Puspanita CIAST

Directions

Puspanita CIAST Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) bagi Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

Fb group Puspanita CIAST (closed group)
https://www.facebook.com/groups/puspanitaciast/

04/09/2026

Dengan penuh rasa kasih dan penghargaan, PUSPANITA CIAST mengucapkan salam perpisahan buat Dr. Sulaiha & Dr. Rosmaria. 🌷

Terima kasih atas segala jasa, sumbangan, kerjasama dan kenangan indah sepanjang bersama kami. Semoga terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan kejayaan di tempat baharu.

Walau jauh di mata, kenangan dan silaturahim tetap dekat di hati. Semoga langkah baharu ini membawa lebih banyak peluang, pengalaman dan kejayaan.

Selamat maju jaya, Dr. Sulaiha & Dr. Rosmaria!
Ikhlas daripada PUSPANITA CIAST. 💐

Moment di balik tabir sempena Sambutan Maulidur Rasul….
29/08/2026

Moment di balik tabir sempena Sambutan Maulidur Rasul….

Jom join segment masak apa hari ini
29/08/2026

Jom join segment masak apa hari ini

28/08/2026

Program Sambutan Maulidur Rasul
Anjuran Jawatankuasa Musollah CIAST & Biro Kebajikan dan Agama Puspanita CIAST
28/8/2026 Jumaat
Terima kasih Kepada Ustazah Nurul Syahida penceramah jemputan serta Warga Puspanita CIAST dan juga pelajar yang turut serta meriahkan suasana majlis

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 28/8/2026 bertempat Surau CIASTAlhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maulidur...
28/08/2026

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul 28/8/2026 bertempat Surau CIAST
Alhamdulillah, telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul yang penuh penghayatan dan bermakna buat seluruh warga PUSPANITA CIAST.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustazah Nurul Syahida, yang mengupas tentang kecintaan kepada Rasulullah SAW, penghayatan sunnah serta teladan akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga perkongsian yang disampaikan menjadi ilmu yang bermanfaat, menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan menjadi pedoman untuk kita terus memperbaiki diri serta memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.” 🤍

🌸 Salam Maulidur Rasul 1448H
Allahumma Solli ‘Ala Muhammad ﷺ

Anjuran Jawatankuasa Musollah CIAST & Biro Kebajikan dan Agama Puspanita CIAST

26/08/2026

Tahniah Lantikan Baharu Biro Ekonomi PUSPANITA CIAST 2026–2028 🎉

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli yang telah menerima lantikan sebagai AJK Biro Ekonomi PUSPANITA CIAST bagi sesi 2026–2028. 🌷

Semoga amanah yang diberikan ini dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, semangat berpasukan dan keikhlasan dalam menjayakan setiap perancangan serta aktiviti Biro Ekonomi.

Bersatu Berbakti, Wanita Inspirasi! 💐
Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang bersama PUSPANITA CIAST! ❤️

🍳 MASAK APA HARI NI? 😋Dapur kita kembali beraksi! 👩‍🍳✨Jom intai resepi mudah, sedap dan boleh cuba sendiri di rumah.📅 Se...
26/08/2026

🍳 MASAK APA HARI NI? 😋

Dapur kita kembali beraksi! 👩‍🍳✨
Jom intai resepi mudah, sedap dan boleh cuba sendiri di rumah.

📅 Setiap Rabu & Ahad
🎥 Resepi baharu | Tips mudah | Menu menarik

Jangan lupa follow TikTok PUSPANITA CIAST ❤️
Mana tahu, menu hari ini jadi menu kegemaran keluarga! 🥰

SALAM MAULIDUR RASUL 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiulawal 1448 HBuat semua ahli PUSPANITA CIAST yang dikasihi,Sempena me...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL
25 Ogos 2026 bersamaan
12 Rabiulawal 1448 H

Buat semua ahli PUSPANITA CIAST yang dikasihi,

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak mulia, sifat kasih sayang, kesabaran serta keikhlasan Baginda dalam setiap langkah kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur di hati, menjadi inspirasi untuk kita menjadi insan yang lebih baik, saling menyayangi, memperkukuh ukhuwah dan terus berbakti kepada agama, keluarga, organisasi serta masyarakat.

🌹 Salam Maulidur Rasul 1448H 🌹
Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

Ikhlas daripada,
Pengerusi PUSPANITA CIAST
Pn. Faizah binti Harun

Tak tahu nk massk apa weekend ni…Jom masak Cucur Udang air tangan ibu2 💕💕💕T.kasih ahli untuk berkongsi video 2 minit res...
23/08/2026

Tak tahu nk massk apa weekend ni…Jom masak Cucur Udang air tangan ibu2 💕💕💕
T.kasih ahli untuk berkongsi video 2 minit resepi dlm segmen "masak apa hari ni?"bagi menyemarakkan lagi posting TT Puspanita CIAST.

Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita CIAST posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share