Sejak 2014, Syria Care berusaha untuk menyediakan peluang pendidikan dan pembelajaran berkualiti secara percuma. Lebih dari 10 sekolah telah ditaja melalui sumbangan rakyat Malaysia kepada pelarian Syria yang berada di Syria, Tรผrkiye dan Lubnan. Selain itu, kesinambungan ilmu para ulama dan ilmuwan dapat juga diteruskan. Objektif Edu4Syria
1) Objektif terpenting ialah agar anak-anak Syria yang men
jadi mangsa bencana kemanusiaan dan kekejaman ini mendapat peluang untuk melalui proses pembelajaran dan pendidikan.
2) Mengembalikan zaman kanak-kanak yang telah hilang akibat krisis kemanusiaan.
3) Persediaan prasarana serta pembangunan generasi bagi mengembalikan kesejahteraan bumi Syria.
4) Memberi keselesaan kepada anak-anak dengan suasana pembelajaran yang selasa dan kondusif serta selamat.
5) Memperkasa usaha-usaha kemanusiaan kepada setiap lapisan masyarakat agar lebih menghargai nasib saudara yang ditimpa bencana.
6) Penyediaan pembelajaran secara percuma dan komprehensif serta berkualiti. Sekolah-sekolah Syria Care:
Syria
1) Sekolah Ulfah (L), Aqrabat
2) Sekolah Ulfah (P), Aqrabat
3) Tadika Ulfah, Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli
Tรผrkiye
1) Pusat Pendidikan Darul Huda, Gazientap
Penajaan yuran pembelajaran pelajar secara individu di peringkat sekolah dan universiti juga diberikan kepada mereka yang layak agar dapat meneruskan pembelajaran tanpa perlu memikirkan tentang kesusahan keluarga dan bagi memastikan mereka dapat menamatkan pengajian mereka. Bagi peringkat universiti, Syria Care telah menaja lebih dari 100 orang dari pelbagai kursus pengajian seperti perubatan, pengajian Islam, perniagaan dan lain-lain di Universiti Al-Imam Al-Ouzai kampus Lubnan dan Tรผrkiye, Universiti Idlib, Syria dan juga University Berkent, Tรผrkiye. Projek EducAid ini memerlukan dana RM900,000.00 hingga RM1,000,000.00 setahun bagi memastikan generasi ini dapat belajar dan ke sekolah atau IPT dengan aman, selamat dan selesa.