMC mengambil tindakan tegas dan segera terhadap semua pihak terlibat.

Pendakwaan penuh di bawah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan Seksyen 504, dan Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Kementerian Komunikasi mempergiatkan kempen literasi digital mengenai adab, etika dan tanggungjawab di media sosial.

Umat Islam khususnya menolak dan tidak menyebarkan kandungan menghina atau memfitnah.

Selangor Rumah Kami, Sultan Kami, Maruah Kami

Selangor adalah negeri berbilang kaum yang kaya dengan tradisi keharmonian. Institusi diraja adalah elemen penyatu penting dalam struktur sosial dan perlembagaan negara – ia mesti dipertahankan oleh semua.

PUMSel berdiri teguh bersama Dewan di-Raja Selangor, pihak berkuasa dan rakyat dalam menjaga kemuliaan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Dikeluarkan oleh:
Rumaizi Ahmad
Pengerusi, PUMSel
27 April 2026

Kuala Lumpur: Isu penghinaan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mendapat reaksi daripada beberapa pertubuhan kerajaan yang meminta pihak berwajib bertindak tegas tanpa kompromi.

Address

14B, Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share