17/09/2026
📢 HEBAHAN | PROGRAM SESI LIBAT URUS BERSAMA KOMUNITI
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama ZYK Planner Consult akan menganjurkan Program Sesi Libat Urus Bersama Komuniti bagi Pelan Tindakan Khas: Kampung Lombong (Seksyen 29) & Kampung Jalan Kebun (Seksyen 30), Shah Alam.
Program ini menjadi ruang penting untuk komuniti berkongsi pandangan, cadangan dan aspirasi berkaitan pembangunan serta penambahbaikan kawasan setempat.
📅 Tarikh: Sabtu, 19 September 2026
⏰ Masa: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Tempat: Dewan MBSA Aster, Seksyen 32, Kemuning Utama
🌿 Antara fokus utama yang akan dibincangkan: 🏡 Pengekalan Imej Desa
🌳 Kehijauan Yang Lestari
🛍️ Gerbang Selatan Ekonomi Tempatan
🚲 Mobiliti Mampan
💧 Sistem Saliran Berdaya Tahan
🗣️ Ayuh warga Kampung Lombong & Kampung Jalan Kebun!
Kehadiran dan pandangan komuniti amat bermakna dalam memastikan perancangan pembangunan kawasan mengambil kira keperluan, identiti dan kesejahteraan penduduk setempat.
Suara komuniti, asas pembangunan yang lebih baik. 🤝
📲 Sila imbas Kod QR pada poster untuk pengesahan kehadiran.