AFP - Alkhair Food Programme

AFP - Alkhair Food Programme Meningkatkan kualiti hidup masyarakat tempatan dan luar negara yang berkeperluan
(4)

šŸ‡²šŸ‡¾Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68šŸ‡²šŸ‡¾ Alhamdulillah, Allah masih memelihara bumi Malaysia dengan keamanan dan kem...
31/08/2025

šŸ‡²šŸ‡¾Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-68šŸ‡²šŸ‡¾

Alhamdulillah, Allah masih memelihara bumi Malaysia dengan keamanan dan kemerdekaan.

Merdeka ini adalah ruang untuk kita terus menunaikan amanah, menjaga agama, dan mengangkat martabat ummah.

Semoga Allah jadikanlah Malaysia sebuah negara yang baik lagi diampuni. Peliharalah tanah air kita dari fitnah, perpecahan dan kezaliman.

ā€œKebaikan Penuhi Harapanā€

27/08/2025

Lebih separuh penduduk Gaza kini berdepan krisis makanan tahap paling kritikal, ramai kanak-kanak hanya mampu bertahan dengan apa sahaja yang mereka jumpa.

Sumber: Eye on Palestine
https://t.me/beritakemanusiaan

16/08/2025

Hari ke-680. Misi udara membawa 127 tan bantuan hasil sokongan UAE, Jordan, Jerman, Belgium, Perancis, Itali dan Singapura.

15/08/2025

Makanan yang sepatutnya dapat menyelamatkan nyawa sayangnya rosak dan busuk dibiarkan di bawah terik matahari.

Dalam masa yang sama, penduduk Gaza terus kebuluran, nyawa mereka tergadai.

Sumber: Eye on Palestine
https://t.me/beritakemanusiaan

Kita banyak kurang, banyak leka.Tak semua solat kita khusyuk, tak semua rezeki kita bersih sepenuhnya. Tapi Allah itu Ma...
01/08/2025

Kita banyak kurang, banyak leka.
Tak semua solat kita khusyuk, tak semua rezeki kita bersih sepenuhnya.

Tapi Allah itu Maha Pemurah.
Dia beri kita peluang dan salah satu pintunya: sedekah.

Dan hari Jumaat… adalah saat terbaik untuk itu.

Jom kita tutup minggu ini dengan satu kebaikan.
Ringankan tangan, lembutkan hati kerana siapa tahu, itulah amalan yang mengangkat kita di sisi Ilahi.

šŸ”— Klik untuk infak terbaik kalian: https://ezy.la/o31

ā€œKebaikan Penuhi Harapanā€
Pertubuhan Al-Khair Malaysia.

21/07/2025

Jangan biarkan apa yang kita lihat hari ini jadi pemandangan yang kita anggap ā€œbiasaā€.

Kanak-kanak sedang mencari sisa makanan dalam timbunan sampah, bersama kucing jalanan yang sama-sama kelaparan.

Sumber: Sana Al-Jamal
https://t.me/beritakemanusiaan

14/07/2025

Gula di Gaza kini berharga USD 100 sekilogram. Di Amerika Syarikat, harganya sekitar $1. Ini bukan inflasi. Ini kepungan.

Anak-anak belum makan sejak pagi…Dan ā€˜hidangan’ hari ini hanyalah air rebusan pasta.Bukan pasta…. tapi airnya saja.Sedih...
11/07/2025

Anak-anak belum makan sejak pagi…
Dan ā€˜hidangan’ hari ini hanyalah air rebusan pasta.
Bukan pasta…. tapi airnya saja.

Sedih kerana roket yang dibeli bilion dolar boleh sampai tepat ke sasaran. Tapi bantuan makanan tak pernah sampai ke tangan.

Sumber: Dr Mohammed Hamad
https://t.me/beritakemanusiaan

Muharam bukan hanya penanda tahun baru dalam kalendar Islam. Ia adalah antara empat bulan yang dimuliakan Allah bulan ya...
05/07/2025

Muharam bukan hanya penanda tahun baru dalam kalendar Islam. Ia adalah antara empat bulan yang dimuliakan Allah bulan yang Allah nyatakan sendiri sebagai hurum (suci), sebagaimana diriwayatkan dalam hadis sahih oleh Imam al-Bukhari.

Nabi SAW bersabda bahawa setahun terdiri daripada dua belas bulan, dan empat daripadanya memiliki kehormatan istimewa: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Menariknya, walaupun peristiwa hijrah Rasulullah SAW berlaku dalam bulan Rabiulawal, para sahabat memilih Muharam sebagai permulaan takwim Islam. Bukan secara kebetulan tapi kerana Muharam adalah simbol niat yang mula terbit, azam yang mula membara sebelum langkah sebenar dimulakan.

Hijrah bukan semata-mata soal berpindah tempat. Tapi ia tentang menyusun semula haluan hidup, dengan tujuan yang lebih jelas - menuju Allah.

Ambil peluang di bulan yang penuh barakah ini untuk betulkan kompas jiwa. Niat yang benar, walau kecil amalnya, tetap dinilai besar oleh Tuhan yang Maha Melihat.

ā€œKebaikan Penuhi Harapanā€
https://t.me/beritakemanusiaan

Address

7-03-3 Presint Alami, Persiaran Akuatik, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60178740024

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AFP - Alkhair Food Programme posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share