KOMPLEKS ISLAM AL I'TISAM (KIAI)

KOMPLEKS ISLAM AL I'TISAM (KIAI) Help us raise fund to extend Al-I'tisam Mosque in TTDI Jaya, Shah Alam, Malaysia for the sake of Alla Dengan pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial.

TTDI JAYA yang terletak 6 kilometer dari pusat Bandar Shah Alam merupakan sebuah kawasan penempatan yang dihuni oleh lebih kurang 7000 orang yang merangkumi keluasan lebih kurang 200 ekar dan terdiri daripada rumah kediaman, kedai pejabat, sekolah, masjid, surau, kawasan industri serta kemudahan sokongan lain. Semenjak awal tahun 90-an, ia telah mula dibuka sehinggalah sekarang TTDI Jaya telah ber

kembang pesat dan menjadi salah satu tempat tumpuan utama di Shah Alam. TTDI Jaya yang dilingkungi oleh pelbagai pembangunan antaranya Pusat SMS PDRM, Monfort Boy’s Town, Politeknik Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Bukit Jelutong, Pangkalan Udara TUDM Subang, kawasan perindustrian serta boleh dihubungi oleh pengangkutan darat seperti Lebuhraya-Lebuhraya ELITE, NKVE, GCE, KESAS dan Lebuhraya Persekutuan serta jalan-jalan persekutuan dan negeri yang lain. Anggaran nisbah kependudukan di TTDI Jaya terdiri daripada 95 peratus Islam dan 5 peratus bukan Islam. Faktor ini telah menyumbang kepada kecemerlangan aktiviti keislaman di Kariah TTDI Jaya serta kawasan sekitarnya. Masjid Al I’tisam yang terletak di atas lot 34719 yang berkeluasan 3 ekar telah dibina pada tahun 1995 dan mampu menampung seramai 1000 jemaah pada waktu itu. Ia mengandungi ciri-ciri asas sebuah masjid seperti dewan solat utama serta kemudahan sokongan seperti dapur, stor, bilik air, tandas. Separuh daripada rezab tapak masjid telah didirikan Sekolah Rendah Agama TTDi Jaya Shah Alam. Pada tahun 1997 Maahad Tahfiz Al I’tisam telah ditubuhkan dan ditempatkan di dalam kawasan pembangunan masjid dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kelas, asrama, ruang makan, bilik air dan tandas. Penubuhan Maahad Tahfiz ini telah menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan serta meningkatkan pengimarahan masjid. Selari dengan perkembangan semasa, lingkungan kawasan kariah TTDI Jaya yang dinaungi oleh Masjid Al I’tisam telah semakin meluas maka dengan itu masjid telah mengalami beberapa siri pengubahsuaian dan penambahbaikan untuk menampung kehadiran para jemaah pada waktu puncak serta menampung pelbagai aktiviti-aktiviti masjid. Sehingga kini Masjid Al I’tisam mampu menampung kehadiran 3000 orang jemaah pada satu-satu masa. SEBARANG SUMBANGAN UNTUK MEMBANTU PELEBARAN MASJID AL-I'TISAM SILA HUBUNGI TALIAN MASJID AL-I'TISAM #6 03-7847 7876


Sumbangan ke akaun KIAI:
DANA KOMPLEKS ISLAM AL-I'TISAM

MAYBANK: 562478130016
CIMB: 12610001211102
BANK MUAMALAT: 12110000408711
BANK ISLAM: 12038010108647

Address

Jalan Sastera U2/1, Taman TTDI Jaya, Seksyen U2
Shah Alam
40150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KOMPLEKS ISLAM AL I'TISAM (KIAI) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share