Alkhair Malaysia

Call Directions Website

Alkhair Malaysia Sebarkan kebaikan untuk semua tanpa kira bangsa dan agama
(1)

Hospital Pakar Kuwait – Shifa Palestine, di Gaza menghentikan operasi semua jabatan perubatan dan tidak lagi menerima pe...
20/09/2026

Hospital Pakar Kuwait – Shifa Palestine, di Gaza menghentikan operasi semua jabatan perubatan dan tidak lagi menerima pesakit mulai Ahad, 20 September 2026 kerana kehabisan bahan api untuk menjana elektrik.

Menurut pengurusan hospital, hanya Jabatan Kecemasan akan terus beroperasi manakala perkhidmatan wad dan jabatan khusus lain terpaksa dihentikan akibat bekalan bahan api yang terputus.

Krisis itu bukan hanya melanda sebuah hospital.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan kira-kira 70 peratus generator elektrik di hospital di seluruh Gaza tidak lagi beroperasi akibat kekurangan bahan api, minyak dan alat ganti.

Keadaan itu mengancam operasi jabatan kritikal serta perkhidmatan berkaitan.

Pengurusan Hospital Shifa Palestine turut menyatakan bahawa krisis bekalan tenaga dan bahan api telah menyebabkan lebih 20 hospital dan pusat kesihatan di Gaza terpaksa ditutup.

Krisis berlaku ketika bekalan bahan api dan keperluan operasi kesihatan ke Gaza berdepan sekatan.

Kementerian Kesihatan Gaza sebelum ini turut memaklumkan bekalan diesel kepada lebih 20 hospital dan pusat kesihatan yang bergantung kepadanya berdepan penghentian mulai 19 September akibat kekurangan dana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sumber: Times of Palestine
https://t.me/beritakemanusiaan

🔗 Follow, Like & Share!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan.

20/09/2026

Berpuluh ribu pendatang haram Yahudi berhimpun pada malam Sabtu di Tembok Al-Buraq (Tembok Barat) di Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan ibadat Selichot terakhir sebelum sambutan Yom Kippur.

Tindakan itu mencetuskan kecaman kerana ia dilihat sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan tuntutan Zionis ke atas kawasan berkenaan.

Sumber: Roya News English
https://t.me/beritakemanusiaan

🔗 Follow, Like & Share!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan.

Kadang kita terlalu takut kehilangan bila memberi. Kita kira apa yang keluar dari tangan, tapi terlupa memikirkan apa ya...
19/09/2026

Kadang kita terlalu takut kehilangan bila memberi. Kita kira apa yang keluar dari tangan, tapi terlupa memikirkan apa yang sedang dikumpulkan untuk akhirat.

Rezeki yang dikongsi mungkin habis digunakan, makanan mungkin selesai dimakan, tetapi nilai sebuah pemberian tidak berhenti di situ.

Subuh ini, lepaskan sedikit daripada apa yang kita ada. Moga ia menjadi rezeki buat mereka hari ini dan menjadi bekal buat kita suatu hari nanti.

Ada bahagian rezeki kita yang mungkin sedang ditunggu orang lain. Sampaikan bahagiannya di sini:

🔗 Klik untuk mula memberi: https://ezy.la/o31

“Kebaikan Penuhi Harapan”
Pertubuhan Al-Khair Malaysia

19/09/2026

Lebih 700 penduduk Palestin terputus daripada bekalan air di Kampung Ad Duqaiqah di kawasan Masafer Yatta, selatan Al-Khalil (Hebron) selepas saluran paipnya disabotaj pendatang haram Yahudi.

Lebih jelek, perbuatan itu dilakukan di bawah perlindungan tentera rejim pengganas Zionis.

Menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), lebih 60 kemudahan dan infrastruktur air, sanitasi dan kebersihan (WASH) di Tebing Barat telah dirosakkan pendatang haram Yahudi sejak awal 2026.

Ia termasuk saluran paip, sistem pengairan dan tangki air, yang menjejaskan akses kepada air di 32 komuniti Palestin.

Sumber: Eye on Palestine / WAFA
https://t.me/beritakemanusiaan

🔗 Follow, Like & Share!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan.

Barisan Revolusi Nasional (BRN) menegaskan perjuangannya di Selatan Thailand akan diteruskan sehingga tuntutan kemerdeka...
19/09/2026

Barisan Revolusi Nasional (BRN) menegaskan perjuangannya di Selatan Thailand akan diteruskan sehingga tuntutan kemerdekaan tercapai.

Jurucakap delegasi rundingan damainya, Nikmatullah Seri, berkata juga menetapkan untuk mendapatkan kuasa politik bagi mentadbir wilayah berkenaan dan mencadangkan tempoh peralihan 10 tahun sebelum kuasa pemerintahan diserahkan kepada rakyat melalui proses demokrasi.

Ketika ini, rundingan damai antara BRN dan kerajaan Thailand yang dimediasi Malaysia bagaimanapun masih tergendala selepas Bangkok menggantung dialog pada Julai susulan serangan yang mengorbankan lima anggota tentera Thailand.

Sumber: AFP
https://t.me/beritakemanusiaan

Penyokong Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mengagihkan rantai kunci berbentuk pistol bertulis ‘Senjata Menyel...
19/09/2026

Penyokong Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mengagihkan rantai kunci berbentuk pistol bertulis ‘Senjata Menyelamatkan Nyawa’ kepada pelajar Sekolah Menengah Blich di Ramat Gan ketika berlangsungnya simulasi pilihan raya.

Selain berfungsi sebagai pembuka botol, sebahagiannya juga memaparkan imej pemimpin pengganas Zionis itu.

Penyokong parti Otzma Yehudit pimpinan Ben-Gvir turut cuba mengedarkan rantai kunci berbentuk tali gantung namun dihalang pengetua sekolah.

Ia mempertahankan tindakan itu dengan menyifatkannya sebagai pendekatan inovatif dan istimewa untuk diperkenalkan kepada generasi muda reformasi yang dibawa Ben-Gvir.

Sumber: TRT World
https://t.me/beritakemanusiaan

🔗 Follow, Like & Share!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan.

19/09/2026

Wanita Palestin ini dibelasah pendatang haram Yahudi dengan batang kayu ketika kumpulan pelampau berkenaan menyerbu kampung Al-Merkiz di kawasan Masafer Yatta, Tebing Barat.

Sumber: Eye on Palestine
https://t.me/beritakemanusiaan

🔗 Follow, Like & Share!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan.

Kadang kita fikir pemberian itu selesai bila ia sampai ke tangan orang lain. Padahal mungkin di situlah sesuatu sedang b...
19/09/2026

Kadang kita fikir pemberian itu selesai bila ia sampai ke tangan orang lain. Padahal mungkin di situlah sesuatu sedang bermula untuk kita.

Sebungkus makanan mungkin habis dalam sehari. Tapi rasa lega, doa yang terbit dan kebaikan yang kita tinggalkan, nilainya boleh jauh lebih panjang daripada itu.

Subuh ini, kongsi sedikit rezeki. Moga yang kecil di tangan kita menjadi bekal yang besar ketika kita pulang kepada-Nya.

Hulurkan rezeki anda di sini:
🔗 https://ezy.la/rbd

“Kebaikan Penuhi Harapan”

18/09/2026

Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, mengetuai bacaan Talmud bersama ratusan pendatang haram Yahudi di Tembok Al-Buraq yang terletak di sebelah barat Masjid Al-Aqsa, malam tadi.

Sumber: Eye on Palestine
https://t.me/beritakemanusiaan

🔗 Follow, Like & Share!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan.

Iran menegaskan Selat Hormuz tidak akan dibuka semula selagi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Me...
18/09/2026

Iran menegaskan Selat Hormuz tidak akan dibuka semula selagi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu masih berkuasa.

Penasihat kanan Pemimpin Tertinggi Iran, Mohammad-Bagher Zolghadr berkata penutupan berkenaan merupakan peringkat pertama pembalasan rakyat negara itu terhadap pihak yang didakwa bertanggungjawab melancarkan perang ke atas Tehran.

Beliau turut menegaskan Iran akan terus mempertahankan negaranya dan menuntut bela atas kematian mereka yang terkorban di dalam konflik.

Sementara itu, trafik kapal di Selat Hormuz kekal rendah dengan hanya empat kapal komoditi dilaporkan melalui laluan itu pada Khamis.

Sumber: Palestine Chronicle
https://t.me/beritakemanusiaan

🔗 Follow, Like & Share!
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kesedaran tentang isu kemanusiaan.

Address

7-03-3 Presint Alami, Seksyen 13
Shah Alam
40100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60178740024

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alkhair Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share